Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ,
rini ringkas je entry . sebab nya aku tak suka
sangat bersedih-sedih sebab kawan-kawan. Aku
tau kawan datang dan pergi . tapi persahabatan yang terjalin tu takan musnah
selagi kematian belum datang menjemput. Hari ini 10/5 kawan sepratikal aku
dari nilai tamat pratikal di hospital segamat. Mereka datang lewat sebulan dari
kami dan pulang 2 minggu awal dari kami. *mula2
nampak macam tak adil , tapi itulah yang tercatat kat dalam skrip kehidupan ni.
Lupe pulak nak beritahu korang yang sebenarnya diaorang ni rival
kami kat hospital segamat. Mereka dari universiti Nilai. Kami lak dari kolej universiti
Shahputra . Nampak tak ? berebut ilmu kat sini.
Aku tak suka sangat amik gambar ni , tapi
kawan perempuan sekolej aku ni memang suka amik gambar.
Jadi aku pun tercuri 1 daripada gambar kat album
fb. Rilek , gambar sopan ni. Yang single
boleh datang merisik. Tapi sumpahlah , diorang taknak couple. Nak teros kawin. Aku
dah kena dulu. Hahaha.
Dari kiri , tulah musuh nyata aku kat sini.
Nama dia Anushiya . sama makmal dengan aku 3 kali dan
paling baik dan paling rapat. Ternyata aku
selesa kalau berkerja dengan dia. Idea dia
macam atas sikit dari aku. Budak pandai la gitu. Aku pun sama. Aku panggil dia
lobak sebab dia suke dengki aku. Tapi seronok
kami berborak-borak. Sedih kalau dia takde depan mata selepas ni.
Bawah kiri pulak , itulah Nur Shamimi izzati. Dia tu paling dingin antara semua. Jangan tergoda dengan muka dia yang comel. Sekali dia pandang kau terus terdiam. Aku dah kena banyak kali. Siap kalah debat lagi. Tapi mula2 pun sebenarnya aku nyaris terjatuh tergolek terguling gara-gara cinta pandang pertama sebab jumpa dia. Tapi last2 aku tau yang dia ni memang budak yang baik dan selalu focus untuk memajukan diri. Yup , aku tau dia boleh Berjaya. J
Tengah2 pulak nama dia Nur Hartinie . paling tua antara semua kat atas. Tapi cermerlang dan selalu merangkul title budak paling
rajin disamping aura kerajinan yang boleh mengajak anda semua cepat bekerjasama
dengan dia. Aku pinjam nota dia sampai 4
minggu kod. Dia rileks je. Orang biasa dah suruh aku belanja makan semua ,tapi
dia sporting. Dan aku selesa dengan perangai
dia. J pasni dah takde aura rajin dari dia.
ke2 dari kiri pulak nama dia Nur Shahida. Dia ni walaupun seorang yang senang nak pengaruh.tapi dia reti nak bezakan benda baik dan benda buruk. Aku banyak kali ajak dia pi minum kat bilik depan *dengan kawan2 aku yang lain ea, dia pegi tapi tak minum .dengan orang lain dia senyap je. Malu2 beruang katekan. Hehe. Dia asal Kelantan. Loghat dia main sumpah aku tak faham. Aku suruh dia cakap jb style je dengan aku. Yang penting dia dah berpunya. Hehe.
Yang paling kiri pulak Itulah Nur Dini Arwanis. Mula2 aku jumpe dia aku ingat staff mana sesat masuk dalam makmal aku. Rupenya sama pratikal. Holalalalala. Sesuai dengan nama dia , dia sentiasa ceria dan tak kedekut untuk senyum. Tapi kadang2 bila tengok senyum dia entah hilang stress kat muka masing2. Dia ni memang bawa berkat kod kat makmal yang dia pergi. Suka berborak2 dan tak kedekut kongsi ilmu agama. Sekolah kat Kelantan memang kalau cita pasal agama islam semua diorang tau. Dan sekarang mungkin akan sunyi je. Sedih2 diorang takde.
Last words dari aku , semoga para pembaca blog aku mendoakan
kejayaan mereka dan kesihatan mereka ya. Kongsi itu mulia. Mendoakan lagi la
mulia.
Sekadar luangkan
masa sambil mendermakan al-fatihah kepada mereka . Sejuk hati diorang nanti jawab
exam final kat universiti mereka
seminggu dari sekarang. Kami dari kolej
Shahputra sentiasa mendoakan kejayaan kawan2. . Rindu korang takde lagi kat
sini. OKE Jangan sedih syuk!
syukri fariz
Mesti rindu ngan dye owg nanti kan.. Heheh..
ReplyDeleterindu terlompat2 dengan diorang. tapi tak tau bila dapat jumpe diorang lagi. :(
Deletewahhh.. berpisah la nampaknya ni.. takpe2.. moga kamu semua berjaya dalam kerjaya masing2.. dan tak lupa jugak berjaya dalam dunia dan akhirat..insyaALLAH :)
ReplyDeleteinsyallah , harap2 berjaya di dunia dan akhirat. :)
Deletemesti rindu setiap peristiwa yg terjadi hak3
ReplyDeletehehe. yup, peristiwa nyaris2 kapel pun ade mase tu. hehe. :D
Delete