Followers

Wednesday 26 February 2014

Episode : kawan bermaksud :


Assalamualaikum dan selamat petang. Keadaan petang yang panas berlarutan sejak minggu lepas. Kelihatan pokok2 yang kehijauan mulai melayu dan keadaan angin yang bertiup menyebabkan ketidak tentuan atmosfera di bumi bertuah ini. Acehhh , dah macam sastera dah . Maaf3 , bersastera sebab sering kali berlaku kebakaran hutan di kawasan aku ni . Pokok2 pun dah layu tanah pun dah merekah . tekak pun dah kering badan pun makin menjadi lemah. Fuhhh , korang doakan bumi kembali normal ye. Bersama2 berdoa untuk Negara masing2.

Di tengah panas yang membara ini pulak aku mendapat mesej dendam dari kawan aku. walaupun keadaan sejuk macam Hokkaido (japan ) di hotel aku tu tapi aku tetap rasa panas je dengan kawan aku yang sorang tu. Bila susah senang dia aku ada je menyelit memberi dia nasihat , semangat macam cerita drama ariana rose tu. Tapi bila turn aku pulak senang dia menyelit , bila aku susah dia pun ghaib ditiup angin. Bukan soal aku nak mengungkit tapi bila time aku susah kenapa kau takde. Kenapa bila senang je kau wujud ? sedangkan rumah kau berapa meter dari rumah aku ? internet pun aku support. *serius tak ungkit tapi mengedog kau yang makin besar kepala tapi kecik otak.

Jadi entri aku hari ini berkisahkan pepatah seorang kawan. Idea disumbangkan oleh seseorang hamba allah yang sekarang ni berada di oversea. Hanya ke sabah ya.


1)Kawan itu bukan barang kemas . Bila baru beli je pakai. Dah sengkek pi gadai.

2)Kawan itu bukan bank . Bila perlukan duit berderet beratur meminta. Bila dah kaya hidung memasing tinggi setinggi tiang lampu.

3) Kawan itu bukan kereta . Bila kecemasan je pakai bila senang je naik tren .

4)Kawan itu bukan tisu . Bila gembira je putih . Bila sedih je basah.

5)Kawan itu bukan macam ragbi . Mula2 ditangkap bila dah dapat ditendang .

6) Kawan itu bukan macam pampers. Bila memerlukan disarung saje. Bila dah puas dibuang .

7)Kawan itu bukan seperti main futsal. Bila memerlukan dikejar. Bila dah dapat disepak.

8)Kawan itu bukan macam pisang goreng . Kejap ada . Bila diperlukan takde pulak.

Itulah realiti segelintir umat manusia yang bergelar melayu. Setiap perbuatan itu susah nak dijaga adap berkawan. Kurangkan sifat pentingkan diri anda supaya takde perasaan riak , sombong , hidung belang dan bertalam 2 muka. Hehe. *yang terasa itu maaflah sebab sedikit pedas kerana ubat selalunya pahit dan yang pahit itulah penawar sebenar. J hehe .


.syukri fariz

Friday 21 February 2014

Episod : kekeringan idea ::


Assalamualaikum dan selamat petang yang panassss. Hari ini aku kekeringan idea tahap gaban. Jadi aku kongsikan kepada korang resepi ringkas bila zaman darurat.
Cara memasak meggi kari dan asam laksa *pilih antara 1 je.

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 bungkus mee maggi perasa kari atau asam laksa sahaja!

3 ulas bawang putih(hiris nipis2)

1 biji bawang besar(hiris jugak)

1 biji kentang(potong kecil2)

Sayur2 hijau(sedikit sawi, sedikit kacang buncis, sedikit kobis atau bunga kobis)
2 biji telor.

Kicap pekat manis cap kipas udang(jenama lain tak best)

Cili sos kimball(jenama lain tak ngam dan tak best)

Secubit garam jika perlu dan sehiris limau nipis.2 liter air atau 1 jag(kurangkan jika tak suka kuah banyak)

Cara-cara :
Masukan air kedalam periuk, rebus dulu kentang sekejap bagi ia empuk dan masukan perencah megi berkenaan.

Pecahkan telor kedalam, jangan kacau, bagi telor keras dulu, kemudian baru masukan sayur2.

Biar ia menggelegak sebentar, tutup api, dan masukan mee megi, biar ia terendam sekejap macam buat megi 2 minit tu, sehingga mee kembang.

Jika dirasa kuahnya pasti rasanya tawar dan tak sedap, ini kerana disebabkan kuahnya yang banyak dan tidak padan dengan perencah yang hanya 2 peket.

Rahsianya bubuh 4 sudu cili sos kimball dan 4 sudu kicap pekat cap kipas udang dan secubit garam. Pasti akan terbit rasa yang anda tak sangka2....sodap! Sedikit perahan asam limau nipis pasti menambah perasa. Kuantiti sos dan kicap bergantung kepada banyaknya kuah, jadi agak2 lah.

Jika anda tak pasti akan rasa resepi ni dan ragu2 sila buat experimen dengan membuat megi kosong 2 minit macam biasa, guna 1/2 perencah sahaja dan try bubuh sedikit kicap dan cili sos. Rasanya lebih kurang cuma tanpa sayur dan yang lain2 jer, dan jika suka boleh la ikut seperti diatas.

Resepi ni hanya untuk megi perasa kari dan asam laksa sahaja...lain2 perasa tak sesuai..sos cili kimball dan kicap cap kipas udang sahaja kombinasi yang sesuai..

Guna yang lain aku dah try...tak best


.syukri fariz

Wednesday 19 February 2014

Episod : Melabur dalam sihat ::


Assalamualaikum dan selamat malam` . kebelakangan ni susah betul hujan nak turun kat daerah aku. Kalau hujan pun baru 5 minit dah berhenti. Fuhh .. betul3 menduga perasaan . Aku tak berapa aktif bila hujan turun. Tapi bila tak turun hujan aku jadi tak semangat pulak sebab kepanasan melampau. Huhu. masa hujan turun sel2 otak aku secara manual menjadi lembap sedikit. So, banyak habis dengan tido. Jadi Cukup rehat . Bila dah musim kemarau ni panas sampai ke malam. Aku tau bukan aku sorang je penduduk bumi yang rasa begini kan ? *Aku dapat baca isi hati korang macam drama sinetron tv 3 la. HAHAHA.

Jadi hari ini aku akan mengarang entri berkaitan dengan cara melabur dalam gaya hidup yang sihat. Episod kali ini aku tidak hanya fokus pada wani je. Tapi kepada semua yang perasan kewujudan entri aku ni. Hehe. Aku mengarang entri berkaitan ini kerana banyak masalah yang berlaku baru2 ni dan yang paling aku risaukan ialah kesihatan si wani ni. Sebab keluarga aku semua sihat je. Dia pulak ada masalah kesihatan sikit. Paling aku risau bila dia tu kena demam ke selsema . macam hilang semua perasaan dia kat aku ni. Tapi rupenya dia ada masalah lain.


1)Pilih makanan rendah lemak dan minyak .kerana boleh meningkatkan paras kolestrol .

2)Pilih makanan dan minuman kurang manis. Keranan boleh kena diabetes. Jadi kalau ada pencuci mulut tu ganti la dengan buah-buahan. Minum air kosong supaya paras gula dalam darah tak tinggi. *sekurang2 nya kurang ayat manis dari si mulut buaya.

3)Pilih makanan kurang masin. Kerana boleh menyebabkan darah tinggi. Walaupun sedia maklum air liur mampu menaikkan darah seseorang , korang kena tau garam tu pembunuh dalam senyap. Jangan tambah terlalu banyak garam ke dalam masakan. Kalau makanan tu sudah mempunyai garam yang cukup jangan ditambah lagi. Terlebih letak , jangka hayat pun semakin cepat .

4)Pilih buah-buahan dan sayuran. Kalau jenis aku ni memang susah nak makan makanan berwarna hijau sebab tak sedap. Tapi bila my mom masak memang aku makan. Sebab beliau masak sedap. Haha. Wani kau belajar memasak yeee. Kalau tak sedap hang makan sorang. Jimat .Lupe nak beritahu yang buah-buahan ni boleh membekalkan banyak sumber vitamin, mineral dan mampu mengurangkan risiko penyakit tertentu . Tapi penyakit gatal tu hanya penampar mampu mengubatinya.

5)Pilih makanan yang berserat tinggi. Kerana mampu melindungi daripada penyakit kecik2 macam pening . seperti sayuran dan buahan , dengan tambahan makanan berserat tinggi seperti nestum , oat , snek koko-crunch ,honey star , milo bagai tu semua mempunyai serat yang tertentu. So, sedikit sebanyak penyakit malas korang tu terpadam secara senyap.

6)Jauhi sesiapa yang menghisap rokok , shisha ataupun yang sedang membakar sampah . Tubuh anda pasti akan menghargainya J

Jadi itulah sedikit sebanyak pendapat yang aku mampu karangkan dalam masa 30 minit ni. Kalau ada yang nak tambah tu sila komen. Kalau2 aku terbaca ke kemudian aku terasa hati aku akan ikut pendapat kalian pulak. :D hehe. *kepada wani kau tu dengar nasihat aku yeee <!!!>


syukri fariz

Sunday 16 February 2014

Episod : Hampir setahun :


Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Bersyukur kepada ALLAH kerana masih sudi memberi ruang untuk aku dan kawan2 meneruskan kehidupan walaupun berliku2 sebagaimana yang telah engkau berikan. Huhu . hari ini dapat pelepasan awal balik dari tempat kerja. Walaupun hanya diberi tempoh singkat 2 jam untuk balik awal , rasanya tak cukup kod sebab urusan aku ni macam 2 hari.

Hari ini cerah dan panas sepanjang hari. Bila difikir balik bila la hari terakhir hujan kat sini. Bukan pokok je layu tapi dengan aku sekali layu dek air dalam badan ni disejat sikit2. Tak heran la kalau siapa jumpe aku kat luar aku kelihatan lebih “hensem” . Berape gelen air dah aku telan tapi kepanasan dibawah bumbung masih jelas terasa. Huhu. Berkenaan urusan balik awal itu ialah kerana nak beli hadiah hari kelahiran sahabat. Genap hari ini dia 21. Kenal pun dah lama kalau tak menghargai segala pengorbanan tu susah la nak jaga kawan baru pulak kan ? J

Kebetulan jugak pada hari ini sebenarnya hari ulang bulan antara aku dan wani yang ke 11 . Dah nak setahun rupenya. Rasa macam baru semalam je add fb dia pastu melamar. Haha. Oke sekarang ini aku dalam proses nak mengenali keluarga dia dan kumpul duit dulu . Bukan sebab taknak ikut sunnah bagai. Tapi disebabkan zaman ni semua kena bayar termasuk insurans motor, kereta . Dengan pinjaman pendidikan yang baru setel 1 k rasa macam jauh lagi perjalanan. Tapi insyaallah lepas konvo je aku nak serbu hospital2 seluruh johor. Huhu. Takan baru kahwin dah diambang muflis pulak. sekurang2 nya ada pendapatan tetap dulu. Gaji sekarang ni pun macam tak memadai .


Dengan kehidupan aku yang sekarang ini penuh cabaran , aku sentiasa berdoa yang aku mampu menghadapi segala rintangan dengan penuh kacak dan kreatif. Menjaga keluarga , kawan dan teman wanita ni tak susah Cuma perlukan pembahagian masa . kejujuran tu paling penting. Kalau menipu mungkin masa depan bukan sebakul je kita kena balik tapi selori kita ditimpa.  Akhir sekali thanks kat korang yang sudi singgah blog krik aku ni. Hehe. Banyak2 terima kasih J

syukri fariz

Wednesday 12 February 2014

Episod : Shopping


Assalamualaikum dan selamat petang ~ huhu . bertemu kembali ke blog yang dah lama tak update ni. Sibuk lepas tahun baru cina ni , Sampai peluh pun belum habis kering dah kena kerja lagi. Kekeringan idea dengan kesibukan kerja ni memang menjadi masalah bagi manusia biasa macam aku ni. Walaupun aktiviti senang camner pun tetap akan menjadi lama . *gara2 melepaskan batuk di dalam lif.

Tapi bila dah dapat arahan dari ratu , camner pun tetap akan dihormati dan disegani segala titahnya. Tulah specialnya ratu itu. Antara aktiviti yang selalu dititik beratkan dan selalu menitik2 peluh aku ialah BERSHOPPING . Perkataan yang senang disebut tapi bertindak menggunakan tenaga harimau .

1)Perempuan berkemampuan untuk berjalan tanpa henti dari tingkat bawah ke atas tanpa melalui lif mahupun tangga bergerak . motif ? untuk meluaskan pandangan 360^.

2)Perempuan bila tengok baju mula membayangkan dirinya memakai pakaian itu. Tapi sebelum pakai pun dah berhabis puji. Bila test kat fitting room je hampeh rupenya tak muat akibat lemak berlebihan di kawasan pusat.

3)Perempuan berkemampuan memasuki kedai yang dah masuk mula2 dan keluar berulang kali semata2 nak buat perbandingan harga dan kesesuaian bentuk badan.

4)Perempuan pantang Nampak perkataan SALE. Bagi mereka perkataan tu melambangkan kepuasan berbelanja. Huhu. masa2 camni lah lelaki mula menyorok disebalik tiang dan kerusi.

5)Perempuan kadang2 membeli baju jenis kecik konon2 berniat motivasikan diri untuk menguruskan badan. Namun bila sampai dirumah terus disimpan didalam laci aras bawah dan tidak disentuh lagi.

6)Perempuan kadang2 keliru perkataan berjogging dan bershopping. Bagi mereka kedua2 aktiviti itu memang dilakukan didalam pasaraya .

APA2 hal LIVERPOOL aku menang 5-1 kat ANFIELD J













syukri fariz

Tuesday 4 February 2014

Episod : Kentut ::


Ehem3 assalamualaikum dan tumpang lalu ya kawan2 seblogger . anggap je la blog aku ni iklan sementara korang berblog walking . hehe. 3 hari ini aku member laluan dulu email2 yang kawan2 aku hantar dan laluan kepada English Premier League berlangsung. *tapi hampeh sebab Liverpool seri pulak. merencatkan sikit opening untuk entri kali ini. Tapi insyaallah tak mengecewakan para pembaca ! sip3 sikit ! haha.

Tajuk entri kali ini bukan diada-adakan ataupun direka oleh orang yang fames. Tapi idea yang datang sendiri kod . situasi dan jalan cerita pun berdasarkan alam nyata. Tak berkaitan langsung dengan yang dah kembali ke alam kekal . huhu .

Pada meeting hari PIBG sekolah tutuutututuutut , dipengurusikan oleh pengetua azhar secara tiba2 terdengar letupan kecil dan disudahi dengan aroma yang kurang memikat hati dan pastinya membuat suasana yang bagaikan pasar malam itu tiba2 menjadi sunyi seperti tanah perkuburan . *walaupun sekolah bersebelahan tanah perkuburan. Maka dengan itu ramai para cikgu membuat andaian bagaikan Conan Edogawa dalam kartun Detektif Conan dengan mencari punca letupan kecik itu. Tapi sambil2 itu hanya komen2 yang mampu dirakam pada situasi tersebut .


Guru Muzik –  Wahhh , bunyi nadanya terletak pada chord c major.

Guru Math- Hmmmm, sesuatu yang tidak boleh didarab mahupun dibahagi namun baunya boleh dibahagi3 .

Guru Biologi-  Begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya .

Guru Fizik-  Itulah  sebenarnya inner power , tenaga yang digunakan sedikit sahaja. Namun hasilnya luar biasa.

Guru Agama-  Ini la salah satu penyebab batalnya wuduk.

Guru Sejarah-  Salah satu penyebab berlakunya perang mulut pada hari ini.

Guru Kauseling-  Perilaku ini tidak selari dengan Perilaku manusia yang bertamadun.

Guru Geografi-  Kedudukannya begitu strategik mengikut arah mata angin.

Guru Bahasa –  Perkataannya boleh ditulis namun sukar diungkapkan melalui kata2 ..

Pengetua-sememangnya saya yang kentut . betulkah kesannya begitu besar ? kih kih kih.


syukri fariz