Followers

Sunday 30 June 2013

Tolong sebarkan perkara ini




Assalamualaikum .Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini


1508: Alfonso de BURQUE menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara... akhirnya dapat juga menawan Melaka
setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P. Pinang yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan

Seminggu selepas Feb 1512, perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso dan di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah. 

Perisik: Selamat pagi tuan. Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang... Antaranya hang sihat ka, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang tidoq ka, hang dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana...

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ...

Hang ok ka?

syukri fariz

32 comments:

  1. Sabo jerlah.. Ingatkan sejarah betul2.. Dahlah saya major sejarah.. Sekali tengok kat bawah, memang tak bleh bla.. X tahan saya ketawa.. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA. rilek la isabel, gurau je. teliti gurau :D

      Delete
  2. alah, beria mama baca, melawak pulak dia.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. Hahaha... buat org membaca gelak dibuatnya.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah syok2 fokus tetibe ade kucing disebalik kereta. *peribahasa sendiri

      Delete
  4. ingat ke betul tadi.. rupanya hang dah kelentong akak.. hihi..

    ReplyDelete
  5. Ceh , kena tipu . Ingt betul .Apedaa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejarah ni dik nad , cuma tersorok dalam buku je :P

      Delete
  6. Hahahha, hang suhat hang apa habaq, hhhahaha masuk blog Syuk memang nak ketawa je. See entri dia mula nampak macam serius baca sampai habis ermmmm lawak syukk oiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha~ tak enjoy la kalau selalu serius kan ? :D

      Delete
  7. heee..punyalah baca..tipah tertipu ropenya..hii

    ReplyDelete
  8. xper, hari ni hari hang...

    ReplyDelete
  9. xpelaa.. nak buat mcm mana an... ekkekkek :p next time kita org kenakan hang lak.. kah3.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. syuk akan berusaha elak nanti. :P

      Delete
  10. hang memang kecohlah.. penat aku baca sejarah nih.. nasib baik tak ambik spm.. kalau tak memang confirm aku fail

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, sejarah menarik sehh~
      eh bro, dah follow aku ke belum ni ?

      Delete
  11. hahahahha ini lawak dowwwww lol

    ReplyDelete
  12. hahahaa..hampeh tol!! sumber dr mn ni bro?? xsah ni kalau xde sumber..ha3..thu tkot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumber dia dari. er,, abaikan saje. :P haha

      Delete
  13. hahahahahahaha.. hang ni betuilah.hahaha

    ReplyDelete
  14. cehhhh nak kena cubit budak syuk ni he3...wah lawaklah entri ni.yelah,kan banyak benor hang..hang ngeee...^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, sejarah ni. kang failed susah. haha >.<

      Delete
  15. hehe...HANG memang hebat Syuk!

    ReplyDelete
  16. Tahniah hang hanggg . Alfonso x jd serang hangg . hahaha

    ReplyDelete