Assalamualaikum
, selamat pagi , good morning , காலையில் நல்ல , 좋은 아침 dan bonjour . hohoho . Hari ini dapat sumber energy tambahan dari
orang yang tersayang juga dikenali sebagai bear wani. *usah Tanya dari mana aku
dapat idea menyeru beliau sebagai yang tersayang di sini walaupun nama dia nur
syazwani. Hehe . orang selatan disini sentiasa menyayangi beliau seadanya. Eh ?
apesal merapu sepatah 2 kata aku ni ?
Oke masuk topic
utama ye geng. Sori la aku terkena sindrom bulan 9 . selalunya bulan 9 ni ramai
yang terkena sindrom malas atau dikenali sebagai mauvais , 나쁜 , கெட்ட .
Takde kaitan dengan
wanita yang mengandung selama 9 bulan bagai2 tu ye. Ini penyakit biasa yang
menyerang orang biasa pada waktu2 biasa dan ketika melakukan aktiviti yang
biasa2 serta sembuh apabila buat kerja luar biasa. Jadi cara aku mengubati
penyakit ini aku mendaki 7 buah gunung , meredah lautan yang penuh ikan jaws ,
melepasi sekumpulan singa yang dahagakan daging yang fresh dari Malaysia , dan
melepasi pakcik yang memotong rumput di hadapan rumah aku.
Situasi ketika aku
mendaki gunung tu aku bertemu dengan seorang pakcik yang duduk digua. Aku
sempat la interview beliau memandangkan beliau hidup single di sana tanpa
memakai pape. Jadi aku sponsor la seluar levis dan baju cap ayam. Aku bertanya
kepada beliau kenapa duduk sorang2. Tak try keluar makan mcd ke main internet
kat cyber café. Madah dia gelak aku kuat2. Tapi korang imagine la orang tua
gelak takde gigi . camner bunyinya jangan Tanya la. Macam mop lantai gitu.
Rupenya dia sedar2 dah ade kat dalam gua. Kununnya dicampak oleh majlis daerah
****** kerana berperangai biadap . aku melepakkan diri di sana selama 3 jam.
Agak2 lapar aku segera la pergi ke next destination. Aku sempat la kasi bliau
tiket ke legoland tapi kena bawa family. Aku berharap dia dapat la membawa
kucing ke kambing biri2 yang dia bela kat belakang tu. *ini berlaku di gunung
ke 6 ½ .
Kemudian aku
meneruskan perjalanan ke selat Melaka pulak. Aku berkenan ke sana kerana nak
berlawan dengan lanun. Hobi kecik2 melastik dah besar melayan karenah penyamun
pulak. Tujuan sebenar nak jadi superhero. Tapi bila dah sampai tengah laut
jangan kata bendera lanun. Nelayan pun aku tak Nampak. Ke aku salah masuk
lautan ? haha. Yang aku Nampak hanyalah penguin. Tetibe kapal selam yang aku
tengah drive ni ditendang2 oleh sesuatu. Aku check la dengan penuh gubra dan
kerisauan aku menyaksikan sekeliling kapal selam aku penuh dengan ikan jaws.
Wahh, mula2 menikmati jugak keadaan. * bila kapten ikan jaws tu dah habis
membaca khutbah ,sekelompok ikan jaws tu serang submarine aku. Mula la aku
gelabah menyetting ap yang patut . sehingga 1 tahap aku mengibarkan bendera
putih berbentuk segi 3 untuk tanda menyerah kalah. Namun dunia aku tetibe jadi
gelap. Sedar2 je dah sampai ke daratan.
Haaaa, yang kat
daratan nilah bermulanya cerita aku yang extreme . sambil2 itu aku berkenalan
dengan seorang yang aku sayang. Aku terlantar diatas katil yang tak diketahui
hari ape kerana takde kalender dan henpon. Jadi pakai dongak je . Rupenya hari
selasa sebab astro ada tulis. Cehh. Aku terhidu bau sup cendawan di dapur. Dan
aku temui budak tu. Wahhh . dia masak sehh. Katanya percubaan pertama . Bila
dimakan macam dah 200 kali masak dah. Sedap2 gitu. Aku meminta dia no telefon
dia . bila dah dapat aku bukak twitter terus aku upload keadaan. Name si budak
tu nur syazwani. HAHAHA. Tak habis lagi cerita dia. Aku dikejar lagi oleh
sekumpulan singa yang kelaparan. Tak cukup bedal daging dinosaur dia nak bantai
kejar aku pulak. Nasib baik aku dengan kekuatan 200 ekor kuda memberanikan diri
menunjukkan buku lima dan kemudian cabut lari. *gila nak hadap singa sorang2.
Fuuhhhh , akhirnya
sampai la aku kat depan rumah aku. Aiseymen . Ade pulak pakcik tu potong rumput
. Aku paling seram berhadapan dengan mesin potong rumput dari berjumpa dengan
bro Najib Razak. Seperti yang dijangka dan mengikut skrip yang tertulis ,
kepala ku terkena hantukkan batu yang terpelanting dari potongan rumput itu.
Arghhhhhhhhhhhhhh . . adoi. Auch dan sebagainya.
Sedar2 je aku dah
ada diatas katil dan rupenya aku terlelap akibat kerja yang banyak. Rupenya
masalah aku ini setel kalau cukup tido je rupenya. ..
#siapa2 yang membaca sampai habis aku mengucapkan tahniah kerana sudi membaca cerita aku pada hari ini. Hehee. Secara tak langsung lu kena beb. :D salam khamis dunia tanpa perkataan . J
#siapa2 yang membaca sampai habis aku mengucapkan tahniah kerana sudi membaca cerita aku pada hari ini. Hehee. Secara tak langsung lu kena beb. :D salam khamis dunia tanpa perkataan . J
syukri fariz
Bertuah betullah syuk ni tau..
ReplyDeleteMemanglah kakak jenis kalau baca mestilah sampai habis kalau tak macam mana nak komen...
Tapi kalau mimpi kadang memang yg tidak-tidak...
hehe, mimpi tu mainan tido kak zakie. :D
Deletemimpi rupanya syuk ni.. hampeh...haha
ReplyDeletehehe, mama pun terkena. bukan hari2. he :D
Deletehahahhahah!!!mimpi redah lautan bagai...macam ngah hangat bercinte jerk...lautan dalam sanggup kuredahi!!!kui...kui...kui...demi yang *tersayang*...hakhakhak!!!!
ReplyDeletehahahaha. bro pheonix tu ayat dah lama seh. upgrade kasi ada power :D
Deleteaku pesen lame...ko lah upgrade kan...hakhakhak!!!!
Deletehahaha. aku upgrade nanti awek terpikat pulak. dah ade wani. hehe
Deletemimpi.. okey syukk -_-
ReplyDeletealaa, tak best ke :(
Deleteowh mesti sup cendawan tu pengikat kasih syuk dan wani,mesti terer dia masak.cepat mengaku...perkara tu betul2 realiti,bukan hanya mimpi he3...
ReplyDeletewaaa....bagi pakcik dalam gua tu,pakai levi's silap2 mak beruang pun terpikat agagaga....
yelah kak lea lain macam sikit bulan 9 ni..baru nak warm up cari mood huwaaaa!!!
hehe, feveret syuk tu :D
Deleteberuang pakai baju cap ayam je. hehe.
semangat kak alea :D
kamu ni syuk, org lenpn brcinta gak, idok le termimpi2 NUR SYAZWANI.. urmmmmmmm nmpk gayanya x smpt le budak tu nak belajar tinggi2, terus disambar jadi isteri org.. ahakkkkkkk..
ReplyDeletehehe, tunang dulu kod kak umi. :D ikat dia hehe
Deletehahaha..
ReplyDeletejauh btul pjalanan mimpi kamu bro..
samapi ke selat melaka..
naseb baek x 'banjir jer'
mmg bleh sindrom down baca ni:p
hahaha, mimpi basah tu masa dulu kod. skrg pi toilet je , :D
Deletepanjang betul mimpi syuk.. yang paling best masa panjat gunung tu.. hehe..
ReplyDeletewhoa, mimpi indahhh. hehe. :D
Deletehahahahha kemain concentrate bace rupanya mimpi..adehh
ReplyDeletehehehe, acik pun terkena . mimpi mainan tido. :D
Deleteok pening. haha
ReplyDeleteoke , thanks puji. hehe
Deletehehe, ceritanya bergitu, lepas tu begini dan last sekali ke sana. camtu lah. :D
ReplyDeleteha3..dah agak da ni...kalau xmerapu pasti mimpi, kalau x, xknlh bnda2 mustahil cmni muncul
ReplyDeleteini semua magic. syuk tak terlibat. haha
Deleteadoiii..mimpi ker...hahaha
ReplyDeletehehe, editor kata itu semua hanyalah mimpi. hehe :D
Deleteitula waktu baca ni..mcm pelik je..hehehe..dah tahu tektik syuk..tpi baca jugk sbb nak layan gk mimpi syuk huhuhu..=D
ReplyDeletehehehe, kak zara jadi pelakon tambahan :D
DeleteKalau syuk ni anak murid saya dan buat karangan macam ni memang nak kenalah-mimpi rupanya.
ReplyDeleteerk, haha. cikgu helmi tak sengaja mimpi camni. :D
Deleteaik..mimpi rupanya. apa pelik sgt mimpi kamu ni syuk.tido tak basuh kaki ker..haha
ReplyDeletelupe nak setting mimpi ap kak nik. :D
Deletehahaha.. syuk.. apalah.. baca dah syok2.. upenye mimpi.. heheh
ReplyDeletemimpi biasa2 je ni. hehe. tak macam dia. :D
Deletekejadahan sungguhhh..
ReplyDeletesejak kau tukar nama macam2 boleh terjadi :P
Deletemimpi rupanyaa..!
ReplyDeleteGrrrrr
hamboi kak nur. marah ke ? banyaknya komen. hehe
Deletemimpi rupanyaa..!
ReplyDeleteGrrrrr
hahhaa, rilek3 :P
Deletemimpi je rupanyaa..!!
ReplyDeleteGrrrrrr
Hehe.... okje baca lompat lompat Syuk.... bis tu siap sda dinasor bagai!
ReplyDeleteala, akak okje tak baca betul3 :P
DeleteHahaha, pandai jer buat cite..
ReplyDeletehehe, cerita kisah mimpi je pun :)
Deleteahahha.. dah agak dah..pasti xreal punya :p ekh..apa2 tiada y mustahil kan mcm kisah nabi muhamad kan..hehe..
ReplyDeletelautan api sggup ku redah..wkakakka...xdpt bayangkan mcm mana bunyi org tua xde gigi tu mcm mop lantai..ohoh.. kekekeke
hehe, bunyi dia tak sedap didengar. HAHA
DeleteI almost finished it up. Tengah membaca di pertengahan jalan, macam pelik and there you go... you just had a dream, pssh!
ReplyDeleteNisa'