Followers

Wednesday 12 March 2014

Episod : MH 37zero


Assalamualaikum dan selamat malam, terus pendekkan cerita aku baru je habis konvo . Tapi entri tentang konvo akan aku update ke masa hadapan. Kerana Malaysia digemparkan dengan kehilangan kapal terbang model MH370. Dalam sunyi pemergian mereka ke destinasi tiba2 menara kawalan mendapat mengesan kemana ghaib kapal terbang yang besar itu. Sekarang ini kita hanya mampu berdoa sahaja dengan harapan kita akan temui jejak ke mana mereka berada. Kalau di laut apungkan lah , kalau di atas langit turunkan lah..

Entri kali ini aku tunjukkan kesan kehilangan dari segi kepandaian luar biasa manusia yang tak dapat dihuraikan dari mana datangnya sifat2 syiah dan sikap mengencing manusia .

Hari 1
- Tragedi menimpa pada 7 Mac 2014
- Penafian rakyat Malaysia yang mempunyai kuasa psikik terhadap kejadian tersebut yang mendakwa tragedi itu hanyalah rekaan semata-mata
- Pesawat tersebut didakwa mendarat dengan selamat di Nanming, China oleh mereka-mereka yang juga mempunya kuasa psikik
- Kemuculan pelawak-pelawak yang tak lepas ujibakat 'Skool Of Lawak' seperti seorang Presiden Seniman, rakyat Malaysia yg sel-sel otaknya masih belum berhubung dan attention seekers

  

Hari 2
- Setelah menyedari pesawat tersebut benar-benar hilang, muncul sekumpulan 'kanak-kanak' mendakwa kejadian tersebut adalah konspirasi untuk menutup satu kes yang baru berlaku
- Kemuculan 'sepanduk-sepanduk' seperti 'Jom Salahkan Kerajaan 2.0', 'Semua Ini Salah Anwar 3.5' dan mcam2 lagi
- Munculnya beberapa Fake Account yang mendakwa anak kepada mangsa, sepupu kepada mangsa dan yang paling kelakar ialah, mangsa sendiri yang online

 
Hari 3
- Detektif Conan, Sherlock Holmes, Pakar Call Of Duty level Veteren dan Panglima Angkatan Laut Diraja Maldives menjelma secara tiba-tiba dan mengetuai siasatan mendahului pakar-pakar dari serata dunia yang diiktiraf
- Bomoh-bomoh di Malaysia juga galak bersaing dengan mereka-mereka diatas
- Kisah sedih, beberapa orang artis dan rakyat Malaysi dikencing hidup-hidup oleh seorang pengguna Twitter yg mendakwa beliau ialah anak salah seorang mangsa dan harapan untuk menunggu ibunya untuk mengambil keputusan SPM bersama-sama (termasuklah aku kena kencing, siap mengalir lagi air mata baca tweet dia.. haisshh)

Allah hilangkan mereka dgn sekelip mata dalam rada boleh hilang macam tu ja . Kemana MH370 ? Persoalan yang sangat sukar . Kita lupa yang kita duduk dekat muka bumi Allah dia yang menciptanya dari setiap benda hidup . Kita lupa kemana kita berada dia yang genggam kita . Kapal yang paling selamat dalam dunia . Pilot yang selamat dalam dunia . Pilot yang berpengalaman . Tapi tetap hilang . Cari dimana mh370 . Satu lautan besar 12 negara membantu pelbagai elotronik digunakan nak cari dimana MH370 tapi ingat kita tak boleh lawan kuasa Allah . Dia pegang kita . "Kunfayakun" sepotong ayat sekali Allah menyebutnya maka jadilah ia . Mungkin umat islam lupa pada Allah . Jangan salahkan pilot tapi salahkan kita diri sendiri . Kita lupa padaNya . Kita tak rindu padaNya . Kita redha terima dugaan ini . Renung2kan .

syukri fariz

24 comments:

  1. #pray4mh370....
    serius sis pon stress dgn plbagai spekulasi yang x btul....

    ReplyDelete
  2. Doa buat MH370, moga ada keajaiban bakal berlaku, aamiin..

    ReplyDelete
  3. hye syuk.... segala yang berlaku ni sepatutnya menyatukan kita semua.mendoakan agar mh370 segera ditemui dalam apa keadaan sekalipun.dalam keadaan yang genting ni masih ada lagi manusia yang sesuka hati 'muncul' dengan pelbagai teori alahai..malu...malu...malu

    ReplyDelete
  4. kehilangan Pesawat MH370 telah melahirkan pemikir yang tidak bertauliah.

    ReplyDelete
  5. ya sama2 kita doakan yg terbaik..smoga di permudahkan usaha mencari ya syuk..amin..
    menabung inti :P

    ReplyDelete
  6. semoga doa kita tdk putus-putus.

    ReplyDelete
  7. jangan pernah berhenti untuk berdoa agar semuanya selamat..

    ReplyDelete
  8. tak payah cakap pape, cukuplah sekadar kita doakan agar misteri mh370 ni segera terjawab. huhu

    ReplyDelete
  9. Terlalu lalai dan lupa sesekali Allah berikan kesedaran utk hambaNya agar toleh dan kembali sujud kepadaNya.

    ReplyDelete
  10. asslmkm syuk.. apa2 pun kita sama2 la berdoa semoga mereka semua dalam keadaan selamat kan.. insyaAllah.. gerak hati akk rasa mereka semua masih ada. masih selamat..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum syuk sama-sama kita doakan yang terbaik dan semoga pesawat MH370 jumpa

    ReplyDelete
  12. Amin..semoga pesawat itu dijumpai..

    ReplyDelete
  13. stress dgn issue ni
    sebal tgk org2 yg tak bertanggungjwb ni berleluasa hmm

    ReplyDelete
  14. doakan sahaja, tak perlu buat banyak sangat spekulasi.. tak gitu syuk...

    ReplyDelete
  15. hanya mampu berdoa.moga ada berita gembira.

    ReplyDelete
  16. macam2 hal dunia..kadang mls nk amek tau benda2 merapu macam ni..

    just hoping semua nya selamat . Semoga Allah permudahkan segala urusan .Amiin .

    ReplyDelete
  17. Oh, dah berkonvo ya. Tahniah! Ya, sama-samalah kita berdoa moga mereka semuanya selamat.

    ReplyDelete
  18. kat internet ni, ramai yg tahu cakap pongpangpongpang jer tapi effort nk membantu tu takda..

    ReplyDelete
  19. #MH370...Tragedi menimpa pada 8 Mac 2014...

    ReplyDelete
  20. Syuk....mmg gegar sungguh mlm ni bumi Johor baca Syuk punya entri hehe....
    Manalah agaknya MH370kan Syuk?

    ReplyDelete
  21. Akak masih berharap mereka semua dapat ditemui dalam keadaan selamat.. #PrayForMH370..

    ReplyDelete
  22. semoga Allah permudahkan segalanya....

    ReplyDelete
  23. bersabar dan berdo'alah semua ada jalan terbaiknya,allah selalu disamping kita.

    ReplyDelete