Followers

Friday 31 May 2013

Jawapan operator yang tak tergamak dirakam ::


 Assalamualaikum dan selamat malam untuk pembaca blog aku. Hehe .Tajuk entri aku malam ni simple anda easy iaitu “Jawapan operator yang tak tergamak dirakam ::”



“NO yang anda dail tidak dapat dihubungi , sila cuba sebentar lagi.”

“NO yang anda dail berada di luar kawasan , sila cuba sebentar lagi.”

“The NO you have call is not in service, please try again later.”

BORING dengan ayat2 di atas ? ade lagi sebenarnya jawapan operator2 ni.Cuma tak tertunjuk demi kebaikan katenya. Haha/.

NO yang anda dail ini tuannya sedang tengok tb, sila cuba pada waktu iklan.

NO yang anda dail sedang bergayut dengan orang lain , ini bermaksud anda sedang diduakan atau ditigakan.padan muka . :P

NO yang anda dail kini ialah no anda sendiri , bodoh nak tepon diri sendiri. Tak sedar diri. Puihh.

NO yang anda dail penerima taknak angkat sebab anda belum mandi. Jangan tepon selagi belum mandi.

NO yang anda dail memang dia suka2 taknak angkat. Jangan kacau hidup dia lagi.

No yang anda dail kalau tujuan nak marah2 baik tak payah telefon. Kambing betul.

NO yang anda dail ,pemiliknya sedang menggunakan tandas. Sila dail selepas bunyi kenyang. Burpppp/

NO yang anda dail sedang solat. Anda dah solat ?

No yang anda dail sedang merajuk. Baik anda bersiap sedia untuk dimarahi.



HAHA. Saja untuk dikongsi. Tapi untuk si sayang aku NUR SYAZWANI , aku taknak tipu awak. Sebab kalau menipu sekarang esok2 aku tercurang pulak. J

syukri fariz

Monday 27 May 2013

23/5 tamatnya pratikal kami ::


Assalamualaikum dan selamat petang kawan2 blog ku~
lame dah aku tak update entry di sini ye. Kelihatan berhabuk dan dipenuhi sawang blog ni. 

Jadi hari ini aku akan mula menyapu dan mengecat serta mengindahkan kembali blog yang sekian lama sunyi ini. Terlebih dahulu aku nak mintak maaf sebab jadual aku baru2 ini agak padat macam PM kite tu . Esok pagi pun nak kena pegi kuantan sebab ada urusan diploma ni ha. Nak habis diploma la katakan.

TAPI cerita hari ini bukan pasal holiday semua ni , tapi “cerita tentang kami “ . Pada 23 hb 5 2013 dalam sejarah kami Berjaya menghabiskan latihan industri A.K.A pratikal kami di Hopsital Segamat Johor. Cuaca pada hari tersebut panas terik dan kami tertarik untuk mengambil gambar di saat2 terakhir kami menghembuskan nafas disini. Hehe

suasana di makmal kajikuman 



suasana di makmal biochem

WINSY MUNIANDY (tepi kiri) itulah budak genius yang tak dapat dipertikaikan. Walaupun kelihatan camtu tapi kalau belajar sama2 dengan dia garenti korang cepat pening pada masa yang sama korang jadi pandai. *faham ? kalau tak faham takpe orang lain faham. Sama makmal dengan aku 2 kali . makmal kaji kuman dengan serologi . tapi rasenya aku menyerlah masa serologi je kod. Kaji kuman sumpah aku bangang sikit bab2 camtu. Tapi berkat dia ada masa tulah aku jadi pandai. Hoho

YOGA LETCHUMI (tepi kanan) kawan budak genius, padahal sama taraf kod. Selalu merendah diri tapi bila dah bangkang sebijik macam ahli politik. Tapi nasib baik la dia tak bercita2 nak jadi ahli politik. Tapi dia ni jenis yang selalu berjaga2. Habis semua peluang pekerjaan lepas belajar ni dia dah mohon. Bila ditanya dia jawab “stand by” je. Ohyeah, dia berjaga2 tu. Kalo aku hmm entah bila la nak berubah .

SITI NUR AISYAH (berpurdah) kawan yang jenis suka tegur tak kira kita buat benda baik atau jahat. Tak dinafikan dia ni dah berubah kea rah yang bagus dan gemilang. Tapi sifat asal dia tu masih tak berubah. Dia tak tau sifat dia camner. Yang tau orang di sekeliling dia. Tapi cerita sekarang ni , dia ni berusaha nak majukan diri sendiri. Suka bertanyakan soalan yang orang biasa tak terfikir nak Tanya. Kalau ade pun mungkin orang2 genius kat atas ni pun nak Tanya soalan yang sama macam dia.

AMIRUL HAMDAN(TAKDE DALAM GAMBAR )sebab hari kejadian dia sudah balik ke kuantan . entah kenape pun tak tau. Yang penting dia 1 rumah dengan aku dan 1 jantina dengan aku.  Noktah.

Kehidupan kami kat hospital segamat ni kadang2 seronok, ceria dan tersorok2 kesedihan. Cerita pasal seronok ni sebab staff kat sana semua tak kedekut ilmu . tak faham teros Tanya dapat jawapan. Sporting dan berkaliber lagi. Hospital lain hmmm. Entah . yang ceria tu pulak, bila dah seronok mestilah perasaan ceria tu ade sekali kan ? baru suasana kat sana tak bosan. Sentiasa bersemangat buat kerja  J cerita pasal sedih pulak bila dah habis pratikal selama 5 bulan ni , kenangan bekerja dan bekerjasama dia bawah 1 bumbung terhenti begitu sahaja. Tapi jangan risau la. Kenangan bersama takan hilang selama-lamanya . J







 syukri fariz

Friday 10 May 2013

Oke , datang dan pergi ::



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog , rini ringkas je entry . sebab nya aku tak suka sangat bersedih-sedih sebab kawan-kawan. Aku tau kawan datang dan pergi . tapi persahabatan yang terjalin tu takan musnah selagi kematian belum datang menjemput. Hari ini 10/5 kawan sepratikal aku dari nilai tamat pratikal di hospital segamat. Mereka datang lewat sebulan dari kami dan pulang 2 minggu awal dari kami. *mula2 nampak macam tak adil , tapi itulah yang tercatat kat dalam skrip kehidupan ni.

Lupe pulak nak beritahu korang yang sebenarnya diaorang ni rival kami kat hospital segamat. Mereka dari universiti Nilai. Kami lak dari kolej universiti Shahputra . Nampak tak ? berebut ilmu kat sini.



Aku tak suka sangat amik gambar ni , tapi kawan perempuan sekolej aku ni memang suka amik gambar. Jadi aku pun tercuri 1 daripada gambar kat album fb. Rilek , gambar sopan ni. Yang single boleh datang merisik. Tapi sumpahlah , diorang taknak couple. Nak teros kawin. Aku dah kena dulu. Hahaha.

Dari kiri , tulah musuh nyata aku kat sini. Nama dia Anushiya . sama makmal dengan aku 3 kali dan paling baik dan paling rapat. Ternyata aku selesa kalau berkerja dengan dia. Idea dia macam atas sikit dari aku. Budak pandai la gitu. Aku pun sama. Aku panggil dia lobak sebab dia suke dengki aku. Tapi seronok kami berborak-borak. Sedih kalau dia takde depan mata selepas ni.

Bawah kiri pulak , itulah Nur Shamimi izzati. Dia tu paling dingin antara semua. Jangan tergoda dengan muka dia yang comel. Sekali dia pandang kau terus terdiam. Aku dah kena banyak kali. Siap kalah debat lagi. Tapi mula2 pun sebenarnya aku nyaris terjatuh tergolek terguling gara-gara cinta pandang pertama sebab jumpa dia. Tapi last2 aku tau yang dia ni memang budak yang baik dan selalu focus untuk memajukan diri. Yup , aku tau dia boleh Berjaya.
J

Tengah2 pulak nama dia Nur Hartinie . paling tua antara semua kat atas. Tapi cermerlang dan selalu merangkul title budak paling rajin disamping aura kerajinan yang boleh mengajak anda semua cepat bekerjasama dengan dia. Aku pinjam nota dia sampai 4 minggu kod. Dia rileks je. Orang biasa dah suruh aku belanja makan semua ,tapi dia sporting. Dan aku selesa dengan perangai dia. J pasni dah takde aura rajin dari dia.

ke2 dari kiri pulak nama dia Nur Shahida. Dia ni walaupun seorang yang senang nak pengaruh.tapi dia reti nak bezakan benda baik dan benda buruk. Aku banyak kali ajak dia pi minum kat bilik depan *dengan kawan2 aku yang lain ea, dia pegi tapi tak minum .dengan orang lain dia senyap je. Malu2 beruang katekan. Hehe. Dia asal Kelantan. Loghat dia main sumpah aku tak faham. Aku suruh dia cakap jb style je dengan aku. Yang penting dia dah berpunya. Hehe.

Yang paling kiri pulak Itulah Nur Dini Arwanis. Mula2 aku jumpe dia aku ingat staff mana sesat masuk dalam makmal aku. Rupenya sama pratikal. Holalalalala. Sesuai dengan nama dia , dia sentiasa ceria dan tak kedekut untuk senyum. Tapi kadang2 bila tengok senyum dia entah hilang stress kat muka masing2. Dia ni memang bawa berkat kod kat makmal yang dia pergi. Suka berborak2 dan tak kedekut kongsi ilmu agama. Sekolah kat Kelantan memang kalau cita pasal agama islam semua diorang tau. Dan sekarang mungkin akan sunyi je. Sedih2 diorang takde.

Last words dari aku , semoga para pembaca blog aku mendoakan kejayaan mereka dan kesihatan mereka ya. Kongsi itu mulia. Mendoakan lagi la mulia. Sekadar luangkan masa sambil mendermakan al-fatihah kepada mereka . Sejuk hati diorang nanti jawab exam final kat universiti  mereka seminggu dari sekarang. Kami dari kolej Shahputra sentiasa mendoakan kejayaan kawan2. . Rindu korang takde lagi kat sini. OKE Jangan sedih syuk!

syukri fariz

Wednesday 8 May 2013

— AL-KISAH MANUSIA,MALAIKAT DAN SYAITAN




Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.
 
syukri fariz