Followers

Thursday, 12 September 2013

Kerja hotel suNFLOWER ::


Assalamualaikum dan selamat malam. Fuhh, penat aku hari ini. Hehe. Sori la terlambat nak update blog yang sekian lama sunyi. Aku terlampau sibuk sehingga cinta ke 7 aku ni terbiar di satu sudut . Tapi sekarang masanya untuk aku menemui cinta ke 7 iaitu blog aku ni . cerita tentang 3 hari yang lepas la , aku mendapat 1 panggilan hangit menyatakan bahawasanya aku menang 50 ribu dalam 1 pertandingan diradio . HAHA . OKE fine aku tipu je yang tu. Sebenarnya aku mendapat panggilan yang bermula dengan ucapan salam dan terus ke ayat anda terpilih menjadi ahli keluarga sunflower express hotel. 

Oke itu merupakan kejutan budaya yang mungkin menyebabkan jantung aku beralih dari bahagian bawah kiri ke sebelah kanan. Dunia bagai terhenti seketika. Darjah anugerah penganggur  terhormat yang diturunkan ke atas aku telah dicabut serta merta. Kini aku menjadi seorang ahli keluarga dalam hotel berkenaan. Macam yang aku beritahu pada entri2 yang lepas , aku nak mendalami selok belok dalam bidang perhotelan supaya senang untuk aku menimba pengalaman dan seterusnya membuka hotel aku sendiri. J

Itu merupakan matlamat sementara aku sekarang juga menunggu tawaran degree pulak. Untuk hari ke 3 baru aku dapat menyambung kerja update entri ni. Susah jugak rupenya kerja sebagai housekeeping . Jangan kata senang la. Susah sebenarnya. Tapi yang penting kite dapat pengalaman yang orang lain susah nak dapat . *sebenarnya apply frontdoor . takpelah rezeki kat mana2. Hehe.

Kat tempat aku bekerja tu paling sikit pun dalam sebulan boleh mendapat 20 ribu . Paling banyak pun mau dekat 40-50 ribu. HAHA. Nampak tak permainan dia. Tapi yang tak best cuti Cuma sehari je. HAHA. Takpelah sikit2 kumpul duit . istimewa kat tempat ni ada elaun , bonus,pangkat dan jimat duit belanja . *semua pihak hotel support .

Hmm , dalam keseronokan bekerja itu sebenarnya aku nak kongsi yang kita mungkin akan rasa yang kita ni akan kurang berseronok dengan teman wanita kite. Kalau yang masing2 bekerja mungkin baguslah. Tapi kalau salah sorang yang merindui dari pagi sampai petang rasanya macam menyeksa jiwa diorang pulak.  Aku dah reti kerja tapi macam makin susah nak mengenal masa untuk menghubungi orang tersayang.

syukri fariz

39 comments:

  1. blog cinta ke 7..??
    jauhnya...hehehe

    bab masa nak mghubungi yg tsayang tu, kena pandai2lah...curi2 masa yg ada..tak call...meses pun dah memadai.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hnpon, ic, lesen memandu boss pegang. HAHA. time keje kene keje . hehe

      Delete
  2. alah, biasalah tu.. jgn fikir banyak mana masa yg kita luangkan.. tp fikirkan kualitinya.. mcm produk jugak lah.. kalau kuantiti beribu lemon tp tak berkualiti tak guna jugak kan? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, betul tu kak aisya. :D
      yang penting skrg kerja untuk masa depan

      Delete
  3. Bukan senang bekerja ni....lagi senang belajar, duit org tanggung.. ...tp sampai sudahlah tak boleh kawen sebab tak de duit kalau tak bekerja. Itulah pengorbanan namanya....Alah dia pun faham kot.....kata sayang hehe...

    ReplyDelete
  4. xpe..krja elok2 bro =) kmpul pglaman dlu..nnti dpat kumpul duit bnyak2 boleh kawen awal..2 yg syok sbnarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambil2 mengumpul ilmu dan kumpul duit diwaktu tua. haha/ :D

      Delete
  5. ohoh! y pentg pengalaman tuu.. bukan boleh beli kat bazaar kan...kekekke.. hehe..mmg akan kuranglah masa bersama insan tersayang tapi kenalah berkorban..utk dia juga..hehe..smga terus bhgia.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, pengalaman dan memperkukuhkan kewangan :D

      Delete
  6. wah tahniah ye syuk,ayah kak lea dulu manage hotel dengan atok sedara.bertahun2 tapi la ni dia nak relaks,tanam cili je he3...banyak pengalaman yang akan syuk dapat.takpe bermula dari bawah.

    alah...tentang si dia tersayang,tiap bulan dapat gaji jangan lupa belanja makan mesti senyum lebar he3..nak masuk dan nak balik kerja jangan lupa punch card kat awek tersayang,dapat 2 kali sehari bertanya khabar,oklah tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, ambil pengalaman dari pro . baru boleh berjaya. hehe.
      yup. nak shopping dengan wani. :D

      Delete
  7. sementara je rasa macam tu.. sesekali biar rasa rindu.. lepas ni dah kumpul banyak duit boleh la kahwin pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara dapat kerja pembantu makmal hospital. hehe :D

      Delete
  8. xpe sekurang²nya ada pengalaman..nt lm² pandai la bhgi masa dgn yg tersayang tu..mihmih:3

    ReplyDelete
  9. xper syuk, itulah dikatakan pengorbanan.. kalau dah jodoh, in shaa allah tak ke mana

    ReplyDelete
  10. Inform cinta hari Syuk tu kalau nak senang masa depan kena sabar. Tugasan baru memerlukan sedikit pengorbanan. Bukan senang sebab baru menapak alam kerjaya baru. Bila dah ok pasti 3-4 jam sekali pun boleh berhubung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, selepas waktu kerja sampai nak tido bermesej, tepon bagai untuk wani. :D

      Delete
  11. Replies
    1. hehe, thanks isabel. selamat menjadi prajurit :D

      Delete
  12. oo..dah start keje ye.. xpe, kerja kat mana2 pun sama je dik.. yang penting halal kan pendapatannya..
    biar penat skit, sekurang2 nya kita hrgai setiap bulan gji yang diterima..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, gaji simpan buat waktu kecemasan :D

      Delete
    2. eceh..waktu kecemasan ke, nak buat masuk minang..hehehe :p

      Delete
  13. tak pe syuk setiap yg terjadi ada hikmahNYA..insyaALLAH org yg tersayang akan fahamlah..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, semoga wani faham kan kak zara :D

      Delete
  14. biasalah tu syuk...apa2 pun tahniah ye...kerja baik2...pengalaman tu yang penting...mana tau satu hari nnt cita2 syuk nak buka hotel sendiri tercapai huhu~ sal orang tersayang...takpe...nnt ble da besa ngan keja tu...bolela syuk atur masa semula..bat msa ni gtau dia..nak fokus keja~

    ReplyDelete
    Replies
    1. cita2 ku nak menjadi orang kaya. haha :D

      Delete
  15. tak pe syuk... fokus pada kerja ok.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, thanks mama. syuk rasa nak join segmen mama :D

      Delete
  16. all the best in your future endeavour syuk :) sorry fae lama x singgah blog syuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, thanks fae , takpe. jangan lupe terus syuk sudah :D

      Delete
  17. err, paling sikit 20 ribu? sebulan rm20 ribu ke gaji? fuyooo~

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumlah kutipan untuk sebulan bila tak banyak cuti umum. hehe. hotel tengah2 bandar :D

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. gud luck yer dik. and pandai-pandai la bahagikan mase tu. antara kerja ngan yang tersayang okeh. :)

    ReplyDelete
  20. dah kerja yea.mcm tu la kehidupan. bila kerja mmg masa kurang skit la ngan tersayang.harap tersayang faham la kan

    ReplyDelete