Followers

Monday 17 March 2014

Episod :The day comes with smile


Assalamualaikum dan selamat petang. Cerita tentang MH37zero tu dah mencapai 500 tontonan. Terima kasih pada yang sudi singgah kat entri *. Sekurang-kurangnya masih ada yang membaca entri aku . semoga ALLAH memberkati para penumpang dan diharap mereka dapat bertemu kembali dengan keluarga masing2. Aminn.  Terima kasih juga pada yang tak putus2 berdoa dan jangan lupekan pada saudara mara kita kat seluruh dunia seperti di Syria .Berita MH370 dah menutup kisah Negara bergolak tu.

Orait , pendahuluan dah setel masuk ke topik utama. Semalam hari AHAD bersamaan 16/3/2014 telah berlakunya satu kejadian yang tak sunyi dan tak jugak gempaknya. Tapi diraikan secara sederhana sebab berlaku pada hari minggu curang . Curang sebab bola sepak EPL dan LIGA SUPER je. Bukan sebab buaya ke 2 @  bunga tahi ayam ke 2. Hari yang dinanti oleh NURSYAZWANI BT AZLAN , kalau bukan hari ulang bulan yang ke 12 mesti hari perjanjian antara kami. Sekejap je dah masuk 12 bulan. Nanti bulan depat dah 13 bulan dah. Takleh kira tahun sebab lama sangat*padahal sama je lamanya.


Dalam perbualan kiteorang kat wechat ,aku terbaca status dia tentang semalam . Dia boleh bukak cerita tak selesa tido semalam kat moment tu. Ingat ada mamak nak dodoikan dia ke ? Aku kasi penampar buaya kat dia kang. Aku teringat ada kawan aku cakap tentang kreativiti dalam tido. Bukan sebarang skill untuk tido yang sempurna . Tapi ia memerlukan kepakaran dari pelbagai sudut. Aku tulis ni menurut info dari kawan aku tu ye. Sekadar yang ingat je la. *kepala aku pening sangat macam nak tackle kaki dia masa tu.

Seni tidur mengikut kreativiti si pemilik badan:

1)Tidur dengan satu bantal – mereka bukan jenis mengada-gada dan mereka boleh menerima segala takdir yang buruk mahupun yang baik.

2)Meletakkan bantal dikaki – mereka bakal melahirkan satu percapaian luar biasa melawan zombie. Kerana sumber kekuatan si pemilik terletak di bahagian kaki . Nampak zombie terus cabut lari. Hihi

3)Tidur dengan bantal dalam baju – seorang yang romantis . pada masa yang sama pengotor sebab daki2 badan menyelimuti sarung bantal yang kemudian dicium orang seterusnya tanpa syak apa2 .

4)Meletakkan bantal di sekeliling katil – merupakan seorang yang mempunyai impian menjadi pemimpin. Namun menpergunakan menteri*bantal , sebagai tukang membuat kerja. Sementara diri sendiri menbongkangkan diri di rumah.

5)Tidur dengan bantal di tangan kanan dan kiri – seorang yang biasanya kurang keyakinan diri. Menggunakan nasihat kawan dan pada masa yang sama musykil pada diri sendiri.

6)Tidur tanpa bantal – seorang yang berkeyakinan tinggi dan amat percaya dia mampu menghadapi segala cabaran keseorangan.

7)Yang tidur tanpa bantal- kesian betul , pergilah ke kedai dan belilah satu. :D


syukri fariz

Wednesday 12 March 2014

Episod : MH 37zero


Assalamualaikum dan selamat malam, terus pendekkan cerita aku baru je habis konvo . Tapi entri tentang konvo akan aku update ke masa hadapan. Kerana Malaysia digemparkan dengan kehilangan kapal terbang model MH370. Dalam sunyi pemergian mereka ke destinasi tiba2 menara kawalan mendapat mengesan kemana ghaib kapal terbang yang besar itu. Sekarang ini kita hanya mampu berdoa sahaja dengan harapan kita akan temui jejak ke mana mereka berada. Kalau di laut apungkan lah , kalau di atas langit turunkan lah..

Entri kali ini aku tunjukkan kesan kehilangan dari segi kepandaian luar biasa manusia yang tak dapat dihuraikan dari mana datangnya sifat2 syiah dan sikap mengencing manusia .

Hari 1
- Tragedi menimpa pada 7 Mac 2014
- Penafian rakyat Malaysia yang mempunyai kuasa psikik terhadap kejadian tersebut yang mendakwa tragedi itu hanyalah rekaan semata-mata
- Pesawat tersebut didakwa mendarat dengan selamat di Nanming, China oleh mereka-mereka yang juga mempunya kuasa psikik
- Kemuculan pelawak-pelawak yang tak lepas ujibakat 'Skool Of Lawak' seperti seorang Presiden Seniman, rakyat Malaysia yg sel-sel otaknya masih belum berhubung dan attention seekers

  

Hari 2
- Setelah menyedari pesawat tersebut benar-benar hilang, muncul sekumpulan 'kanak-kanak' mendakwa kejadian tersebut adalah konspirasi untuk menutup satu kes yang baru berlaku
- Kemuculan 'sepanduk-sepanduk' seperti 'Jom Salahkan Kerajaan 2.0', 'Semua Ini Salah Anwar 3.5' dan mcam2 lagi
- Munculnya beberapa Fake Account yang mendakwa anak kepada mangsa, sepupu kepada mangsa dan yang paling kelakar ialah, mangsa sendiri yang online

 
Hari 3
- Detektif Conan, Sherlock Holmes, Pakar Call Of Duty level Veteren dan Panglima Angkatan Laut Diraja Maldives menjelma secara tiba-tiba dan mengetuai siasatan mendahului pakar-pakar dari serata dunia yang diiktiraf
- Bomoh-bomoh di Malaysia juga galak bersaing dengan mereka-mereka diatas
- Kisah sedih, beberapa orang artis dan rakyat Malaysi dikencing hidup-hidup oleh seorang pengguna Twitter yg mendakwa beliau ialah anak salah seorang mangsa dan harapan untuk menunggu ibunya untuk mengambil keputusan SPM bersama-sama (termasuklah aku kena kencing, siap mengalir lagi air mata baca tweet dia.. haisshh)

Allah hilangkan mereka dgn sekelip mata dalam rada boleh hilang macam tu ja . Kemana MH370 ? Persoalan yang sangat sukar . Kita lupa yang kita duduk dekat muka bumi Allah dia yang menciptanya dari setiap benda hidup . Kita lupa kemana kita berada dia yang genggam kita . Kapal yang paling selamat dalam dunia . Pilot yang selamat dalam dunia . Pilot yang berpengalaman . Tapi tetap hilang . Cari dimana mh370 . Satu lautan besar 12 negara membantu pelbagai elotronik digunakan nak cari dimana MH370 tapi ingat kita tak boleh lawan kuasa Allah . Dia pegang kita . "Kunfayakun" sepotong ayat sekali Allah menyebutnya maka jadilah ia . Mungkin umat islam lupa pada Allah . Jangan salahkan pilot tapi salahkan kita diri sendiri . Kita lupa padaNya . Kita tak rindu padaNya . Kita redha terima dugaan ini . Renung2kan .

syukri fariz

Tuesday 4 March 2014

Episod : Another " KENTUT " story ::


Assalamualaikum dan selamat malam. Huhu . lama tak update tapi aku sememangnya sibuk dengan aktiviti harian. Sempat bukak facebook je . wechat dan wassap tu memang automatik terbukak bila aku aktifkan wifi handphone ni. Tapi usahlah korang risau sebab aku dah bukak pakai lappy ni maksudnya bersedialah korang menerima komen panas membara bercili dari aku . hehehe.

Aku sibuk baru2 ni pun beralasan . macam awal bulan ni saje aku terpaksa hadapi situasi tempat kerja yang sukar. Macam biasa hotel fullhouse. So, kerah tenaga habis-habisan setiap hari. Tapi hari khamis ni aku mula cuti panjang . walaupun 4 hari aku rasa mencukupi kod untuk aku bergembira bersama kawan2 dan family aku ni. Hehe. 4 hari di kuantan sebab konvo kolej. Lama menantikan detik bersejarah capai skrol diploma sambil2 tunjuk gigi kat depan datuk kolej universiti.

Tapi perkara yang perlu aku elakkan dan kena praktiskan sewaktu konvo biasanya tahan sifat gementar dan keterujaan. *sebenarnya elak terkentut masa saat mendebarkan. Hehe . aku pun manusia biasa. Asalkan sedikit gementar akan mengeluarkan gas yang menghanyutkan dan memamaikan manusia sekeliling. Hehe. So, hari ni aku nak berkongsi Sifat manusia berdasarkan kentutnya..


ORANG YANG TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain


ORANG YANG BANGANG
Orang yang menahan kentutnya berjam-jam


ORANG YANG BERWAWASAN JAUH
Orang yang tahu bila dia hendak kentut


ORANG YANG SENGSARA
Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut


ORANG YANG MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu


ORANG YANG GUGUP
Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut


ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum


ORANG YANG SADIS
Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil
orang lain


ORANG YANG PEMALU
Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri


ORANG YANG STRATEGIK
Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa
terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain


ORANG YANG ***
Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan angin yang keluar


ORANG YANG PELIK
Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sediki-sedikit sampai bunyi
"tit - tit - tittttt"


ORANG YANG SOMBONG
Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya


ORANG YANG PERAMAH
Orang yang sering mencium kentut orang lain


ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL
Orang yang selalu kentut bersembunyi


ORANG YANG AKUATIK
Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi
"blekutuk - blekutuk - bloop - bloop - bloopp"


ORANG YANG ATLET
Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman


ORANG YANG JUJUR
Orang yang sering mengaku apabila terkentut


ORANG YANG PINTAR
Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang


ORANG YANG ROMANTIK
Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya itu merdu, harum dan wangi...


syukri fariz