Followers

Saturday 16 February 2013

Khidmat masyarakat ::





 Hi ASSALAMUALAIKUM, saya dr shusuke dari Johor Selatan. Jika anda hidup pada zaman sekarang ,  sejujurnya mesti anda pernah dengar video joget bertajuk oppa gangnam style , right? Kalau tak pernah dengar maaf la sejujurnya saya nak menyatakan bahawa awak memang ketinggalan zaman. Opss. 

Tapi kisah aku yang hari ini ini berkaitan dengan mangsa22 yang terbabit yang mahu meniru lakonan dan tarian di dalam video parody jijik itu dan maruah mereka telah tercemar dan mereka juga telah menconteng arang ke muka kedua ibubapa,datuk , nenek, bangsa, malah seluruh dunia. Saya akan cuba menasihati dan mengembalikan mereka ke jalan yang benar. Sila baca dengan tenang testimonial pesakit22 saya ::

Nur illyasha fatinhani ,19 , Sandakan::

“pada mulanya saya hanya mendengar dari henpon kawan22. Tapi apabila dengar banyak kali badan saya secara manual nya bergerak secara sendirinya. Bila dah biasa sangat menari seperti dalam video itu tiba22 saya mendapat idea mahu membuat parody berkaitan video itu. Saya kumpulkan kawan22 saya dan kami bersusah payah membuat video parody itu.bila dah selesai membikin video itu saya .. saya merasakan kenape aku bertindak sedemikian?? Ya allah , maafkan lah aku kerana bertindak sebegini rupa. Mujur saya sempat berjumpa dengan dr shusuke . kalau tidak saya rasa saya akan lebih tersesat. “

nizam Daniel kamarudin ahmed , 13 ,nibong tebal::

“saya mula mengenal video oppa gangnam style apabila saya bukak youtube.mula mendengar tanpa putus. Pada suatu hari ketika saya dating dengan teman wanita saya , dia mahu mendengar lagu oppa gangnam style itu. Malang tak berbau rupenya itu merupakan jerat khas ,dan saya terperangkap.saya pon tak boleh nak lawan. Dia sungguh kuat.dia sebarkan video itu di facebook.dan mendapat banyak like. Komen22 dahsyat jugak banyak menyusul dan lebih kepada cacian. Saya tak menyangka saya menjadi tajuk bualan sehingga hari ini.tapi akhirnya saya rasakan saya tertekan dan ditekan oleh tekanan melampau. Mujur saya terjumpa dr shusuke di pasar malam taman harmoni naga berdekatan downhill. Alhamdulillah tekanan yang saya hadapi semakin pulih.terima kasih dr shusuke.”

Walaupun akhlak mereka telah tercemar secara 50%. Masih terdapat jalan untuk mereka bertaubat.mereka masih manusia walaupun akhlak mereka turun 1 level teruk daripada menyanyi jalanan. Saya menggunakan technology ini untuk mentaubatkan mereka. Alhamdulillah berhasil. Ianya berhasil. Prosedur nh mengambil masa yang lama. Jadi hanya saya sahaja yang mampu berbuat demikian. Langkah22 adalah yang berikut ::

1) saya akan ikatkan pesakit pada tiang rumah terbengkalai. Kalau tiada rumah ada tiang elektrik pon boleh.

2) saya akan mainkan video parody mereka bikin itu berulang kali dan paksa mereka menonton video itu dengan menggunakan sejenis alatan berikut.
               
                          

3)kemudian saya akan merenjiskan air zam22 yang diimport khas oleh atuk saya semasa beliau pergi umrah dahulu sambil22 membaca ayat qursi .

4)sesudah itu saya akan menyoal mereka..”menyesalkah anda setelah membuat video oppa gangnam style?” beberapa minggu pertama mereka akan berkata TIDAK! .jika pesakit berkata tidak , mahu atau tidak saya terpaksa menampar laju22 pipi mereka dengan kamus oxford (hard cover) dan mengulangi langkah22 dari awal.
saya melakukan sedemikian kerana mahu menyedarkan mereka kerana saya tahu manusia berhak diberi peluang ke 2. Dan ini merupakan langkah yang paling lembut dan kiut.

Dan bagi mereka yang mahu menyertai treatment khas ini pon masih boleh berbuat sebegini,tapi disarankan terlebih dahulu mengangkat tangan kiri ke sebelah pipi .dan kemudian dengan kelajuan 170km/ terus hinggapkan tapak tangan itu ke pipi dengan penuh bergaya. Itu langkah mudah untuk menyedarkan diri sebelum perubatan seterusnya. J

syukri fariz

2 comments:

  1. hahahaha..bagus betul dr shusuke dari johor selatan nih ,giler kentanggggg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. eh, segan saya. nak jadi patient ke hensem?

      Delete