Assalamualaikum
dan selamat malam` . kebelakangan ni susah betul hujan nak turun kat daerah
aku. Kalau hujan pun baru 5 minit dah berhenti. Fuhh .. betul3 menduga perasaan
. Aku tak berapa aktif bila hujan turun. Tapi bila tak turun hujan aku jadi tak
semangat pulak sebab kepanasan melampau. Huhu. masa hujan turun sel2 otak aku
secara manual menjadi lembap sedikit. So, banyak habis dengan tido. Jadi Cukup rehat
. Bila dah musim kemarau ni panas sampai ke malam. Aku tau bukan aku sorang je
penduduk bumi yang rasa begini kan ? *Aku dapat baca isi hati korang macam
drama sinetron tv 3 la. HAHAHA.
Jadi hari
ini aku akan mengarang entri berkaitan dengan cara melabur dalam gaya hidup
yang sihat. Episod kali ini aku tidak hanya fokus pada wani je. Tapi kepada
semua yang perasan kewujudan entri aku ni. Hehe. Aku mengarang entri berkaitan
ini kerana banyak masalah yang berlaku baru2 ni dan yang paling aku risaukan ialah
kesihatan si wani ni. Sebab keluarga aku semua sihat je. Dia pulak ada masalah
kesihatan sikit. Paling aku risau bila dia tu kena demam ke selsema . macam
hilang semua perasaan dia kat aku ni. Tapi rupenya dia ada masalah lain.
1)Pilih
makanan rendah lemak dan minyak .kerana boleh meningkatkan paras kolestrol .
2)Pilih
makanan dan minuman kurang manis. Keranan boleh kena diabetes. Jadi kalau ada
pencuci mulut tu ganti la dengan buah-buahan. Minum air kosong supaya paras
gula dalam darah tak tinggi. *sekurang2 nya kurang ayat manis dari si mulut
buaya.
3)Pilih
makanan kurang masin. Kerana boleh menyebabkan darah tinggi. Walaupun sedia
maklum air liur mampu menaikkan darah seseorang , korang kena tau garam tu
pembunuh dalam senyap. Jangan tambah terlalu banyak garam ke dalam masakan. Kalau
makanan tu sudah mempunyai garam yang cukup jangan ditambah lagi. Terlebih letak
, jangka hayat pun semakin cepat .
4)Pilih
buah-buahan dan sayuran. Kalau jenis aku ni memang susah nak makan makanan
berwarna hijau sebab tak sedap. Tapi bila my mom masak memang aku makan. Sebab beliau
masak sedap. Haha. Wani kau belajar memasak yeee. Kalau tak sedap hang makan
sorang. Jimat .Lupe nak beritahu yang buah-buahan ni boleh membekalkan banyak
sumber vitamin, mineral dan mampu mengurangkan risiko penyakit tertentu . Tapi
penyakit gatal tu hanya penampar mampu mengubatinya.
5)Pilih
makanan yang berserat tinggi. Kerana mampu melindungi daripada penyakit kecik2
macam pening . seperti sayuran dan buahan , dengan tambahan makanan berserat
tinggi seperti nestum , oat , snek koko-crunch ,honey star , milo bagai tu
semua mempunyai serat yang tertentu. So, sedikit sebanyak penyakit malas korang
tu terpadam secara senyap.
6)Jauhi
sesiapa yang menghisap rokok , shisha ataupun yang sedang membakar sampah .
Tubuh anda pasti akan menghargainya J
Jadi itulah
sedikit sebanyak pendapat yang aku mampu karangkan dalam masa 30 minit ni. Kalau
ada yang nak tambah tu sila komen. Kalau2 aku terbaca ke kemudian aku terasa
hati aku akan ikut pendapat kalian pulak. :D hehe. *kepada wani kau tu dengar
nasihat aku yeee <!!!>
syukri fariz
Akak nak komen hal 4, sedap tak sedap lain kira, MAKANNNNN tanpa kata apa2, air tangan tu penting..
ReplyDeleteKalu Syuk xmo makan, nasihat akak pada Waniey, sila BOIKOT memasak & ajak Syuk makan di luar pagi, t/hari & malam... (jimat tak kalu tak memasak..?
Serius, entri terbaik untuk hari ini..
kurgkan makan jajan2 tu, dan kurgkan minuman bergas. nak lagi sihat amalkan minum air panas atau suam. kurgkan minum air berais. hehe
ReplyDeleteyup..betul2..ikot piramid makanan..
ReplyDeletebtw , kite lebih kurg..eheh..mknn warna hijau tak berapa rasa nak mkn..hehe..Tp buah boleh..buah sedap!.=)
Selamat pagi Syuk! Lama tak jalan-jalan sini. Hurm... makananan ya. Rasanya makanan sehari-harian memang tak sihat la. Pagi nasi lemak, tengah hari mcD atau KFC, malam... nasi lemak balik. Aduhhhh. Nak kena makan sayur pulak ni.
ReplyDeleteApa yg Syuk berikan itu betul kerana sebagaimana kita semua tahu kebanyakan penyakit yg singgah pada diri kita bermula dari apa yg kita makan...
ReplyDeleteentri berinformasi yang santai.. semuanya di atas betul.. hehe.. pemakanan kita sekarang ni dah terlalu mewah..
ReplyDeletetbalik plak dgn syuk..miLa tak suka buah, tapi suke sayur hijau...nyum2...
ReplyDeletewani..dengar nasihat ur future husband ni :)
wahh bagus syuk nie prihatin orangnya.. entri yang bagus sekali
ReplyDeletenice sharing la syuk.. :)
ReplyDeletesyuk amalkan dak semua ni..?heeeeeeee
sy selalu gak makan buah..konon nak diet..tapi kdg makan junk food sama byk dgn makan buah..boleh ke? kehkeh...
ReplyDeleteWani sakit apa pulak ni Syuk.....sian wani....Waniiii abe Syuk risau ni.....jaga pemakanan tau!
ReplyDeleteMak saya selalu pesan, jangan makan masin sangat. Nanti dapat darah tinggi susah nak hilang.
ReplyDeleteminum air putih banyak2
ReplyDeletesehari 2L
lepas tu makan sayur dan buah-buah :D
sama dgn sis.susah jugak nak mkan makanan hijau ni. tapi skarang paksa diri jugak la..hhuhu
ReplyDelete