Followers

Wednesday 29 January 2014

Episod : Entri nasihat ::


Assalamualaikum dan selamat pagi. Huhu. cuti 2 hari yang akan aku nikmati dengan penuh jayanya kini tinggal sehari je. Semalam penuh dengan tido je. Rehat sepanjang hari. So, hari ini kena penuhkan dengan berjalan pulak.

Semalam agak sepi sebenarnya. Selain dari urusan cukai jalan motor yang dah meninggal dunia sejak isnin lepas aku alami pening kepala tahap tak kritikal. Urusan kat JPJ tu tak sampai 1 minit kod. Tunggu turn dekat 1 jam . Fuhhh ! no 1030 . Bila duduk no baru nak masuk 1009 . berjanggut jugak tunggu kat sana. Nasib baik la dah siap dapat balik rumah terus. Tengah hari takde la jem sangat Bandar ni . Lepas tu bantai tido 5 jam . fuhh. Memang seronok la. Bangun je awek mesej pulak. Baru aku setelkan solat pulak. petang tido lagi sebab pening kepala. Kalau ikut plan nak karang blog sambil blog walking rumah kawan2 alam maya ni. Tapi Nampak gayanya tertangguh lagi. Huhu. hari ini aku karang untuk mengingatkan kembali urusan yang perlu kita tempuhi . hehe.

Memandangkan esok jumaat. So , entri untuk esok Hari Jumaat ialah brother2 before end of world.

1)Fardu ain nya kosong .

2)Hidupnya lebih barat melebihi orang barat.

3)Sibuk mengumpul harta dari tambah ibadah.

4)Menghidupkan budaya tak sihat.

5)Disko dan pesta sebagai tempat hiburan.

6)Artis didewakan.

7)Berlagak orang muda bagi yang tua dan yang muda semakin hilang maruah .

8)Hidup bermotifkan Harta.

9)Menipu untuk hidup.

10)Rasuah , riba , derhaka , langgar janji , dan syiah .

Kesimpulannya menjaga saudara tu merupakan tanggungjawab . Menasihati selagi mampu. Dunia tak mengajar orang jaga diri sendiri. Bersama2 menegakkan tiang ibadah untuk kesejahteraan umat J .

syukri fariz

Thursday 23 January 2014

Episod : kaya


Assalamualaikum dan selamat petang ! whoaaaa, lama tak main blogwalking bagai. Hehe. Sori ya tiket flight ke Malaysia takde lak. So , terkandas den kat bumi korea tu. Lalalala. Sebenarnya aku penat sikit buat keje berover time ni. Kumpul duit nak beli banglo 3 tingkat , kereta swift , menara berkembar  , kapal terbang A380 , iphone 5 , hantar orang penting ke haji dan macam2 lagilahhh. Semestinya selepas menjadikan seseorang itu sah. Hehe.Setelah keluar dari gua merujuk sebab tak update blog sebenarnya kekadang aku stalk jugak blog korang . Cuma internet ini je yang menghalang komen tu dari timbul kat sana. Tekan3 tetap keluar putih jee.

Oke aku nak beritahu kenapa entri tentang KAYA ini ditampalkan dan disebatikan di blog oren ini. Setelah aku mendengar lagu “kalau aku kayooo” dendangan Awi Rafali . secara manualnya aku berfikir indahnya kalau aku yang menjadi seperti orang yang didendangkan itu. Hehe. So, boleh belanja kawan2 kahwin ke makan time tengok bola ke . kan ? hehe tapi konsep dalam ISLAM tu menunjukkan yang orang kaya ni kewajipan dan tanggungjawap dia kepada masyarakat itu lebih banyak dari orang yang sederhana . Tak percaya ? check this out !

1)Bersyukur dengan segala kemewahan dan kesenangan yang diberi oleh ALLAH.

2)Melibatkan diri kepada aktiviti kebajikan dan keharmonian demi islam dan bukan kerana untuk mengumpul harta dan nama.

3)Rajin dan banyak melakukan aktiviti bersifat dakwah dan jihad ke jalan ALLAH . membina sekolah agama dan pusat2 ibadah .

4)Bersifat merendah diri kerana orang akan memuji hasil usaha si penderma .

5)Wajib menunaikan zakat harta apabila cukup hisab dan sampal haulnya iaitu setiap setahun sekali sebanyak 2.5% .

6)Menunaikan tanggungjawab daripada kekayaan untuk keperluan semasa . seperti :

-Jika Negara diserang musuh , wajib mereka menggunakan duit untuk membeli senjata keperluan dan mengupah tentera jiran. Lebih2 lagi apabila diminta oleh kerajaan.

-Negara menghadapi masalah kemelesetan ekonomi.
-Jika Negara tak mampu nak menyelesaikan @ tak mampu membuat sesuatu perkara kepada kepentingan umum.

Sumber :Majalah IMAN bil:23

Itulah sedikit sebanyak kekayaan yang kita peroleh dan digunakan ke jalan yang benar :D . jadi kalau nak kaya tapi taknak berjihad ada caranya iaitu Cuma sapukan kaya ke roti kemudian ngapppp . nyum3 >.<”
syukri fariz

Thursday 16 January 2014

Sampai MASAnya ::


Assalamualaikum dan salam hari khamis . Permulaan hari dimulakan dengan takziah dahulu kepada blogger ain hensem yang kehilangan insan tersayang yang telah kembali menemui ALLAH . al-fatihah ..

Hari ini weh hari ni dah masuk bulan ke 1oooooooooo ~~ sepuluh tahu ? perhubungan yang menjangkau tahun ke 4 dan percintaan dah masuk ke bulan ke 1o . ini bermakna lagi 2 bulan je dah genap 1 tahun. Huhu . dah boleh catat dalam rekod peribadi ni. Hehe. Banyak kisah dah dikongsi bersama . Pahit ,manis masam pahit ,tawar ,sederhana dan pelbagai lagi tu dah cukup mewarnakan kisah kami berdua yang dah macam rim dan tayar . Biar ku ungkap cinta itu begitu besar , biarkan itu menjadi rasa indah yang ku miliki . Cinta tak sepantasnya ku biarkan sahaja , biar ku ucapkan segala perasaan kepadamu ,yang ku cinta padamu selama ini . Ku tak akan membuatmu terluka walaupun kekadang terbuat tapi kerana begitu menyayangimu dan ku ingin menjagamu sebaik yang mungkin.

Tapi permulaan hari iaitu 12.01 tengah malam aku berada di bazar karat pulak. kesimpulannya terlepas 1 wish menandakan dia exited meraikan hari ini. Huhu. aku harap wish yang dikarang kepada dia melalui sms tu dia faham. Sambil menulis sambil makan tu adalah kebolehan tersembunyi aku yang dah lama disorokkan dari pihak keluarga. Kalau ada sayur tu memang tumpuan terganggu la koddd. Aku tak suka sayur yang kelihatan. Kalau MCD tu dilindungi bersama daging tu takpe.

Apa yang aku pelajari untuk memahami dia genap bulan ke 1o ialah ::

1)Perempuan itu sensitif kalau perbuatan lelaki itu pelik.

2)Perempuan meluahkan perasaan pada objek seperti teddy bear.

3)Perempuan berupaya melakukan banyak kerja dalam 1 masa.

4)Perempuan suka benda yang rumit asalkan dia Nampak hensem.

5)Perempuan ni macam bluetooh .

6) Perempuan suka membebel tapi tak suka dibebel.

syukri fariz

Friday 10 January 2014

No 1 ::


Assalamualaikum dan selamat petang . Bersyukur kepada ALLAH kerana mengizinkan kita bernafas lagi di muka bumi yang indah ini . huhu , petang di johor bahru masih seperti biasa dan yang istimewanya semakin ramai orang berpusu-pusu ke mesjid. Indah je mata melihatnya. Huhu. sempat karang kejap sebab menunggu waktu azan sebenarnya ni. Lagipun entri penting cerita ni sebenarnya dah siap. J
Jumaat iaitu cuti mingguan baru bagi rakyat johor memberi sinar harapan baru kepada pemerintahan negeri Johor. Itu kerana pemerintah  semakin cerdik dengan mengutamakan keperluan penting iaitu AGAMA. Tanpa ilmu agama dunia bagaikan kosong . Bekerja kerana harta tak menjamin kedudukan di akhirat . Yeahhh , ayat copy paste dari khutbah jumaat minggu lepas. Aku terbaca satu status kat fb yang rasanya ramai yang dah baca dan tau. Tapi aku kongsikan juga la kat sini agar yang membaca lebih memahami .
Kalau raja pop no 1 kat Malaysia korang tau . kalau orang no 1 cipta telefon , elektrik dan moto pun korang tau adakah korang tau orang no 1 dalam islam . senang cerita dari pelbagai aspek . 30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.


Monday 6 January 2014

Redha ::


Assalamualaikum dan salam ehem ehem !! arghhh , salah tanggapan korang ni . Aku bukan miang ke menagih kasih sayang tu jauh sekali . Aku Cuma demam selsema sahaja. Huhu. Baru je masuk tahun baru dah kena jangkitan virus bawaan cuaca ni . Macam drama pulak lepas hujan je mesti ada dikalangan ahli keluarga yang demam. Dan aku adalah yang pertama untuk tahun ini. *tepuk tangan. Haha . orang tua2 kata kalau demam ni tanda dosa kecik tengah dilangsaikan. So, aku redha je la. Sambil usha fb .

Nak kata main hujan tu macam takde. Aku sekarang ni Cuma berhadapan dengan air cond je. . suhu pulak 16 je. Maintain je. Cuaca dalam bilik macam kat Greenland . sikit je lagi nanti keluar la santa clause . Bukan nak kasi hadiah tapi bawak pi klinik kesihatan. Hahaha. Jadi sila beri perhatian yaaa . AKU TAK SUKA JUMPA DOKTOR BILA SAKIT. Walaupun bakal kerja makmal hospital , kalau aku sakit , aku rela makan ubat beli kat tujuh sebelas .Berhadapan dengan doctor boleh menyebabkan system ketahanan badan aku semakin lama semakin mengeras. Bukan semua orang suka jumpa doctor kan ? kutuq orang je . haha.

Kesudahannya aku ke klinik jugak. Amat kejam orang yang bawa aku tu. Ape yang aku pelajari masa kat kolej dulu aku nak semaikan di sini supaya yang baca ni memperoleh maklumat yang betul. Macam lain je ayat aku ni ? takpe abaikan je . Hari ini aku nak kongsi TIPS3 PENGGUNAAN UBAT .
Jangan biarkan doctor merampas senyuman kitaaa !!!

1)Ambil tahu ubat yang diperlukan. Kalau sakit kepala jangan amik ubat sakit perut. Ingat kepala tu head. Perut tu stomach .

2)Gunakan penyukat yang betul . kalau ubat 1 sudu , jangan bila rasa sedap kau teguk semua.

3)Baca dan fahami label ubat. Jangan nama diri sendiri Syukri , kat ubat nama Aaron Aziz .

4)Jangan berkongsi ubat . Elakkan dari berkongsi ubat macam berkongsi hirup oksigen.

5)Tumpukan perhatian pada penerangan doctor . Tapi jangan kau cuba memikat hati dia.

6) Pastikan ubat disimpan dalam tempat yang betul. Jangan letak kat tempat yang rendah. Takut budak kecik ingat gula2 .

7)kalau ada alahan beritahu doctor. Maksudnya takde la membazir ubat nanti . ubat tu boleh simpan untuk orang lain . hehe

Tulah sedikit sebanyak ilmu yang basic korang perlu tau. Yang lain tu next time ya. J

syukri fariz

Thursday 2 January 2014

Target ibubapa Sempena Tahun baru ::


Assalamualaikum dan selamat malam J
Yeahhhh , akhirnya selepas sekian lamanya aku tak update entri sejak tahun lepas . Entri pertama bagi tahun 2014  , aku memberi laluan pada e-mail yang diutus khas sebab kelihatan boleh menjadi panduan pada yang dah memiliki anak . *aku lama lagi nak kahwin sebab nak mengukuhkan kewangan.

“Tahun baru azam baru , budak2 tetapkan azam dan ibubapa perlu perhatikan azam itu supaya tak lari dari landasan.”

Diemail oleh muhammad redzuan dari sandakan . kawan dari facebook . still single minggle dan hensem dari sisi kanan. Haha. Kau jangan kembang budakk. Apa yang dihantar ni bukan sebarang , tapi banyak isi yang boleh diambil . kununnya sering kali pihak ibubapa terlepas pandang. Yang menjadi mangsanya budak2 yang baru nak mengenal dunia. Bukan salah dia tapi DIDIKAN kurang sempurna . oke terlebih pulak.

Panjang lebar pun tak guna baik kita menghayati apa yang anak anda buat dan apa punca terjadi perkara sedemikian J
 
1. Jika anakmu BERBOHONG,itu kerana engkau MENGHUKUMNYA terlalu BERAT.

2.Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI,itu kerana engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT.

3.Jika anakmu KURANG BERBICARA,itu kerana engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA.

4.Jika anakmu MENCURI,itu kerana engkau TIDAK MENGAJARNYA MEMBERI.

5.Jika anakmu PENGECUT,itu kerana engkau selalu MEMBELANYA.

6.Jika anakmu TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN,itu kerana engkau BERBICARA TERLALU KERAS KEPADANYA.

7.Jika anakmu MARAH,itu keraa engkau KURANG MEMUJINYA.

8.Jika anakmu SUKA BERBICARA PEDAS, itu kerana engkau TIDAK BERBAGI DENGANNYA.

9.Jika anakmu MENGASARI ORANG LAIN,itu kerana engkau SUKA MELAKUKAN KEKERASAN TERHADAPNYA.

10.Jika anakmu LEMAH,itu kerana engkau SUKA MENGANCAMNYA.
 
11.Jika anakmu CEMBURU,itu kerana engkau MENELANTARKANNYA.

12.Jika anakmu MENGANGGUMU,itu kerana engkau KURANG MENCIUM & MEMELUKNYA.

13.Jika anakmu TIDAK MEMATUHIMU,itu kerana engkau MENUNTUT TERLALU BANYAK padanya.

14.Jika anakmu TERTUTUP,itu kerana engkau TERLALU SIBUK.
syukri fariz