Followers

Wednesday 26 February 2014

Episode : kawan bermaksud :


Assalamualaikum dan selamat petang. Keadaan petang yang panas berlarutan sejak minggu lepas. Kelihatan pokok2 yang kehijauan mulai melayu dan keadaan angin yang bertiup menyebabkan ketidak tentuan atmosfera di bumi bertuah ini. Acehhh , dah macam sastera dah . Maaf3 , bersastera sebab sering kali berlaku kebakaran hutan di kawasan aku ni . Pokok2 pun dah layu tanah pun dah merekah . tekak pun dah kering badan pun makin menjadi lemah. Fuhhh , korang doakan bumi kembali normal ye. Bersama2 berdoa untuk Negara masing2.

Di tengah panas yang membara ini pulak aku mendapat mesej dendam dari kawan aku. walaupun keadaan sejuk macam Hokkaido (japan ) di hotel aku tu tapi aku tetap rasa panas je dengan kawan aku yang sorang tu. Bila susah senang dia aku ada je menyelit memberi dia nasihat , semangat macam cerita drama ariana rose tu. Tapi bila turn aku pulak senang dia menyelit , bila aku susah dia pun ghaib ditiup angin. Bukan soal aku nak mengungkit tapi bila time aku susah kenapa kau takde. Kenapa bila senang je kau wujud ? sedangkan rumah kau berapa meter dari rumah aku ? internet pun aku support. *serius tak ungkit tapi mengedog kau yang makin besar kepala tapi kecik otak.

Jadi entri aku hari ini berkisahkan pepatah seorang kawan. Idea disumbangkan oleh seseorang hamba allah yang sekarang ni berada di oversea. Hanya ke sabah ya.


1)Kawan itu bukan barang kemas . Bila baru beli je pakai. Dah sengkek pi gadai.

2)Kawan itu bukan bank . Bila perlukan duit berderet beratur meminta. Bila dah kaya hidung memasing tinggi setinggi tiang lampu.

3) Kawan itu bukan kereta . Bila kecemasan je pakai bila senang je naik tren .

4)Kawan itu bukan tisu . Bila gembira je putih . Bila sedih je basah.

5)Kawan itu bukan macam ragbi . Mula2 ditangkap bila dah dapat ditendang .

6) Kawan itu bukan macam pampers. Bila memerlukan disarung saje. Bila dah puas dibuang .

7)Kawan itu bukan seperti main futsal. Bila memerlukan dikejar. Bila dah dapat disepak.

8)Kawan itu bukan macam pisang goreng . Kejap ada . Bila diperlukan takde pulak.

Itulah realiti segelintir umat manusia yang bergelar melayu. Setiap perbuatan itu susah nak dijaga adap berkawan. Kurangkan sifat pentingkan diri anda supaya takde perasaan riak , sombong , hidung belang dan bertalam 2 muka. Hehe. *yang terasa itu maaflah sebab sedikit pedas kerana ubat selalunya pahit dan yang pahit itulah penawar sebenar. J hehe .


.syukri fariz

20 comments:

  1. hee.. hargailah kawan kan Syuk.. datang singgah sini jap.. maaf lama bebeno teman tak singgah sini.. jangan amik ati yea syuk..

    ReplyDelete
  2. ha'aaaaaaaaaa kan, naper selama ni tak terfikir semua tu berada disekeliling kita? realiti..

    ReplyDelete
  3. kwn tu mmg ramai. tp cuba kira sahabat ada berapa je? hehe

    ReplyDelete
  4. kawan yang betul-betul memahami bukan senang nak cari.

    ReplyDelete
  5. kawan ketawa senang dicari.. tapi kawan yang sanggup susah senang bersama susah nak dapat.. apa-apa pun, kita pun kena jadi kawan yang baik etrhadap kawan kita...

    ReplyDelete
  6. kawan mmg ade macam2 jenis. ape y penting ..kite kena bljr terima semua tu.. kwn y mewarnai hidup kite..walau siapa pun mereka..mmg susah..tp kite kena cuba..=)

    ReplyDelete
  7. hai syuk , adakalanya kita kena bijak dalam memilih kawan, tak semua baik dan tak semua jahat, kita menilai... jadi hargai persahabatan dengan kawan kita

    ReplyDelete
  8. setuju tu syuk..pngertian kawan adlah beza mngikut induvidu..tapi tanpa kawan memng sunyilah kita "{

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum syuk.. maaf la akk jrang ke sini.. mklum la, asik pening je..hihi

    kawan & sabahat ni 2 perkara yang berbeza.. kawan ni senang je hilang2..

    ReplyDelete
  10. at least dah kenal sape kawan sejati.

    ReplyDelete
  11. Teringat pula puisi saya Persoalan Memilih Kawan. Em, betul tu Syuk.

    ReplyDelete
  12. Panas dengan kawan nan sorang tu ke Syuk? Sabau je le ...janji ada wanie hehe

    ReplyDelete
  13. Balik kerja semalam tepi jalan depan Taman Johor Jaya ke Mt. Austin pun ada kebakaran Syuk. Takut kakak...

    Apa yg penting kita dulu kena jadi sahabat yg baik. Mereka yg tidak baik biarlah.. doakan moga satu hari dia pun akan jadi baik.

    ReplyDelete
  14. Kawan senang mmg mudah kita dapat syuk.. cuma kawan yg sanggup ssh bersama kita tur yg payah nk dpt.. tp akak bersyukur ada kwn2 yg sentiasa ada waktu ssh dah senang akak..=D

    ReplyDelete
  15. susah nak cr kawan yg betul2 boleh ade masa susah dgn senang hmm

    ReplyDelete
  16. bukan melayu jea.semua bangsa pun ada masalah mcm ni.
    yg penting kita yg perlu jadi kawan yg baik dulu

    ReplyDelete
  17. love this entry ! :)
    sbnr nya sdg sedih jga dgn seorang shbt yg dah berbelas tahun..dr kcil lg tp setiap kli dia ada teman bru dia akn lpa kn sy,.bila dia dah tiada kwn,pasti dia cri kmbli..sy pula jnis sentiasa brsabar..

    ReplyDelete