Followers

Wednesday 19 February 2014

Episod : Melabur dalam sihat ::


Assalamualaikum dan selamat malam` . kebelakangan ni susah betul hujan nak turun kat daerah aku. Kalau hujan pun baru 5 minit dah berhenti. Fuhh .. betul3 menduga perasaan . Aku tak berapa aktif bila hujan turun. Tapi bila tak turun hujan aku jadi tak semangat pulak sebab kepanasan melampau. Huhu. masa hujan turun sel2 otak aku secara manual menjadi lembap sedikit. So, banyak habis dengan tido. Jadi Cukup rehat . Bila dah musim kemarau ni panas sampai ke malam. Aku tau bukan aku sorang je penduduk bumi yang rasa begini kan ? *Aku dapat baca isi hati korang macam drama sinetron tv 3 la. HAHAHA.

Jadi hari ini aku akan mengarang entri berkaitan dengan cara melabur dalam gaya hidup yang sihat. Episod kali ini aku tidak hanya fokus pada wani je. Tapi kepada semua yang perasan kewujudan entri aku ni. Hehe. Aku mengarang entri berkaitan ini kerana banyak masalah yang berlaku baru2 ni dan yang paling aku risaukan ialah kesihatan si wani ni. Sebab keluarga aku semua sihat je. Dia pulak ada masalah kesihatan sikit. Paling aku risau bila dia tu kena demam ke selsema . macam hilang semua perasaan dia kat aku ni. Tapi rupenya dia ada masalah lain.


1)Pilih makanan rendah lemak dan minyak .kerana boleh meningkatkan paras kolestrol .

2)Pilih makanan dan minuman kurang manis. Keranan boleh kena diabetes. Jadi kalau ada pencuci mulut tu ganti la dengan buah-buahan. Minum air kosong supaya paras gula dalam darah tak tinggi. *sekurang2 nya kurang ayat manis dari si mulut buaya.

3)Pilih makanan kurang masin. Kerana boleh menyebabkan darah tinggi. Walaupun sedia maklum air liur mampu menaikkan darah seseorang , korang kena tau garam tu pembunuh dalam senyap. Jangan tambah terlalu banyak garam ke dalam masakan. Kalau makanan tu sudah mempunyai garam yang cukup jangan ditambah lagi. Terlebih letak , jangka hayat pun semakin cepat .

4)Pilih buah-buahan dan sayuran. Kalau jenis aku ni memang susah nak makan makanan berwarna hijau sebab tak sedap. Tapi bila my mom masak memang aku makan. Sebab beliau masak sedap. Haha. Wani kau belajar memasak yeee. Kalau tak sedap hang makan sorang. Jimat .Lupe nak beritahu yang buah-buahan ni boleh membekalkan banyak sumber vitamin, mineral dan mampu mengurangkan risiko penyakit tertentu . Tapi penyakit gatal tu hanya penampar mampu mengubatinya.

5)Pilih makanan yang berserat tinggi. Kerana mampu melindungi daripada penyakit kecik2 macam pening . seperti sayuran dan buahan , dengan tambahan makanan berserat tinggi seperti nestum , oat , snek koko-crunch ,honey star , milo bagai tu semua mempunyai serat yang tertentu. So, sedikit sebanyak penyakit malas korang tu terpadam secara senyap.

6)Jauhi sesiapa yang menghisap rokok , shisha ataupun yang sedang membakar sampah . Tubuh anda pasti akan menghargainya J

Jadi itulah sedikit sebanyak pendapat yang aku mampu karangkan dalam masa 30 minit ni. Kalau ada yang nak tambah tu sila komen. Kalau2 aku terbaca ke kemudian aku terasa hati aku akan ikut pendapat kalian pulak. :D hehe. *kepada wani kau tu dengar nasihat aku yeee <!!!>


syukri fariz

14 comments:

  1. Akak nak komen hal 4, sedap tak sedap lain kira, MAKANNNNN tanpa kata apa2, air tangan tu penting..

    Kalu Syuk xmo makan, nasihat akak pada Waniey, sila BOIKOT memasak & ajak Syuk makan di luar pagi, t/hari & malam... (jimat tak kalu tak memasak..?

    Serius, entri terbaik untuk hari ini..

    ReplyDelete
  2. kurgkan makan jajan2 tu, dan kurgkan minuman bergas. nak lagi sihat amalkan minum air panas atau suam. kurgkan minum air berais. hehe

    ReplyDelete
  3. yup..betul2..ikot piramid makanan..
    btw , kite lebih kurg..eheh..mknn warna hijau tak berapa rasa nak mkn..hehe..Tp buah boleh..buah sedap!.=)

    ReplyDelete
  4. Selamat pagi Syuk! Lama tak jalan-jalan sini. Hurm... makananan ya. Rasanya makanan sehari-harian memang tak sihat la. Pagi nasi lemak, tengah hari mcD atau KFC, malam... nasi lemak balik. Aduhhhh. Nak kena makan sayur pulak ni.

    ReplyDelete
  5. Apa yg Syuk berikan itu betul kerana sebagaimana kita semua tahu kebanyakan penyakit yg singgah pada diri kita bermula dari apa yg kita makan...

    ReplyDelete
  6. entri berinformasi yang santai.. semuanya di atas betul.. hehe.. pemakanan kita sekarang ni dah terlalu mewah..

    ReplyDelete
  7. tbalik plak dgn syuk..miLa tak suka buah, tapi suke sayur hijau...nyum2...

    wani..dengar nasihat ur future husband ni :)

    ReplyDelete
  8. wahh bagus syuk nie prihatin orangnya.. entri yang bagus sekali

    ReplyDelete
  9. nice sharing la syuk.. :)
    syuk amalkan dak semua ni..?heeeeeeee

    ReplyDelete
  10. sy selalu gak makan buah..konon nak diet..tapi kdg makan junk food sama byk dgn makan buah..boleh ke? kehkeh...

    ReplyDelete
  11. Wani sakit apa pulak ni Syuk.....sian wani....Waniiii abe Syuk risau ni.....jaga pemakanan tau!

    ReplyDelete
  12. Mak saya selalu pesan, jangan makan masin sangat. Nanti dapat darah tinggi susah nak hilang.

    ReplyDelete
  13. minum air putih banyak2
    sehari 2L
    lepas tu makan sayur dan buah-buah :D

    ReplyDelete
  14. sama dgn sis.susah jugak nak mkan makanan hijau ni. tapi skarang paksa diri jugak la..hhuhu

    ReplyDelete