Followers

Tuesday 27 August 2013

Entri Beraksi ::


Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini indah jadi berkenan hati beta untuk memahat entri yang tak seberapa gempak namun mengasyikkan. HAHA. Alahai , kenape beginning entri aku hari ini macam kembali ke zaman kesultanan Melaka ??

UHH, rupenya dah nak sampai hari istimewa Negara Malaysia .  Jadi untuk menghidupkan suasana zaman dahulu aku mengarang entri setelah aku pendam dan sebenarnya dah 3 minggu tak habis2 memikir idea ini.

Aku mencantumkan sesuatu filem genre aksi yang dah biasa korang tengok dengan skrin yang kununnya perfect dan takda Kesilapan.Namun cuba korang try imagine la kalau sewaktu si hero itu tengah mengembangkan hidungnya didepan kamera dan berlaku kejadian yang amatlah dinanti2 oleh peminat raja lawak seperti…


1) Si hero itu sedang membuka baju (*kunun2 superman) , tapi di depan dia seorang anak gadis yang kemudiannya menjerit . Paling kasihan lagi dipukul bertalu2 dengan hentakan tak kurang hebatnya dengan diiringi laungan perogol.

2) Dengan muka kacak bergaya dan gagah , si hero menahan kereta di tengah jalan dan kemudiannya merampas kereta itu dengan selamba badaknya untuk mengejar penjahat. Namun disalah sangkakan perompak yang kemudiannya dipukul bertalu3 dan dibelasah secara berjemaah oleh pengguna jalan raya. Juga tidak lupa kepada uncle lee yang kebetulan lalu membawa penyodok sampah turut memeriahkan suasana dipagi yang indah itu.

3) Kununnya menembak penjahat dikhayak ramai namun tertembak pakcik polis yang sedang mengusha Jimah si janda depan kedai cermin mata (*nasib baik peluru cat) . Yang kemudiannya kantoi dan ditangkap dengan memiliki senjata , cubaan untuk mencederakan pihak polis dan ditahan reman selama 3 tahun sebelum dibicarakan. Lagi sadis tiada pengarah @ saudara mara yang menjamin beliau di penjara . 3 kali raya dalam tu.

4) Tengah sibuk mengejar penjenayah di highway dengan kereta namun tersalah masuk highway yang kemudiannya meneruskan perjalanan itu ke johor dan segera si hero itu menukarkan lakonan kepada drama bersifat cuti2 malaysia.


5) Tengah sibuk bergaduh dengan orang jahat dengan kuantiti yang melebihi 40 orang tetibe sakit perut akibat salah makan. Punca sakit perut si gelpren dia terover letak budu.

6) Tengah merakamkan aksi didalam bangunan namun disergah oleh pak guard dan kemudiannya tergolek2 ditangga .Patah kaki tak dapat claim , kena buang kerja , gf tak mengaku kapel dan tinggal sorang2 di dalam bilik yang sunyi.

##Perhatian yang baru komen tu sila terlebih dahulu follow blog ini .Jangan risau nanti aku follow balik J tAKdenya aku nak tipu .
# sambil2 mengarang ini aku membuka lagu terbaru terbaru Beast (kpop)



syukri fariz

Sunday 25 August 2013

Event di UITM , Johor Bahru ::


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi.

Sebelum apa2 Izinkan daku menyanyikan 2,3 baris lagu , can I ? hehe .

“Rahmat bahagia tuhan kurniakan , raja kita selamat bertahta”  .Nyanyian itu dinyanyikan dengan penuh merdu (walaupun tak memiliki suara Anuar Zain seperti lagu  “ajari aku” , tangan lurus ke bawah , muka steady dengan hidung kombang dan juga yang paling penting bersemangat .

Entri kali ini diterbangkan khas dari seorang member dari yang berasal dari nogori 9 . Den hanya menyampaikan mesej yang tersurat di dalam email sajo yo . (*kecek rombau most wanted yoww). By the way, event ini akan dilangsungkan di kawasan universiti nya . Jadi sebagai warga johor dan kawan yang mewakili persatuan media cetak , fotokopi serta print dan binding (* baru dirasmikan 3 minit lepas ) kami memohon korang yang terbaca mahupun tersentap*teruja dengan aktiviti yang dijalankan seperti dibawah untuk turut sama berhibur sambil menghayati sejarah kita yoww.

Untuk lebih terperinci sila baca dahulu mesej dibawah.

Hari : Rabu
Tarikh : 28/8/13
Masa : 10am - 6pm
Tempat : Uitm Kampus Bandaraya Johor Bahru, Larkin

Pada hari itu juga kami menyediakan ::

1) GALLERY 
(fee : RM0.70)
- kisah2 kejayaan mereka yang menaikkan nama malaysia seperti :

1 )  Tun Dr. Mahathir Mohamad
           2 ) Dato' Siti Nurhaliza
           3 ) Datuk Lee Chong Wei
4) Syuk shusuke

Attention   : gallery ini memang dibuka dari pagi sehingga la ke petang


2) TRADITIONAL GAMES (fees : RM1 per HEAD)

GULI
* 2 orang/sekumpulan

- BOLING PADANG
* 3 orang/ sekumpulan

- BALING TIN
* 4 orang/ sekumpulan

- BALING SELIPAR
* 4 orang/ sekumpulan

- GALAH PANJANG (belon acah)
*4 orang/ sekumpulan

p/s : PERMAINAN BERMULA pada pukul 1.30 petang (selepas solat zohor)

P/S : contact number ada kat poster untuk lebih lanjut ...


Jadi bagi mereka-mereka dan awok(*jangan cuba mengelakkan badan dari skrin laptop ,hehe) yang membaca janganlah segan silu menyertai kerana kalau bukan kita yang menghayati sejarah siapa lagi yang mahu mencipta sejarah ? – Mesej disampaikan khas dari jiran sebelah rumah yang join memberikan idea ketika aku kompius nak buat ayat penutup sambil dihidangkan kopi MCD dan suasana kacau bilau *Jem dijalan depan rumah.

syukri fariz

Saturday 24 August 2013

Tips Penjagaan Handphone

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hoho. Hari ini memandangkan cuaca di JAYBEE panas yang amat. Dah buat kali ke 3 aku rasakan hari ini aku kering bagai disidai dibawah sinaran matahari. *kaum ibu suka la sebab jemuran cepat kering. Cuaca kat sini berubah bukan main lagi dah. Semalam dan kemarin hujan lebat . Hari ini pulak teramat panas. Laporan kaji cuaca kata jb petang ni mendung. Mendung ape kalau ketiak berlecak. Rasa macam nak baling sesuatu je.

Henpon pun asyik jem je. Arghhhhh. Semalam masuk gambar baru je kod. Jadi hari ini aku nak cerita bagaimana nak mengelak dari kejadian handphone ini jem.

1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual..

2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini akan membuatbateri anda bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab & sanggup menikahinya..

3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yang mahu dipermainkan..seperti anda juga..

4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..

5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus. Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP anda..


6. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin..

7. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM3). Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..

8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook).. Hal ini akan menjimatkan kredit HP anda..

9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda. Jika
kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda (mungkin nyawa anda juga turut melayang).

10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang belakang.
syukri fariz

Wednesday 21 August 2013

Renung-renungkan dan selamat beramal ::


Assalamualaikum dan selamat pagi. Terlebih dahulu aku nak meminta maaf sebab kurang update entri . Ada sebabnya ye . Sebab aku sibuk membuat checklist dan menyerbu tempat2 kerja terutama pekerjaan dalam bangunan ( hotel ) . Tujuan memilih kerja itu nanti aku beritahu kelak dengan membuat entri khas J Jadi enjoy perkongsian yang diemail dengan maksud yang mendalam.


Jangan ingat nasihat orang tak berbaloi . ingat bila dah arwah boleh tanam sendiri ke ?


Hormati etika hidup berlandaskan syariat islam


Jaga hati orang lain terutama pasangan anda yang betul2 berniat nak berkahwin dengannya.

syukri fariz

Friday 16 August 2013

Welcome back dan 2 hari bahagia ::



Assalamualaikum dan selamat petang J . setelah puas beraya di bulan syawal tiba la masa untuk kembali ke  dunia blogger yang kian menyepi dek kesibukan menziarah dan mengutip hasil. Hehe.

Bagi yang bergelar ibu3 mesti geleng3 kepala kerana kesibukan menjaga dan melayan tetamu yang datang ke rumah. Yang bergelar pakcik3 pula sibuk masuk bekerja dan mulalah membusykan diri untuk mencari rezeki untuk sesuap nasi sekeluarga. Tak ketinggalan jugak kepada si abang3 , akak3 dan adik3 yang masing3 bakal hadapi exam dan trial selepas naik cuti ini. J Aku je dah bebas sikit tekanan tapi minggu depan aku akan serbu hotel3 di seluruh jb untuk cari peluang bekerja. J

Oke , ucapan kembali sudah siap. Sekarang masuk pula ke topic utama. Banyak peristiwa berlaku baru2 ini yang selalu tak dapat aku bayang berlaku. Tapi tetibe berlaku dan dugaan dia semakin bertambah2 dan akibat penambahan itulah rasa sayang aku kat dia semakin kuat. Cerita semalam dan hari ini aku cantumkan untuk menjimatkan ruang dan jalan cerita aku untuk entri kali ini. Biar gambar yang berbicara.


15.8.2013 genap 20 tahun aku bernafas di muka bumi ini . Hidup kerana ALLAH . J mati kerana ALLAH J


16.8.2013 genap 5 bulan dia tinggal di dalam hati kecik aku ini . sering berlegar2 area kepala dan singgah di jantung serta menjadi gula hati. J



MAAF ya , aku tak boleh luah lebih-lebih kat sini. Biar nakal aku , manja aku ,gedik aku  ,semua dia rasa .* tapi tak over3 sangat. Jadi tak boleh luah disini. J harap maklum….  *wani kau baca ni jangan gelak. Semalam baru je perang dunia ke 4. Takmo kau bom hati aku lagi.

syukri fariz

Tuesday 6 August 2013

Meriahnya hari raya KALAU TIDAKKKK…


ASSALAMUALAIKUM dan selamat menyambut hari raya ya kawan2 , hari ini mungkin special kerana  esok dah raya. Jadi aku menasihat la agar korang ELAKKAN dari membuat kerja seperti yang berikut ::

1 ) Elakkan dari mengkomplen kuih yang dihidang untuk mengelakkan dari dimalukan secara rahsia oleh tuan rumah. Walaupun niat kita Cuma nak bergurau tapi masa raya pun boleh berlaku kes tembak.

2 ) Elakkan dari bermasam muka dihadapan tetamu. Walaupun tengah bergaduh dengan isteri sebab butang takde , ataupun anak curi2 pakai singlet masa bersiap2 ke masjid. Elok3 la lupakan segala sengketa yang berlaku.

3 ) Elakkan dari berbual topic yang sensitif . sebagai contoh hutang ptptn , bila nak kawin , single ke cerai , keputusan exam dan paling tak diingini soalan “raya sini dapat duit raya tak” ? .

4 ) Elakkan dari makan banyak ,bukan korang je yang puasa sebulan. Tapi korang berpada-padalah makan kuih macam tak makan setahun. Orang tak mampu pun belum tentu makan camtu.


Budak kat atas ini amatlah aku nak lindungi habis-habisan. hehe, selamat hari raya awak3  semua :)

5 ) Elakkan dari melepak ,bersakan di rumah saudara mara yang jauh. Kalau nak beraya pun jangan la memilih awal pukul 3,4 pg. Tuan rumah sekeluarga pun nak rehat jugak. Datang raya lepas azan subuh amatlah digalakkan supaya dapat berjemaah bersama-sama . J

6 ) Elakkan dari membazir . tau la syaiton baru lepas dirantai. Yang ikut nafsu syaiton kembali tu kenape ? makan tak ingat dunia. Tuan rumah dah berbulu-bulu tengok perangai tak senonoh tu.


7) Elakkan dari mengambil duit raya 2 kali kerana tahun ini tok penghulu menggunakan dakwat kekal. Kantoi je duit dalam wallet , purse semua dirampas tanpa senyuman indah.

syukri fariz

Sunday 4 August 2013

Specialnya Hari raya Aidilfitri :


Assalamualaikum dan selamat petang :D .. ramadhan kian pergi syawal bakal menjelma . Jadi aku ada ucapan raya khas ni…

“Pesanan kepada mat rempit..
Biar rambut sehijau kawasaki RR,
asalkan hati sesuci LC135,
biar iman selaju RXZ,
jangan sesl0w LC DEMARK,
biar jiwa sesunyi paip LC stantard,
asalkan akhlak secantik ARAI,
senyuman manis secantik sp0trim
GT0”.

Oke , masuk la kepada topic utama…

1 ) Pinggan , mangkuk yang digunakan berlambak tak basuh sebab ramai tetamu yang datang berkunjung tidak henti. Yang tetamu bermuka baik pulak kunun2 ke dapur menambah lagi kemeriahan pinggan mangkuk di singki.

2) Khutbah di pagi raya , korang pergi solat sunat raya tapi tak mendengar khutbah raya. Korang tau ke buat2 tak tau yang lepas solat raya ada khutbah raya ?? korang ingat macam khutbah jumaat ke sebelum solat ?


3) Ada orang yang tutup pintu rumah , sehingga menyembunyikan tangga semata2 tidak mahu rumah dikunjungi budak2 yang datang niat untuk mengutip duit raya.

4) Walaupun semua orang pakai baju raya cantik2 , tapi pakai sehingga lepas balik masjid sahaja kerana kemudian menukar baju t-shirt . Tak perasankah yang ketebalan baju raya seperti kain langsir rumah ?

5) Cerita wayang percuma tv3 @ astro menyebabkan budaya melekat di rumah sehingga menunggu si keluarga yang lain menyirap dan kemudian datang mengunjungi rumah semata2 mengalah dan kerana masih ingat tali kekeluargaan.  J

6) Ada mandi sunat hari raya sebelum korang pergi masjid ?

7) Pihak penaja iklan berlumba2 mempromosikan barangan masing2 dan si ketua keluarga kelihatan kelam kabut mengalihkan pandangan si isteri ketika melipat baju.

8) Ada jugak yang hanya memasak sardin kerana tak dapat beraya ke kampong halaman.

p/s : wani tengah study , jadi aku hilangkan rasa bosan buat entri ni. Rajin2 ye Awak <3 <3 <3


syukri fariz

Saturday 3 August 2013

Cerita Funny part 2 ::


ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang ye geng. Sorry pagi tadi tetibe ada kerja kat muar . Jadi nak taknak kena la aku update entri sambungan lepas. Yang ini part 2 . Renung-renungkan sambil beramal. :D

6. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Hudson marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu kakinya.

10. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

11. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

syukri fariz