Followers

Sunday 16 February 2014

Episod : Hampir setahun :


Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Bersyukur kepada ALLAH kerana masih sudi memberi ruang untuk aku dan kawan2 meneruskan kehidupan walaupun berliku2 sebagaimana yang telah engkau berikan. Huhu . hari ini dapat pelepasan awal balik dari tempat kerja. Walaupun hanya diberi tempoh singkat 2 jam untuk balik awal , rasanya tak cukup kod sebab urusan aku ni macam 2 hari.

Hari ini cerah dan panas sepanjang hari. Bila difikir balik bila la hari terakhir hujan kat sini. Bukan pokok je layu tapi dengan aku sekali layu dek air dalam badan ni disejat sikit2. Tak heran la kalau siapa jumpe aku kat luar aku kelihatan lebih “hensem” . Berape gelen air dah aku telan tapi kepanasan dibawah bumbung masih jelas terasa. Huhu. Berkenaan urusan balik awal itu ialah kerana nak beli hadiah hari kelahiran sahabat. Genap hari ini dia 21. Kenal pun dah lama kalau tak menghargai segala pengorbanan tu susah la nak jaga kawan baru pulak kan ? J

Kebetulan jugak pada hari ini sebenarnya hari ulang bulan antara aku dan wani yang ke 11 . Dah nak setahun rupenya. Rasa macam baru semalam je add fb dia pastu melamar. Haha. Oke sekarang ini aku dalam proses nak mengenali keluarga dia dan kumpul duit dulu . Bukan sebab taknak ikut sunnah bagai. Tapi disebabkan zaman ni semua kena bayar termasuk insurans motor, kereta . Dengan pinjaman pendidikan yang baru setel 1 k rasa macam jauh lagi perjalanan. Tapi insyaallah lepas konvo je aku nak serbu hospital2 seluruh johor. Huhu. Takan baru kahwin dah diambang muflis pulak. sekurang2 nya ada pendapatan tetap dulu. Gaji sekarang ni pun macam tak memadai .


Dengan kehidupan aku yang sekarang ini penuh cabaran , aku sentiasa berdoa yang aku mampu menghadapi segala rintangan dengan penuh kacak dan kreatif. Menjaga keluarga , kawan dan teman wanita ni tak susah Cuma perlukan pembahagian masa . kejujuran tu paling penting. Kalau menipu mungkin masa depan bukan sebakul je kita kena balik tapi selori kita ditimpa.  Akhir sekali thanks kat korang yang sudi singgah blog krik aku ni. Hehe. Banyak2 terima kasih J

syukri fariz

16 comments:

  1. tahniah syuk & waniey, 11 bulan daa, insya allah ditetapkan jodoh di antara kalian berdua, aamiin..

    ReplyDelete
  2. alahaiii sweet sngguh syuk..hehe hopefully cepat2 kahwin! :)

    ReplyDelete
  3. Congratulations :) Bahagia kan rasanya.. Untunglahh kekal. Kita punya 8 bulan je dah tooinnngg.. Haha. Smoga kekal ke jinjang pelamin!! :)

    ReplyDelete
  4. cepat2 la kahwin ye..hehe

    kelakar pulak ayat ni."Kalau menipu mungkin masa depan bukan sebakul je kita kena balik tapi selori kita ditimpa." betul la tu..=)

    ReplyDelete
  5. sy pun tgh hitung2 jugak ni nk masuk 4 thun. hehe
    itu lah syuk, mcm baru je semalam kenal2 dgn the other half kan.. pejam celik sekejap je masa berlalu. :D

    ReplyDelete
  6. tahniah....telah add anda sebagai follower...salam kenal. salam blogging,

    ReplyDelete
  7. tak sabarnya dan tunggu kad undangan dari syuk.. jaga wani elok-elok ya..

    ReplyDelete
  8. waa..alhamdulillah perancangan da ade :) smoge dpermudahkan urusan syuk dan wani..hehe..jgn lupa jemput taw nanti!

    ReplyDelete
  9. Satu yg kakak nak puji - Syuk ada wawasan itu yg terbaik. Wani tak perlu bimbang bila ditemukan lelaki macam Syuk. Betul sekarang walau kata nak bersederhana, duit tetap kena ada. Mana mungkin baru nak membina hidup kena muflis... dijauhkanlah hendaknya.

    Kakak doakan yg terbaik buat Syuk...

    ReplyDelete
  10. waa bagus laa shuk ni fikir masa depan. Btw tahniah n hope kekal sampai bila-2. Amin...

    ReplyDelete
  11. tahniah.. semoga bekekalan sampai bila2..nasi minyak bile ya? kalau ada jgn lpa jemput:)

    ReplyDelete
  12. Nice reading your post...wishing you all the best in life...

    ReplyDelete
  13. syuk, apapun, mama jangan dilupakan.. mana ke tahu nak kawen ke nanti hulur2 kad kat mama ni,...

    ReplyDelete
  14. Selfie nampakkkkk....hehe
    Mana hadiah tuk kawan tu? Nak tengok gak .......bizi body....

    ReplyDelete
  15. insyaAllah, dah kawen nanti, akan dipermudahkan rezeki.

    ReplyDelete