Followers

Friday 10 May 2013

Oke , datang dan pergi ::



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog , rini ringkas je entry . sebab nya aku tak suka sangat bersedih-sedih sebab kawan-kawan. Aku tau kawan datang dan pergi . tapi persahabatan yang terjalin tu takan musnah selagi kematian belum datang menjemput. Hari ini 10/5 kawan sepratikal aku dari nilai tamat pratikal di hospital segamat. Mereka datang lewat sebulan dari kami dan pulang 2 minggu awal dari kami. *mula2 nampak macam tak adil , tapi itulah yang tercatat kat dalam skrip kehidupan ni.

Lupe pulak nak beritahu korang yang sebenarnya diaorang ni rival kami kat hospital segamat. Mereka dari universiti Nilai. Kami lak dari kolej universiti Shahputra . Nampak tak ? berebut ilmu kat sini.



Aku tak suka sangat amik gambar ni , tapi kawan perempuan sekolej aku ni memang suka amik gambar. Jadi aku pun tercuri 1 daripada gambar kat album fb. Rilek , gambar sopan ni. Yang single boleh datang merisik. Tapi sumpahlah , diorang taknak couple. Nak teros kawin. Aku dah kena dulu. Hahaha.

Dari kiri , tulah musuh nyata aku kat sini. Nama dia Anushiya . sama makmal dengan aku 3 kali dan paling baik dan paling rapat. Ternyata aku selesa kalau berkerja dengan dia. Idea dia macam atas sikit dari aku. Budak pandai la gitu. Aku pun sama. Aku panggil dia lobak sebab dia suke dengki aku. Tapi seronok kami berborak-borak. Sedih kalau dia takde depan mata selepas ni.

Bawah kiri pulak , itulah Nur Shamimi izzati. Dia tu paling dingin antara semua. Jangan tergoda dengan muka dia yang comel. Sekali dia pandang kau terus terdiam. Aku dah kena banyak kali. Siap kalah debat lagi. Tapi mula2 pun sebenarnya aku nyaris terjatuh tergolek terguling gara-gara cinta pandang pertama sebab jumpa dia. Tapi last2 aku tau yang dia ni memang budak yang baik dan selalu focus untuk memajukan diri. Yup , aku tau dia boleh Berjaya.
J

Tengah2 pulak nama dia Nur Hartinie . paling tua antara semua kat atas. Tapi cermerlang dan selalu merangkul title budak paling rajin disamping aura kerajinan yang boleh mengajak anda semua cepat bekerjasama dengan dia. Aku pinjam nota dia sampai 4 minggu kod. Dia rileks je. Orang biasa dah suruh aku belanja makan semua ,tapi dia sporting. Dan aku selesa dengan perangai dia. J pasni dah takde aura rajin dari dia.

ke2 dari kiri pulak nama dia Nur Shahida. Dia ni walaupun seorang yang senang nak pengaruh.tapi dia reti nak bezakan benda baik dan benda buruk. Aku banyak kali ajak dia pi minum kat bilik depan *dengan kawan2 aku yang lain ea, dia pegi tapi tak minum .dengan orang lain dia senyap je. Malu2 beruang katekan. Hehe. Dia asal Kelantan. Loghat dia main sumpah aku tak faham. Aku suruh dia cakap jb style je dengan aku. Yang penting dia dah berpunya. Hehe.

Yang paling kiri pulak Itulah Nur Dini Arwanis. Mula2 aku jumpe dia aku ingat staff mana sesat masuk dalam makmal aku. Rupenya sama pratikal. Holalalalala. Sesuai dengan nama dia , dia sentiasa ceria dan tak kedekut untuk senyum. Tapi kadang2 bila tengok senyum dia entah hilang stress kat muka masing2. Dia ni memang bawa berkat kod kat makmal yang dia pergi. Suka berborak2 dan tak kedekut kongsi ilmu agama. Sekolah kat Kelantan memang kalau cita pasal agama islam semua diorang tau. Dan sekarang mungkin akan sunyi je. Sedih2 diorang takde.

Last words dari aku , semoga para pembaca blog aku mendoakan kejayaan mereka dan kesihatan mereka ya. Kongsi itu mulia. Mendoakan lagi la mulia. Sekadar luangkan masa sambil mendermakan al-fatihah kepada mereka . Sejuk hati diorang nanti jawab exam final kat universiti  mereka seminggu dari sekarang. Kami dari kolej Shahputra sentiasa mendoakan kejayaan kawan2. . Rindu korang takde lagi kat sini. OKE Jangan sedih syuk!

syukri fariz

6 comments:

  1. Mesti rindu ngan dye owg nanti kan.. Heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu terlompat2 dengan diorang. tapi tak tau bila dapat jumpe diorang lagi. :(

      Delete
  2. wahhh.. berpisah la nampaknya ni.. takpe2.. moga kamu semua berjaya dalam kerjaya masing2.. dan tak lupa jugak berjaya dalam dunia dan akhirat..insyaALLAH :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah , harap2 berjaya di dunia dan akhirat. :)

      Delete
  3. mesti rindu setiap peristiwa yg terjadi hak3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. yup, peristiwa nyaris2 kapel pun ade mase tu. hehe. :D

      Delete