Assalamualaikum
dan selamat pagi isnin ~ J Bagi
yang bekerja jangan curi tulang ye. Pakai internet untuk kerja bukan curi2
bukak fb si awek. HAHAHA. Entri untuk blog aku hari ini bukan bertujuan untuk
korang mengelakkan diri dari membuat alasan sempena meraikan hari raya . Sebenarnya
memang tak boleh elak pun sebab masa-masa begini lah sanak saudara datang dari
seluruh dunia termasuk afrika selatan. Namun akibat kekangan masa dan
penjimatan peruntukan untuk internet aku pun terus masuk jelah bab kenape aku
tak buat open house.
Setelah 30 ribu orang menanya aku kenape tak
buat open house. Aku hanya mampu mengeleng-geleng ,menaip mesej untuk yang
tersayang sambil menjawap soalan mereka dengan penuh kata-kata manja , sadis
dan agak romantik gitu.
1) Aku
taknak menganggu jalan raya depan rumah. Sebab bila rumah terbuka aku kena
pasang khemah untuk tetamu. Macam rumah kawan2. Jadi untuk mengelakkan dari
berlaku kesesakan dikawasan itu aku mengambil keputusan drastik dan secara
tertutup , menutup topik ini dengan takde rumah terbuka dirumah aku untuk tahun
ini.
2) Aku
tak pandai nak bajet makanan. Kalau buat banyak orang datang sikit dah berlaku
pembaziran. Kalau buat sikit pulak yang datangnya ramai contoh buat makanan
untuk 100 orang tapi yang datang 10 ribu orang. Nanti diumpat tak cukup makanan
dapat dah dosa . Jadi untuk mengelakkan dari terkena cemuhan @ kutukan di depan
dan dibelakang aku pun mengcancelkan tujuan untuk rumah terbuka tahun ini.
3) Kesian
kepada kawan2 yang mahu berehat pada hujung minggu. Dapat pulak ada kawan2 yang
lain membuat rumah terbuka pada hari tersebut dan sama waktu . bukan sekadar
minyak ke destinasi dibazirkan , tapi kebaziran masa untuk pergi makan dan
blah.Diorang dalam hati mesti kata yang “bagusnya kalau dia terlupa jemput
aku,aku tak makan hati pun , lagi aku gembira dia terlupe aku untuk hari ini
je”. Sebab tu aku senyap2 je niat nak buat open house . namun niat di dalam
hati sahaja.
4) Kesian
kepada perempuan dan abang2 yang dah berusaha mendietkan diri dimusim puasa .
kesian lepas raya je kita memaksa makan dirumah terbuka kita. Padahal kita tak
tau yang diorang tengah puasa. Yang kite tau jemput makan , silalah makan, tak
cukup amik lagi , lantaklah janji makanan rumah aku habis cepat. J Jadi untuk menahan godaan makan seperti diatas
aku mengambil keputusan taknak buat open house untuk kawan2 aku.
5) Malas
nak bergaduh dengan kawan2. Puncanya
sebab diet gagal . Tak habis2 salahkan kawan2 yang lain .Kite tegur , dengan
kite2 sekali kena join bergaduh. Sebab tu taknak buat open house. Biar eratkan
siraturahim tanpa pertumpahan air ke baju sendiri.
6) Tak
nak kawan2 yang tak dijemput kecik hati walaupun sedulang emas kami tadahkan
untuk mereka datang. Kami bukan terlupa tapi terlepas pandang. Senarai list
dekat 10 ribu orang. Agak2 terlepas 2,3 orang takpe kod. Kalau 9999 ribu orang
terlupe kejadahan apekah. Jadi oleh kerana taknak ada kawan2 yang kecik hati
aku merelakan rumah aku takde open house.
7) Taknak
berborak, bergosip diwaktu makan. Ustaz ade pesan berdosa buka aib orang. Kalau
dah pergi berkumpul ramai2 subjek gossip itu tetibe muncul dibawa oleh orang
yang kesunyian dan perlukan hiburan. Disebabkan kuman seekor habis badan kucing
bergaru-garu. Sebab tu aku taknak buat open house. Menggalakkan dosa2 kecik
berteraburan dibawa oleh mulut2 yang tak reti setia.
p.s Liverpool
menang game semalam. Bermakna hari ini hari kegembiraan syaiton ditundukkan :D
syukri fariz
hehe.. ada je idea bernas syuk.. seronok baca entri syuk.. :D
ReplyDeletehehe , syuk tulis yg terlintas :D thanks kak aiza
Deletealasan je semua tu.. haha!
ReplyDeletehehe . back up la den . :P
Deletewahhhh hebat betul siap buat senarai hehehe terbaik, xpe ikut kemampuan kita :)klau betul mampu nanti buatlah benda nie tak wajib pun :)
ReplyDeletehaha, abg acik ni. syuk rilek je. alang2 nak wat open house baik buat marhaban sekali. dapat jugak sejuk keluargaa :)
Deletehehehe..wah!! bnyaknya penyebapnya..huhuhu..tak pe2 nanti dah mampu dn bersedia..blehla buat kn syuk..=D..(tunggu kenduri kahwin syuklah)hehehe
ReplyDeleteyg kenduri kawin tulah yg dinanti2 kan oleh penduduk galaksi ni kak zara :D
Deletehaha kak..penat2 diet bulan puasa..masuk balik lemak tuh..hhehhe
ReplyDeletekak ? aku laki ler fizi. HAHA. diet pakai niat je. :P
DeleteDengan erti kata lain, tuan rumah ala2 TANGKAI JERING, tak ke gitu Syuk?
ReplyDeletehahaha, bukan tangkai jering kak. poket kering. opss
Deletehehehe..kelakar
ReplyDeletehaha, mencari idea hingga ke lubang cacing namenya :D
DeleteHahaha, cakap jer kedekut habis cerita.
ReplyDeletebukan kedekut. tapi perkongsian cerita. wakaka
Deletealasan yang berhemah!!!hakhakhak!!!!....
ReplyDeletenah mentos bro pheonix. moh kito gelok samo2 blako . HAHA
Deletewahh, untung laa beribu-ribu org tanya syuk bila nk buat open house, ahaha
ReplyDeleteSetelah mendengar alasan2x nyaa, baiknyaa tuan blogg niee >,<
hohoohoo
Beraya dalam lab aje lee, khikhihh
*eiqa dari klmu a.k.a KLEMU, hooho ;D
hahaha, biaso la kite tak hot yang ditanye macam2. :D
Deleteha3..alasan dia..kemain pnjg..alahhhhh manU xmain sies 2..byak smpan player tuk next game..liv main nk gaduh2 je..he3 tgok jelh..awal musim lg..
ReplyDeletekalo tak panjang bukan sepatah 2 kata bro fais. hehe.
Deletebila dah 38 game mng baru nak terima ye. orait. hehe
Hehe tulah pasal okje cuma buat mini open house je Syuk ...itupun ala ala pondok pondok hehe...
ReplyDeletehehe, oke la tu buat dari syuk . berniat pakai hati je. :D
Deleteweehaaaaaa fae singgah sini haha. oh next year buat lah open house :p
ReplyDeletehahaha, nak buat senang je. bukak pintu *if u know what i mean.
Deletelol!! openn house bukan senang nnak bbuat
ReplyDeletehehe, dik bukak pintu setel. haha
DeleteHahahaha..bab selalu salahkan kawan tu...Nur selalulah buat...
ReplyDeletehahahaha
hehe, kantoi sane. nak back up diri nye pasal :D
Deletehahahhaa cehhhh ^*
ReplyDeletekalaulah jiran2 kak lea ni semua macam point di atas,dah tentu husband kak lea berjaya diet dengan gembiranya.kak lea?makan banyak mana pun badan maintain,husband je yg risau perut dia semakin bunnnnnn he3....
hehe, itulah puncanya nanti lelaki jadi boroi. :D
Deletebunda pun tak pernah buat open house..singgah jerlah..insyaAllah akan diraikan jika ada dirumah...
ReplyDeletehehe, bunda try la buat. buat marhaban sekali. jimat kos :)
Deletealasan syuk ni boleh guna pakai ni.haha
ReplyDeleteblh akak guna kalau ada yg bertanya kan.
haha, boleh je kak nik . try la :D
Delete