Assalamualaikum
dan selamat malam, terus pendekkan cerita aku baru je habis konvo . Tapi entri
tentang konvo akan aku update ke masa hadapan. Kerana Malaysia digemparkan
dengan kehilangan kapal terbang model MH370. Dalam sunyi pemergian mereka ke
destinasi tiba2 menara kawalan mendapat mengesan kemana ghaib kapal terbang
yang besar itu. Sekarang ini kita hanya mampu berdoa sahaja dengan harapan kita
akan temui jejak ke mana mereka berada. Kalau di laut apungkan lah , kalau di
atas langit turunkan lah..
Entri
kali ini aku tunjukkan kesan kehilangan dari segi kepandaian luar biasa manusia
yang tak dapat dihuraikan dari mana datangnya sifat2 syiah dan sikap mengencing
manusia .
Hari 1
- Tragedi
menimpa pada 7 Mac 2014
- Penafian
rakyat Malaysia yang mempunyai kuasa psikik terhadap kejadian tersebut yang
mendakwa tragedi itu hanyalah rekaan semata-mata
- Pesawat
tersebut didakwa mendarat dengan selamat di Nanming, China oleh mereka-mereka
yang juga mempunya kuasa psikik
- Kemuculan
pelawak-pelawak yang tak lepas ujibakat 'Skool Of Lawak' seperti seorang
Presiden Seniman, rakyat Malaysia yg sel-sel otaknya masih belum berhubung dan
attention seekers
Hari 2
- Setelah
menyedari pesawat tersebut benar-benar hilang, muncul sekumpulan 'kanak-kanak'
mendakwa kejadian tersebut adalah konspirasi untuk menutup satu kes yang baru
berlaku
- Kemuculan
'sepanduk-sepanduk' seperti 'Jom Salahkan Kerajaan 2.0', 'Semua Ini Salah Anwar
3.5' dan mcam2 lagi
- Munculnya
beberapa Fake Account yang mendakwa anak kepada mangsa, sepupu kepada mangsa dan
yang paling kelakar ialah, mangsa sendiri yang online
Hari 3
- Detektif
Conan, Sherlock Holmes, Pakar Call Of Duty level Veteren dan Panglima Angkatan
Laut Diraja Maldives menjelma secara tiba-tiba dan mengetuai siasatan
mendahului pakar-pakar dari serata dunia yang diiktiraf
- Bomoh-bomoh
di Malaysia juga galak bersaing dengan mereka-mereka diatas
- Kisah sedih, beberapa orang artis dan
rakyat Malaysi dikencing hidup-hidup oleh seorang pengguna Twitter yg mendakwa
beliau ialah anak salah seorang mangsa dan harapan untuk menunggu ibunya untuk
mengambil keputusan SPM bersama-sama (termasuklah aku kena kencing, siap
mengalir lagi air mata baca tweet dia.. haisshh)
Allah hilangkan
mereka dgn sekelip mata dalam rada boleh hilang macam tu ja . Kemana MH370 ?
Persoalan yang sangat sukar . Kita lupa yang kita duduk dekat muka bumi Allah
dia yang menciptanya dari setiap benda hidup . Kita lupa kemana kita berada dia
yang genggam kita . Kapal yang paling selamat dalam dunia . Pilot yang selamat
dalam dunia . Pilot yang berpengalaman . Tapi tetap hilang . Cari dimana mh370
. Satu lautan besar 12 negara membantu pelbagai elotronik digunakan nak cari
dimana MH370 tapi ingat kita tak boleh lawan kuasa Allah . Dia pegang kita .
"Kunfayakun" sepotong ayat sekali Allah menyebutnya maka jadilah ia .
Mungkin umat islam lupa pada Allah . Jangan salahkan pilot tapi salahkan kita
diri sendiri . Kita lupa padaNya . Kita tak rindu padaNya . Kita redha terima
dugaan ini . Renung2kan .
syukri fariz
#pray4mh370....
ReplyDeleteserius sis pon stress dgn plbagai spekulasi yang x btul....
Doa buat MH370, moga ada keajaiban bakal berlaku, aamiin..
ReplyDeletehye syuk.... segala yang berlaku ni sepatutnya menyatukan kita semua.mendoakan agar mh370 segera ditemui dalam apa keadaan sekalipun.dalam keadaan yang genting ni masih ada lagi manusia yang sesuka hati 'muncul' dengan pelbagai teori alahai..malu...malu...malu
ReplyDeletekehilangan Pesawat MH370 telah melahirkan pemikir yang tidak bertauliah.
ReplyDeleteya sama2 kita doakan yg terbaik..smoga di permudahkan usaha mencari ya syuk..amin..
ReplyDeletemenabung inti :P
semoga doa kita tdk putus-putus.
ReplyDeletejangan pernah berhenti untuk berdoa agar semuanya selamat..
ReplyDeletetak payah cakap pape, cukuplah sekadar kita doakan agar misteri mh370 ni segera terjawab. huhu
ReplyDeleteTerlalu lalai dan lupa sesekali Allah berikan kesedaran utk hambaNya agar toleh dan kembali sujud kepadaNya.
ReplyDeleteasslmkm syuk.. apa2 pun kita sama2 la berdoa semoga mereka semua dalam keadaan selamat kan.. insyaAllah.. gerak hati akk rasa mereka semua masih ada. masih selamat..
ReplyDeleteassalamualaikum syuk sama-sama kita doakan yang terbaik dan semoga pesawat MH370 jumpa
ReplyDeleteAmin..semoga pesawat itu dijumpai..
ReplyDeletestress dgn issue ni
ReplyDeletesebal tgk org2 yg tak bertanggungjwb ni berleluasa hmm
doakan sahaja, tak perlu buat banyak sangat spekulasi.. tak gitu syuk...
ReplyDeleteDoa untuk MH370
ReplyDeletehanya mampu berdoa.moga ada berita gembira.
ReplyDeletemacam2 hal dunia..kadang mls nk amek tau benda2 merapu macam ni..
ReplyDeletejust hoping semua nya selamat . Semoga Allah permudahkan segala urusan .Amiin .
Oh, dah berkonvo ya. Tahniah! Ya, sama-samalah kita berdoa moga mereka semuanya selamat.
ReplyDeletekat internet ni, ramai yg tahu cakap pongpangpongpang jer tapi effort nk membantu tu takda..
ReplyDelete#MH370...Tragedi menimpa pada 8 Mac 2014...
ReplyDeleteSyuk....mmg gegar sungguh mlm ni bumi Johor baca Syuk punya entri hehe....
ReplyDeleteManalah agaknya MH370kan Syuk?
Akak masih berharap mereka semua dapat ditemui dalam keadaan selamat.. #PrayForMH370..
ReplyDeletesemoga Allah permudahkan segalanya....
ReplyDeletebersabar dan berdo'alah semua ada jalan terbaiknya,allah selalu disamping kita.
ReplyDelete