Followers

Wednesday 31 July 2013

Cerita Funny :part 1


ASSALAMUALAIKUM DAN hai3 kepada hidupan lain. Perah otak nak membuat entri. Tapi terlebih dahulu nak mintak maaf kat seorang blogger wanita ye sebab entri yang dimintanya itu Sirius tak cukup perenggan. Jadi masih dalam proses. Tapi aku hiburkan dulu dengan entri yang di e-mail oleh sahabat dari keyell sana . J


1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama ihsan memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

3. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki juga selalu ada dua kejutan dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui GF curang !


syukri fariz

Saturday 27 July 2013

Memories ::


Rahsia KE-POWER-AN seorang wanita ::

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Hari ini syuk nak berkongsi entri berkisahkan wanita . Sebagai seorang lelaki kita kena la faham dan memahami apa yang wanita perlukan. Lagi hebat kalau sentiasa melaksanakan apa yang perlu untuk masa depan. Tapi entri kali ini bukan soal kehartaan dan kejelesan . Tapi FAKTA tentang  wanita !
1)Mereka bercakap jujur apabila tahap kesetiaan mereka menjangkaui apa yang anda harapkan.
2)Mereka kurang berpeluh berbanding lelaki kerana mereka banyak menghabiskan masa dengan mengenang kesilapan mereka sehingga titisan air mata ke belasan titik.
3)Wanita mudah memaafkan lelaki dan sukar melupakan . Buktinya si lelaki tergamam apabila wanita itu mengungkit kembali kesilapan si lelaki itu 50 tahun lepas !!
4)Wanita akan menerima nasihat yang diberi oleh si lelaki . Pada masa yang sama sengaja mengulang2 tindakan yang sama untuk mendapatkan nasihat yang sama lagi sekali. *limit 2 kali je.
5)Wanita akan bersabar dari jam 8pg-5 ptg , dan kemudian akan mengejutkan kepulangan si lelaki itu khas untuk mengembirakan dan menghilangkan tenson si lelaki.
6)Masakan wanita mampu mencairkan perut dan hati lelaki walaupun terlebih letak garam dan lada sulah. Tak percaya cuba kat rumah.
7)Kekuatan sebenar si wanita akan terbukti di pasaraya . Buktinya wanita mampu berjalan mengelilingi pasaraya itu puluhan round.
8)Pipi wanita mampu menahan kemerah-merahan selepas ditarik manja oleh si lelaki yang disayanginya.
9)Wanita akan meminati hobi si lelaki kecuali hobi si lelaki yang mengikuti hobi si perempuan lain.
10)Wanita suka dibelai dengan harapan lelaki yang disukai itu benar-benar menghargai dia.



Yeah , saya sayang nur syazwani saya :D thanks masih percayakan saya ..
 

syukri fariz

Wednesday 24 July 2013

Persoalan ::


Assalamualaikum , dan salam pagi kepada blogger3 yang stalk blog aku yang tak seberapa meriah ini. *oke aku merendah diri. Hehe. Terus masuk ke topic utama hari ini sebab aku terkejarkan masa. Ada 9 persoalan yang bergolek2 sambil terapung diminda aku sekarang ini. Rasa nak berenjoy pun sering kali terfikir2 masalah ini.

1) Bagaimana nak buang member yang follow blog yang memakai pic lucah ? kalau korang perasan ada sorang member yang paling latest tu ha, adoi. .

2)Siapa ada hidu2 jawatan kosong kat area JB ? Ingat lepas raya nak try berhijrah ke sana sambil2 cari duit nak buat kahwin. Sementara menunggu result diploma dan seruan degree.

3)Kalau kolej lambat keluar result diploma kita boleh saman tak ? Rasa macam diorang tak peduli je kami yang exited menunggu dan nak tercabut liver nh.

4)Sebelum korang baca ni dah buat ke tarian kucing ??
5)Entri resepi kuih raya mendapat daya tarikan tertinggi setakat ini. Rasa kembang hati sebab ramai yang menuntut ilmu seperti aku. *Tapi hakikat last2 guna jalan singkat. Hehe

6)Sirius dah bosan menternak lemak kat rumah. Nak bekerja tapi dah nak raya. Takut tak dapat cuti lepas kerja.

7)Betul ke khabar ribut menyatakan bahawa raya ke 4 dah start kuliah ? *Pertanyaan kepada pelajar kolej sebab kawan syuk nh budak kolej . Dan orang penting menjayakan acara2 ziarah masa3 raya.

8)MOHON kawan2 belajar tarian kucing sebab ada yang tadi tu tersengih2 depan lappykan.. haha. JUJUR2. :P 

9) okkai3 dan last sekali pic ini membawa 3ribu makna yang mendalam dan harus terpatri di hati masing2. Paling tidak pun ingatlah orang yang terlove. J


syukri fariz

Tuesday 23 July 2013

kisah ramadhan lagi ::


Assalamualaikum dan selamat petang ! hari ini terlambat sikit nak update sebab masalah teknikal. Tapi terlebih dahulu aku nak mengucapkan tahniah kepada para pembaca blog yang membaca entri aku yang lepas . berkisahkan resepi itu. Dari situ aku tau siapa yang baca sampai habis setiap entri yang aku update. Hehe.

Hari ini aku nak berkongsi status2 yang sering kali menjadi tatapan ramadhan yang mulia ini.

1)”Alhamdulillah hari ini berbuka nasi minyak , semalam ayam golek”nasib baik pergi berbuka kat sirau hari ini.

2)Punyalah penat beratur panjang2  semalam sebab ingatkan dapat makan bubur lambuk free. Rupe –rupenya ada pertunjukan silap mata . Yang pakcik buat magic ni pun 1 kenapa nak buat magic masa-masa camni.

3)Jarum jam ni macam makin slow je aku tengok. Ke bateri lemah nh ? Tengok muka bos macam muka macam ayam golek dah. Pakcik jual ayam golek jangan balik dulu !

4)Makcik katijah nh berniaga kat office nh macam tak kantoi je dengan boss. Dah la kuih samprit aku order dari tahun lepas pun masih tak dapat claim.


5)”camat berbukew cemue ,makan yangan kenyang2 , titew makan nasik je”.

6)ala, lupa pulak nak bersahur , mesti pukul 10 aku gastrik, dah la lupe nak berniat puasa semalam.

7)nasi yang kau order tu aku letak kat atas meja , air sirap kat bucu kerusi . duit balance aku buat isi minyak. *kes kena hack fb.

8)siapa nak beli mercun PM aku. Serius buyer je. Tapi jangan beritahu orang lain.

syukri fariz

Saturday 20 July 2013

Resepi kuih raya ::


Cara-cara membuat biskut Almond London..


Bahan-bahan :
1) mentega (200 gm )
2) gula icing (1/2 cawan )
3) telur kuning (1 biji)
4) serbuk almond (1/2 cawan )
5) tepung kek (self raising flour) (3 cawan )
6) kacang almond dipanggang (secukupnya)
7) almond nibs (secukupnya)
8) coklat masakan (secukupnya)

Cara memasak :
1) Pukul mentega dan gula. Masukkan juga telur kuning sedikit demi sedikit. Pukul sehingga lembut dan sebati.
2) Kemudian Masukkan tepung kek dan serbuk almond.
3) Uli sehingga sebati dan lembut. Jika ia tidak melekat di tangan, bermakna ia telah siap diuli.
4) Seterusnya Bentukkan doh menjadi bulat dan masukkan kacang sebiji almond yang telah di panggang.
5) Bakar pada suhu 160 darjah celcius, selama 20 minit atau sehingga masak.
6) Apabila siap dibakar, biarkan biskut sejuk
sebentar.
7) Sementara itu, cairkan coklat masakan dengan teknik double boiler. Celupkan biskut dan masukkan ke dalam bekas paper cup.
8) Kalau biskut anda tak jadi, anda letakkan adunan dalam sinki, dan cari kunci kereta.
9) Start enjin kereta anda, dan menujulah anda ke kedai-kedai berdekatan yang jual Almond London.
syukri fariz

Truth ::


Assalamualaikum dan hai3 sayur3 kepada kpop. Hehe. Terlebih dahulu aku nak mintak maaf sebab kekurangan idea dan banyak masalah yang aku hadapi baru2 ni. Tapi Alhamdulillah dah setel sikit2. Tapi hari ini aku nak tunjukkan 1 fakta bergambar. Biar gambar yang bercerita J




syukri fariz

Wednesday 17 July 2013

Update lagi bulan ramadhan ::


Assalamualaikum dan selamat petang ! 

Excitednya aku , korang tak excited ke ? oww, actually kite dah puasa untuk hari yang ke 9 . Tak lama lagi nak raya dah. :P oppss , tak kata teruja pun nak raya sebenarnya sebab bulan puasa nilah bulan yang dinanti-nantikan kerana dijanjikan 1000 kemuliaan dan kemaafan. Bulan ini jugalah bulan korang dapat tengok lelaki dan perempuan berduyun-duyun ke mesjid . Bukan senang nak tengok mesjid ramai orang setiap malam.

Kan best kalau tiap-tiap bulan macam tu. Hari ini nak kongsi  alasan ponteng  puasa  tahun 2013 .

1) Kunun lupe nak berniat puasa : symptom yang mudah manusia lupa selepas menonton tv dan selesai bermain mercun pada tengah malam. Kalau hari2 tak berniat camner nak dapat puasa yang sah . Asal lupa berniat je tengah hari dah bantai makan ayam KFC.

2) Tak sengaja : rutin awal pagi kalau lepas bangun tidur selalunya gosok gigi , pakai baju dan breakfast. Tapi tak kena waktu dan bulan kerana sekarang bulan puasa !! awal 10 pagi dah bersarapan dan bila ditangkap alasan lupa . Kalau hari pertama takpelah kod. Ni straight sampai setengah bulan. Ikut tarikh planet mana si pelupa ni ??

3) Gastrik : kalau betul2 gastrik takpe. Ini bila datang bulan puasa je gastrik . asal gastrik je mesti bulan puasa . Dan kalau tak muka yang sama menghadap muka bos mintak mc setiap tahun memang pelik.

4) Datang moon : ini lelaki tak pernah kena dan kalau kena conform bukan lelaki. Ce try cek balik jantina dia. Golongan wanita suka sangat pakai ayat ini kalau kantoi makan tengah hari. Tapi yang ajaibnya takan sampai 2,3 minggu kadang2 sampai sebulan datangnya ?? kantoi lagi kat sana.




Itu jelah hasil kaji selidik untuk entri kali ini. Dan kalau korang perasan aku baru je selesai mengubah blog ni. Termasuk lagu theme baru. Walaupun bunyi aneh sikit. Dan aku baru je belajar letak iklan ni. Kalau rajin tolong la tekan. Hehe.


syukri fariz

Monday 15 July 2013

Off Topic ::


Assalamualaikum dan selamat pagi . memandangkan hari ini hari yang special lagi bermakna dan perlu diingati *cop, ape yang aku merapu ni… Lantak la , aku ada sesuatu yang nak dikongsi untuk korang semua. Tapi aku tengok korang macam letih dan lesu je . come on la , puasa ini bukan untuk tahan lapar je . puasa ini untuk melatih kita menjadi lagi kuat dan stronger ! *eh , macam sama makna je.. wonder3 , jadi please bangun dari kerusi anda dah marilah berjoget2 miow dengan aku ye… J

Contoh header yang si dia buat...

LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
Oke aku tengok korang dah mula buat perangai , kita terus ke topic utama , sebenarnya hari ini genap bulan ke 4 kami. BIAR GAMBAR BERCERITA .. J

HADIAH TEDDY BEAR UNTUK BUDAK BUSUK. HEHE *KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ … 

syukri fariz

Saturday 13 July 2013

Lelaki pantang bilaaaaaaaaa ::


Assalamualaikum dan selamat petang… hari ini sementara menunggu waktu berbuka syuk terbukak hati nak mengupdate entri. Yelah dah 3 hari tak update dek kesibukan berkerja . *padahal tido , ambil ibu dari sekolah , teman shopping dengan tarawih je.

Tetapi entri kali ini ada cerita disebaliknya!! kakak syuk sesuka suki menyelongkar henpon blackberry syuk tanpa niat di hati ! bila ditanya dia kata nak cari lagu , tapi tengok macam nak bukak mesej je. * nasib baik tak bukak yang private message.  Jadi kali ini syuk nak buat Entri LELAKI PANTANG BILA………..

1) Pantang bila henpon dicheck tanpa waran dan surat tunjuk sebab.
2) Bila dompet yang kembung dicheck dengan tujuan nak menguruskan kembali dompet yang telah sekian lamanya kembung. *pinjam duit.
3) Pantang mintak tolong @ berborak sewaktu berlangsungnya aktiviti beriadah di malam minggu. Contoh waktu menonton bola , masa berlangsungnya tilawah al-quran di tv.
4) Pantang waktu tidurnya diganggu. *tapi ini lebih kepada kucing syuk yang selalu kacau gigit2 ibu jari kaki. Nasib baik tak disepak ala2 David Beckham.
5) Pantang bila dah nasihat tapi masih menbuat kesalahan yang sama sehingga sampai limit yang dibenarkan.


Gambar hiasan tanda pantang benda2 ini dilanggar.

6) Juga pantang diminta membuat sesuatu yang tak digemari seperti bermain guli padahal dalam rumah ada PS 2.
7) Pantang kenderaan yang suci bersih ,dipinjam dan bila dipulangkan menjadi hodoh . *memang jadi hulk la aku.
8) Pantang bila nak berbuka tapi ditepuk tangan kerana takut perasaan tamak tu datang.
9) Pantang bila dah berjanji nak berjumpa tapi datang lambat. Ingat jam kat tangan ni perhiasan je ke ??
10 ) Pantang Nampak barang branded tapi dijual murah. Memang syuk terus beli. Hehe

syukri fariz

Wednesday 10 July 2013

Kesabaran teruji bilaaaaa :::


Assalamualaikum dan salam ramadhan . J
Entri permulaan syuk pada bulan ramadhan yang mulia ini ialah KESABARAN diuji bilaaa…

Sempena dengan bulan yang mulia ini , mesti ramai orang jangkakan akan berlaku perkara yang baik2 je kan ? namun dengan syaiton2 dirantai maka muncullah manusia yang kadang2 berperangai mengalahkan syaiton. Bermakna ia menguji keimanan dan kecomelan anda dalam setiap aspek .  Jadi hari ini syuk nak kongsi contoh2 kesabaran bila diuji pada bulan mulia ini. J

1 ) Tengah sakit gigi tapi kawan2 sibuk menyebarkan khabar angin kite sedang mengunyah gula2 getah.
2) Dipulaukan sehingga kepala berpulau oleh kawan2 sekelas  kerana fitnah dari seorang kawan yang bermuka tembok dan bermulutkan tebu.
3) Kite dah elok-elok ikut peraturan jalan raya , tetapi dilanggarnya pulak oleh pemandu lain yang cuai dan polis bukan nak back up kite . disamannye pulak kite .
4) Keletihan , kegilaan , ketensonan dan kekompiusan membuat kerje projek teruji apabila lecturer membatalkan projek itu tanpa alasan kukuh sedangkan projek itu dah 99.9999999999% siap.
5) Kite dah follow cerita bersiri dari episode 1 , tapi bila masuk episode terakhir 1 rumah takde elektrik.

6) Setelah beratur panjang2 untuk membayar jumlah shopping di mall tetibe mesin casher rosak. Dan kemudiannya diminta membayar di kaunter sebelah . kaunter sebelah pun dah berderet2 orang berbaris.
7) Keletihan berkolej teruji apabila Nampak anak jiran menjilat ais krim magnum sambil2 menunjuk2 tanda bagus .
8) Melihat kawan mengambil henset kite sambil membaca mesej sambil diberi warning olehnya supaya “bersabar sekarang sedang bulan puasa.”
9) Cemburu melihat orang memakai helmet dan baju sejuk di dalam mcd selambe mengorder mcd sambil tidak perasan van jenazah di luar mcd sedang menunggu. Hehe…
10 ) Bau Kuih untuk jualan petang ini mencucuk2 lubang hidung sambil menggoda supaya merasa secubit dan kemudiannya segenggam pula.

PERINGATAN : Ketawa adalah ubat yang paling bagus menghilangkan Stress , tetapi jika anda gelak tanpa sebab anda perlukan ubat .


syukri fariz

Sunday 7 July 2013

Petanda Awal *segi mata kasar


Assalamualaikum dan selamat pagi… orang kata kalau suka diam.kalau tak suka luah. Tapi aku , kalau suka aku bising. Kalau tak suka pun aku bising.. tapi , kalau korang suka , aku akan lagi suka. Kalau korang tak suka , korang jangan baca. Deal ? hehe. Tetibe nak warning kawan fb syuk . tapi syuk saje tulis kat blog. Luah tekanan perasaan. Oke, today ya , syuk nak kongsi tanda2 awal nak puasa tapi dari segi mata kasar.
1 ) Lelaki dan perempuan kelam kabut nak ganti puasa .
2 ) Mereka juga sibuk memilih warna tema rumah sambil2 berwindow shopping.
3) Bila suasana di pejabat yang aman damai tetibe penuh rancak dengan aktiviti menempah kuih raya dan baju raya.
4) Sudah ada gedung @ pusat membeli then belah mula memasang lagu raya.
5) Aktiviti membeli meggi dan makanan bungkus berleluasa. Kunun2 untuk waktu kecemasan.





6) Bila budak2 telah memasang status nak puasa dan sibuk membuat check list nak beraya rumah siapa dahulu.
7) Si ibu mula memasang serta mengupdate segala kelengkapan di dalam rumah.
8) Kelihatan banner diskaun di sekeliling Bandar dan terselit2 sikit di dalam newspaper.
9) Muncul seorang datuk , yang duduk diatas kerusi sambil menetapkan tarikh bermulanya puasa.
10 ) Ceramah agama didalam tv mula menyampaikan dialog “semoga puasa tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya”.
11) Orang pejabat mula bermain 1,2 som untuk menentukan siapa yang kena bekerja tahun ini.


12) Suami isteri mula menggunakan kebolehan anak dan merasuah anak pelbagai benda semata2 untuk memenangi pakej percutian 3 hari 4 malam ke kampung si pemenang.
13)Si bapa mula gelisah membahagi budget untuk makan , kelengkapan , duit raya dan segala bil untuk raya kelak.
14) Harga ayam mula naik mendadak sehingga rm 8.50/kg langsung tidak menjejaskan persiapan nak menyambut bulan ramadhan.
15)Dan yang paling utama munculnya iklan yang time raya je kita dengar iaitu iklan kurma “Yusoof Tayuub”.



syukri fariz

Saturday 6 July 2013

Biodata DR Mohammad Morsi (Presiden Mesir yang Digulingkan) :



1) Seorang presiden yang hanya berada di Istana Presiden untuk kerja2 pengurusan Negara dari  8am-10pm.
2) Beliau menghafal  AL-QURAN secara keseluruhannya.
3) Beliau ialah seorang jurutera dalam 1 bidang pembuatan.
4) Mempunyai seorang isteri , 5 anak dan 3 cucu . semuanya hafiz ,hafizah Quran.
5) Salah seorang anak beliau berkhidmat sebagai Doktor di Arab Saudi . Namun diminta berhenti kerja kerana beliau ialah anak kepada presiden mesir dan Negara yang besar.



6) Setiap hari jumaat , Dr Mohammad Morsi datang awal 1 jam dari solat jumaat dan beliau berana di saf paling hadapan dan membaca surah AL-KAHFI dan disekeliling beliau tiada pengawal @ tentera . Di sana DR tiada beza dengan rakyat.
7) Beliau menggunakan kenderaan sendiri untuk membuat kerja2 lawatan , perjumpaan dan urusan Negara.
8) Tidak mempunyai pengawal peribadi untuk melindungi diri sendiri dan hanya mampu berserah kepada ALLAH setiap masa.


Dikongsi dari kawan : http://www.tintaasyraf.co
syukri fariz

Thursday 4 July 2013

Entri jumaat ::


Assalamualaikum   . Hari yang paling baik dimana matahari terbit ialah pada hari jumaat .  

sumber dari : lupe dari mana…..
syukri fariz

Wednesday 3 July 2013

Special Entry::


Assalamualaikum . hari ini ringkas je entri sebab ada kerja yang perlu dibuat kejap lagi. Sempat la jugak aku update pape yang patut.
Kadang2  tindakan syuk bukan untuk mendapat sanjungan dari kawan2 . Lagipun ini merupakan harapan syuk yang pentingkan persahabatan dan mahu menggunakan sepenuh masa untuk kawan2.

Peraturan 1 :
layan kawan2 yang pada tahap kepintaran tertentu supaya tidak menyakiti maruahnya.

Peraturan 2 :
Kurangkan elemen anak kembar .
cth :kesepian syuk menyebabkan jiwa syuk tidak seimbang yang akhirnya mengkhianati hasil kerja syuk.

Peraturan 3:
Timbulkan rasa keinsafan dengan menunjukkan beberapa perkara tidak sempurna dalam diri seorang budak lelaki .


Peraturan 4 :
Tak salah menganggap diri lagi bagus berbanding orang lain namun ungkapan itu hanya disimpan  di dalam hati.

Peraturan ke 5 :
Mengambil tahu hobi bukan sahaja dipihak lelaki, tapi dipihak perempuan juga .

syukri fariz

Tuesday 2 July 2013

kerja kita sebagai bakal pemimpin ::


Si BF terlihat si GF update status di fb :
“kenapa la hati ni tak tenang..somebody please.. i need someone”

Maka ramailah jejaka mula membalas status tersebut. Ada jejaka handsome..ada jejaka poyo, ada yang alim-alim kucing. ‘ah,semua hanya nak mengurat’ getus hati si gadis. Sampailah komen jejaka yang ke 394 .

Jejaka 394 komen :

“Mana hati nak tenang;
kalau solat pun kurang
tahajjud pun sekali dalam 12 bulan
nangis sujud taubat pun jarang lakukan
bila sedih kau cari kawan dan pergi have fun!
ada masalah,muzik kau layan,al-Quran kau tinggalkan!

Mengada-ngada punya perempuan!”

Apabila gadis terbaca komen jejaka 394,terus dia berang dan cari butang BLOCK! dan terus update status baru ;

“I dah block mamat poyo mana entah! semua pasal aku dia tahu! berlagak alim!”

Si BF tersenyum di hadapan laptop. Dalam hatinya berkata
"nasib baik aku buat 7 lagi fake accounts. Baru block satu je pun hehe".


Kenapa nak takut dia marah kerana teguran kita ? 
Sepatutnya kita takut ALLAH marah kita sebab tak menegur kesalahan dia.

MORAL the story , Hidup seribu tahun pun kalau tak beribadah kepada ALLAH , Neraka, kesunyian dan kecelakaan milik anda.




syukri fariz