Followers

Sunday 17 November 2013

cerita semalam lupe update ::


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam ~~ *melambai2 . yeah disini saya mahu menyampaikan pidato saya yang bertajuk sekuntum bunga matahari . eh , silapppp  . sebenarnya sejambak mawar merah. Haha . seronok melampau2 pulak aku hari ini. Dah la cuaca mendung . malam takde bintang bagai. Cukup la disinari rahmat ALLAH beri ini. hehe

Perbuatan nakal yang dia saja cari masalah :P

Bercerita tentang 16 / November /2013 ,ce try check kat header blog ni. Rupenya dah nak masuk 8 bulan dah aku berpasangan dengan gitaris search. Eh silap dialog berpasangan dengan nur syazwani maksud aku. Terover pulak kite. Suka , duka, pahit , manis, tawar tengah2 ,masin , dan yang paling penting kasih sayang yang takde ke arah bertentangan. Yang dah lama mesti dah agak yang aku akan publish entri pasal ini setiap bulan kerana memang tidak ketinggalan. Yang dah study menggunung pasal tarian kucing tu pun aku ucapkan tahniah . jejak jugak 1k orang ramai baca entri tu.
Tanpa bercakap panjang aku khaskan entri ini untuk si budak nakal wani a.k.a buncit . fahami sikit jiwa lelaki yang kecik dan kiut ni !
BILA LELAKI CAKAP :

1) Bila lelaki cakap : Saya tak kesah pun awak nak kawan dengan dia.
Maksudnya : Kalau kau nak aku pergi, kau kawanlah dengan dia.

2) Bila lelaki cakap : Dahlah, saya takda mood nak sembang / text dengan awak.
Maksudnya : Pujuklah saya, saya merajuk dengan awak ni.

3) Bila lelaki cakap : Dah lama kita tak jumpakan? awak asyik sibuk je kebelakangan ni.
Maksudnya : Datanglah jumpa saya, saya rindu sangat2 dekat awak.

4) Bila lelaki cakap : Saya tak suka awak kawan dengan lelaki tu.
Maksudnya : Kau faham tak aku tak suka kau kawan dengan mana-mana lelaki, aku cemburu tau tak.

5) Bila lelaki cakap : Awak, ibu saya selalu tanya pasal awak.
Maksudnya : Jomlah kenal-kenal dengan keluarga saya.

6) Bila lelaki cakap : Tinggalkan saya, saya nak bersendirian.
Maksudnya : Janganlah pergi, pujuklah saya.

7) Bila lelaki cakap : Janganlah risau, saya tak apa-apa.
Maksudnya : Tolonglah risau, saya perlukan sokongan awak.
8) Bila lelaki cakap : Saya tengok awak dah makin sibukkan sekarang?
Maksudnya : Kau tahu tak kau dah abaikan aku.

9) Bila lelaki cakap : Saya rela undur diri demi awak dan dia.
Maksudnya : Sampai hati awak buat saya macam ni, kenapa pilih dia?

Oke . sampai disini sajalah hujah saya pada malam ini. Sekian terima kasih. Yang ikhlas boyfriend wani. tralallaa


syukri fariz

24 comments:

  1. Mesti ada kes rajuk ni, alalalaaaaa xmo risau2 k, waniey tetap setia pd yg satu cuma krg ni dia tgh stress melampau sbb sdg bertarung ngan masa depannya..

    Syuk le yg pujuk dia, sesekali buang jer EGO kelelakian tu, tak rugi woo

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki kalau mengalah je sampai bila perempuan nak bertolak ansur. >.<

      Delete
    2. Kalu udahnya bergelar LELAKI, tetap xmo ngalah, cubit kang baru tau..

      Kita kaum pompuan ni Syuk sengaja wat peel bukan2 supaya kaum ADAM datang memujuk, bukannya xmo bertolak ansur.. idok ke gitu Waniey?

      Delete
    3. ehehe, oke syuk mengalah dngan wani :)

      Delete
  2. awww sweetnye korang ^^ sadly, fae dan pakwe dah clash :( tapi fae is happily moving on now ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ? why lak fae ? ada peristiwa lain ke ?

      Delete
  3. kata2 lelaki pun ada makna sebaliknya yea...
    tp normallahkan..barulah manusia namanya..
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, betul tu. kalau takde respond hmmm. susah kod >.<

      Delete
  4. semoga kamu berdua berjodoh dan di ramati ALLAH :) suka tengok korang berdua nie

    ReplyDelete
  5. susah juga kalau lelaki merajuk.. hehe.. harap wani memahaminya..

    ReplyDelete
  6. Kalau dia tak faham tak ke naya Syuk...baik cakap terus terang je...lagi senang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 lidah syuk ni terlampau berbisa la kak okje. serammm

      Delete
  7. lelaki dan perempuan.. lebih kurg je sebenarnya.. mesti ada maksud tersirat jugak tu.. :)

    ReplyDelete
  8. lelaki or pompuan sama jea yea. tapi better terus terang jea lagi senang.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehem yup tu kak nik . senang kalau setel :)

      Delete
  9. amboi.. tiap bulan sambut anniversary ye..kalah mak jemah!.. :p
    akk bulan depan sambut juga anniversary..yang ke-8 tahun perkenalan.. :)

    akk suka disebalik mksud tersirat & tersurat yang syuk tulis tu.. bila paham tu, bagus sangat.. sebab tak semua lelaki paham mksud tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tulah . tapi ini berdasarkan pengalaman syuk :D

      Delete
  10. Replies
    1. haha, cikgu helmi ni. kalau syuk baik nanti ramai buli. sedikit jahat oke kod :D

      Delete