Assalamualaikum
dan selamat petang. Keadaan petang yang panas berlarutan sejak minggu lepas.
Kelihatan pokok2 yang kehijauan mulai melayu dan keadaan angin yang bertiup
menyebabkan ketidak tentuan atmosfera di bumi bertuah ini. Acehhh , dah macam
sastera dah . Maaf3 , bersastera sebab sering kali berlaku kebakaran hutan di
kawasan aku ni . Pokok2 pun dah layu tanah pun dah merekah . tekak pun dah
kering badan pun makin menjadi lemah. Fuhhh , korang doakan bumi kembali normal
ye. Bersama2 berdoa untuk Negara masing2.
Di tengah
panas yang membara ini pulak aku mendapat mesej dendam dari kawan aku. walaupun
keadaan sejuk macam Hokkaido (japan ) di hotel aku tu tapi aku tetap rasa panas
je dengan kawan aku yang sorang tu. Bila susah senang dia aku ada je menyelit
memberi dia nasihat , semangat macam cerita drama ariana rose tu. Tapi bila
turn aku pulak senang dia menyelit , bila aku susah dia pun ghaib ditiup angin.
Bukan soal aku nak mengungkit tapi bila time aku susah kenapa kau takde. Kenapa
bila senang je kau wujud ? sedangkan rumah kau berapa meter dari rumah aku ?
internet pun aku support. *serius tak ungkit tapi mengedog kau yang makin besar
kepala tapi kecik otak.
Jadi
entri aku hari ini berkisahkan pepatah seorang kawan. Idea disumbangkan oleh
seseorang hamba allah yang sekarang ni berada di oversea. Hanya ke sabah ya.
1)Kawan
itu bukan barang kemas . Bila baru beli je pakai. Dah sengkek pi gadai.
2)Kawan
itu bukan bank . Bila perlukan duit berderet beratur meminta. Bila dah kaya
hidung memasing tinggi setinggi tiang lampu.
3) Kawan
itu bukan kereta . Bila kecemasan je pakai bila senang je naik tren .
4)Kawan itu bukan tisu . Bila gembira je putih . Bila sedih je basah.
5)Kawan
itu bukan macam ragbi . Mula2 ditangkap bila dah dapat ditendang .
6) Kawan
itu bukan macam pampers. Bila memerlukan disarung saje. Bila dah puas dibuang .
7)Kawan
itu bukan seperti main futsal. Bila memerlukan dikejar. Bila dah dapat disepak.
8)Kawan
itu bukan macam pisang goreng . Kejap ada . Bila diperlukan takde pulak.
Itulah
realiti segelintir umat manusia yang bergelar melayu. Setiap perbuatan itu
susah nak dijaga adap berkawan. Kurangkan sifat pentingkan diri anda supaya
takde perasaan riak , sombong , hidung belang dan bertalam 2 muka. Hehe. *yang
terasa itu maaflah sebab sedikit pedas kerana ubat selalunya pahit dan yang
pahit itulah penawar sebenar. J hehe .
.syukri fariz