Followers

Friday, 21 February 2014

Episod : kekeringan idea ::


Assalamualaikum dan selamat petang yang panassss. Hari ini aku kekeringan idea tahap gaban. Jadi aku kongsikan kepada korang resepi ringkas bila zaman darurat.
Cara memasak meggi kari dan asam laksa *pilih antara 1 je.

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 bungkus mee maggi perasa kari atau asam laksa sahaja!

3 ulas bawang putih(hiris nipis2)

1 biji bawang besar(hiris jugak)

1 biji kentang(potong kecil2)

Sayur2 hijau(sedikit sawi, sedikit kacang buncis, sedikit kobis atau bunga kobis)
2 biji telor.

Kicap pekat manis cap kipas udang(jenama lain tak best)

Cili sos kimball(jenama lain tak ngam dan tak best)

Secubit garam jika perlu dan sehiris limau nipis.2 liter air atau 1 jag(kurangkan jika tak suka kuah banyak)

Cara-cara :
Masukan air kedalam periuk, rebus dulu kentang sekejap bagi ia empuk dan masukan perencah megi berkenaan.

Pecahkan telor kedalam, jangan kacau, bagi telor keras dulu, kemudian baru masukan sayur2.

Biar ia menggelegak sebentar, tutup api, dan masukan mee megi, biar ia terendam sekejap macam buat megi 2 minit tu, sehingga mee kembang.

Jika dirasa kuahnya pasti rasanya tawar dan tak sedap, ini kerana disebabkan kuahnya yang banyak dan tidak padan dengan perencah yang hanya 2 peket.

Rahsianya bubuh 4 sudu cili sos kimball dan 4 sudu kicap pekat cap kipas udang dan secubit garam. Pasti akan terbit rasa yang anda tak sangka2....sodap! Sedikit perahan asam limau nipis pasti menambah perasa. Kuantiti sos dan kicap bergantung kepada banyaknya kuah, jadi agak2 lah.

Jika anda tak pasti akan rasa resepi ni dan ragu2 sila buat experimen dengan membuat megi kosong 2 minit macam biasa, guna 1/2 perencah sahaja dan try bubuh sedikit kicap dan cili sos. Rasanya lebih kurang cuma tanpa sayur dan yang lain2 jer, dan jika suka boleh la ikut seperti diatas.

Resepi ni hanya untuk megi perasa kari dan asam laksa sahaja...lain2 perasa tak sesuai..sos cili kimball dan kicap cap kipas udang sahaja kombinasi yang sesuai..

Guna yang lain aku dah try...tak best


.syukri fariz

15 comments:

  1. Aku makan maggi kosong jer. Janji perut terisi sudaahh. Haha

    ReplyDelete
  2. haha..nice! .. btw , sy lg suka maggi goreng . =) . tp xleyh mkn selalu.xbaik utk kesihatan! . hehe=)

    ReplyDelete
  3. amboih resipi megi ye..bagus2..hahaha tapi ni kalau rajin..kalau malas teruk rendam air hangat tunggu smp kembang...-_-

    ReplyDelete
  4. bukan main lagi resipi nya. haha

    ReplyDelete
  5. Ye ke Syuk.....sedap? Kalau tak sedap macamana... yg okje pernah buat selalu kosong jer....buh telo pun jarang. Bolehlah try tengok nanti!

    ReplyDelete
  6. wah.. pandai memasak rupanya syuk.. akak nak megi kari satu.. hehe..

    ReplyDelete
  7. untung waniey bakal suami pandai masak..

    ReplyDelete
  8. aku pilih maggi masak kari..kena ada telur..he..he.. :P
    good entry bro bg yang x tau mask maggi leh refers dkat sini :P

    ReplyDelete
  9. kalau kak nur, rebus megi pastu ngap..xyah rencah2..kekekekek

    ReplyDelete
  10. akk suka meggi kosong je.. tp sekarang xmkan sngt..demi kesihatan..

    ReplyDelete
  11. Kadang-kadang suka ratah je maggi tu. Wah, takut pula tengok mata budak tu.

    ReplyDelete
  12. megi campak2 sayur udang ayam seme ni nampak ade nutrisi sikit dr makan kosong hihi

    ReplyDelete
  13. dah lama sis tak makan meggi..huhuhu

    ReplyDelete