Followers

Friday 10 January 2014

No 1 ::


Assalamualaikum dan selamat petang . Bersyukur kepada ALLAH kerana mengizinkan kita bernafas lagi di muka bumi yang indah ini . huhu , petang di johor bahru masih seperti biasa dan yang istimewanya semakin ramai orang berpusu-pusu ke mesjid. Indah je mata melihatnya. Huhu. sempat karang kejap sebab menunggu waktu azan sebenarnya ni. Lagipun entri penting cerita ni sebenarnya dah siap. J
Jumaat iaitu cuti mingguan baru bagi rakyat johor memberi sinar harapan baru kepada pemerintahan negeri Johor. Itu kerana pemerintah  semakin cerdik dengan mengutamakan keperluan penting iaitu AGAMA. Tanpa ilmu agama dunia bagaikan kosong . Bekerja kerana harta tak menjamin kedudukan di akhirat . Yeahhh , ayat copy paste dari khutbah jumaat minggu lepas. Aku terbaca satu status kat fb yang rasanya ramai yang dah baca dan tau. Tapi aku kongsikan juga la kat sini agar yang membaca lebih memahami .
Kalau raja pop no 1 kat Malaysia korang tau . kalau orang no 1 cipta telefon , elektrik dan moto pun korang tau adakah korang tau orang no 1 dalam islam . senang cerita dari pelbagai aspek . 30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.


22 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian hebat ni syuk... salam jumaat dari mama

    ReplyDelete
  2. Sangat bermanfaat Syuk. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. sangat bermanfaat perkongsian syuk ini.. ramai yang tak tahu termasuklah akak..

    ReplyDelete
  4. Entri Syuk paling besttttt! Hehe
    Thank youuuu! :D

    ReplyDelete
  5. nice sharing shuk.. tQ so much.. =)

    ReplyDelete
  6. tq bakal PU Syuk, teruskn menabur ilmu buat kami, maklum le kata dah berusia tapi ilmu masih sejengkal cuma

    ReplyDelete
  7. perkongsian ilmu bermanfaat syuk! trimas..:)

    ReplyDelete
  8. menarik entri ini bro..utk pengatahuan bersama.. :)

    ReplyDelete
  9. entru yang menarik , semoga kita ambil iktibar

    ReplyDelete
  10. hurm betul tuuuu syuk...sgt sokong..^^

    ReplyDelete
  11. Tq Syuk.....kalau awak tak share....mmglah okje tak tau

    ReplyDelete
  12. Walaupun Johor bukan yg pertama cuti Jumaat tapi tak apalah dah ikut yg baik. Moga semakin ramai yg boleh mengimarahkan masjid di hari Jumaat.

    Sayangnya sykt kakak tetap cuti Sabtu/Ahad

    ReplyDelete
  13. Daebak..!

    tak ramai yg tahu ni kan....

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah perkongsian yang menarik :)

    ReplyDelete
  15. NICE ENTRI...

    SALAM MAULIDUR RASUL...

    ReplyDelete
  16. asslmkm syuk.. terima kasih atas perkongsian ni.. rasanya akk tak berapa tahu sngt dgn perkara ni..

    salam maulidur rasul ya..

    ReplyDelete
  17. steady broo atas perkongsian..hang memang best

    ReplyDelete