Followers

Thursday 26 December 2013

Ayat2 wanita yang menusuk kalbu ::


Assalamualaikum dan selamat malam. Fuhhh , penat malam ni . dapat cuti sehari je dalam seminggu . Jadi takde banyak masa nak bukak blog. Huhu. tapi bila bukak je memang akan sekali aktiviti blogwalking . hehe. Maafkan aku ye korang. 

Hari ini cuti yang Berjaya dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Tapi cume dapat dicapture dalam otak je sebab kamera handphone tak dapat kenalpasti objek sebab kawasan itu terlalu panas terik. Tempat yang aku melangsaikan itu ialah TANJUNG PIAI , Johor . pergi ke penghujung benua asia sebab lama tak ziarah segala macam animal kat sana. Hehe.

Tapi balik dari sana pulak tetibe berlaku peristiwa. Yang mencetuskan entri pada hari ini. Mungkin sebab aku kurang kasi kasih sayang kod. Ke sebab masalah wanita. Tapi. …. Inilah yang berlaku. Ayat2 wanita yang menusuk kalbu untuk entri kali ini ::

1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

3. Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan go to hell !. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya..

syukri fariz

29 comments:

  1. 3 & 6 sememangnya sinonim ngan akak, rajuk le kononnya itu n xmo perbesarkan masalah.. sebenarnya kita nak dipujuk oleh pasangan aka kaum ADAM, harap maklum.. hu3

    ReplyDelete
  2. no 3 tu..kena dgn kak nur..kekekek

    ReplyDelete
  3. #1,3&5 haha selalu bila bertengkar akan ada ayat2 ni..wahaha..:P

    ReplyDelete
  4. Hanya wanita yang dapat sahkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe , kaum hawa sila kemukakan hujah2 anda . :D

      Delete
  5. hahaha...ada beberapa yang betul..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. katakan semuanya betul . huhu . fakta ni .

      Delete
  6. terasa pula.. selalu juga gunakan ayat-ayat tu dulu.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayat dah sebati dari dulu sampai skrg kak aiza. syuk selidik ni. hehe

      Delete
    2. tu la syuk.. wanita dan emosi tak dapat dipisahkan.. tengah emosi memang sampai menusuk kalbu.. hehe..

      Delete
  7. mama selalu guna yang no 1 tu... haha, kalau bergaduh dengan husben, mama akan cakap OK FINE!!!.. hihihi

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, jangan gaduh lama2 mama. seremmmmm . >.< "

      Delete
  8. tapi nombor 2 tu some guys lagi lama bersiap dari perempuan. kita dah siap mekap2 bagai, dia "kejap, rambut tak siap lagi"
    oh my..
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambut tu harta lelaki. mahkota wehhhh . haha

      Delete
  9. hahahahha no komen..hanya wanita mampu menjawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi , abg acik dengan cikgu helmi ni sepakat ea komen sama ? :P

      Delete
  10. heheh...smuanya betul.. paling suka ckp... ''terima kasih byk2'' :p smbil tarik word kaishhhh..hehe xD

    ReplyDelete
  11. Wanie macam merajuk je Syuk hehe....
    OKje baru lalu Tg Piai hari tu sbb duk rumah anak sedara kat Pontian

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu , ritu je kak okje. sbb syuk terlampau bz .

      Delete
  12. hehehehe.. banyaaakkk yg betui.. =P

    ReplyDelete
  13. Ha setuju sangat! Tapi sekarang bukan wanita je sebut ayat-ayat tu. Lelaki pun ramai dah ikut. Jadi trend. haha.

    ReplyDelete