Followers

Friday 27 September 2013

Ciri-ciri yang diperlukan menjadi keluarga hotel ::


Assalamualaikum dan selamat petang. J *permulaan yang sama kerana kite islam kan ? kena la bersopan. Hehe. Terlebih dahulu bersyukur kepada ALLAH kerana masih diizinkan untuk bernafas di muka bumi yang semakin lama kian menjadi mahal. *Kesan harga minyak meningkat. Akhirnya terbitlah sebuah entri mengenai tempat kerja aku yang diciptakan menggunakan simulasi khas dan  menggunakan fakta yang dirojak juga berdasarkan daya pemikiran budaya selatan aku diciptakan khas kepada pembaca blog aku sahaja. *Yang lalu lalang komen dah follow aku padahal tidak aku hanya mampu katakan kentut tuan hamba .

Ingat aku tak check ke kat ruangan follower ? menipu ni tak baik beb. Trust me , I engineer .

Lama aku berkira2 , tambah tolak , bahagi dan darab masa untuk menerbitkan entri khas ini. Puncanya kerana aku dah berjanji kan ? Jadi kena la tunaikan. Untuk entri yang ini aku kongsikan ciri2 khas yang perlu ada untuk menjadi seorang daripada keluarga hotel2 diseluruh pelusuk dunia. Walaupun jarang2 ada pada orang2 biasa .

1)Tepati masa
Kerana kalau tak tepati masa kau ingat kau bos besar ? ceo company ? suke hati je datang tak ikut masa. Bila habis waktu kerja pandai pulak punch card lepas tu ghaib jasadnya .

2)Kerajinan
Kerana kalau buat kerja tanpa disuruh*(selepas membaca skrip tugasan ) kau akan dipuji secara senyap oleh manager . Tak pun perbuatan kau tu memang dipuji dan memang harus dipuji la. Alahai. Haha.

3)Kerjasama
Kerana bekerja dalam berjemaah ini lagi afdal dari bekerja pentingkan diri. Kalau dah berlagak tu susah la. Sebab kerja hotel ini perlukan seseorang yang bijak dalam mengemas dan mengatur strategi untuk mengurus keperluan dalam bilik.

4)Displin
Kerana segala apa yang kita buat kalau takde displin baik duduk kat rumah main ps 2 je. Displin amat penting kerana kita berurusan dengan segala manusia berlainan agama dan bangsa. Displin mencorakkan wajah kita disudut pandangan pelancong hotel berkenaan.

5)Kekuatan
Kerana kalau berbadan sasa angkat barang 5 kilo pun tak mampu mengalahkan si keding angkat barang 15 kilo baik pi balik kampong tanam jagung la. Sekurang-kurangnya boleh dipanggang pastu makan .

6)Kebersihan
Kerana kalau kau tak reti nak jaga kebersihan bilik kau sndiri jangan bermimpi kau nak berkhidmat untuk membersihkan bilik hotel. Bukan nak kata ape , kalau baju tak reti nak sidai , sapu lantai , mop , cuci bilik air pun payah baik kau duduk depan tv main ps2.

7)Dan yang paling penting tahan maki
kerana kadang-kadang kita tak jangka perangai boss kita. Kalau bertuah dapat la yang sporting macam aku. Kalau dapat yang ganas , suka memekak, mengarah dan macam2 tu insyaallah balik tu ada la makan dia. Hehe

syukri fariz

Monday 23 September 2013

Selasa datang lagi~ FAKTA lagi ::


Assalamualaikum dan selamat tengah hari~~~
oh yeah genap 3 minggu aku kerja. Rasa macam nak berhenti pulak. Opss. Takde la . kalo dari awal aku kerja kan dah dapat duit beribu-ribu riban. Takde la duduk kat rumah tengok astro , main ps 2 , lappy dan segala peralatan elektronik di rumah sane. Seronok kerja hotel sebab pekerjaan dibuat secara berjemaah. Nanti aku buat entri khas pasal pekerjaan aku ni ya. HAHA

Yehaaa. Today, i would like to write an entry and i called it real malaysian joke .

1)"cepat betul masa berlalu ye...." kalau tuan rumah asyik cakap camtu sambil menjeling jam, maknanya dia nak cakap "bilelah korang ni nak balik!! Aku nak tido dah ni!"

2)"sedap betol masakan kat restoran ni, kan?" kalau seseorang tu asyik cakap macam tu sejak awal menyuap makanan sampai pinggannya licin, dia sebenarnya nak menyampaikan hasrat, "memang sedap makan kat sini sebab kau yang BaYar."
Yuhuuu~ wani saya sayang awak <3 *IKLAN BERSAMA KIT KAT

3)"dah besar anak dara kau ye, cantik pulak tu!" klau kawan lelaki korang cakap camtu dia mungkin nak cakap "kalau jadi bini nombor 4 aku bagus ni." kalau kawan pompuan pulak mungkin dia nak sampaikan "tak sangka mak huduh anak boleh lawa macam ni".

4)"lamanya tak jumpa kau kan? Berpuluh puluh tahun!" yang ni ayat biasa kwn2 yang lama terpisah tanpa khabar berita. Kadang2 diorang ni nak cakap camni, "laa.... Idup lagi kau rupanya!"

5 “cantiknya pemandangan ini” . perkataan ini yang selalu membuat perempuan kunun2 setting tudung , mekap22, buat muka comel. Padahal si lelaki bercerita tentang seekor monyet kelaparan .

syukri fariz

Sunday 22 September 2013

Kembali ::


Assalamualaikum dan selamat petang yang dah nak masuk senja. HAHA. Hari ini aku berkesempatan menaip sebuah cerita yang disemadikan dalam bentuk pepejal dan dirumus khas dari timor leste. HAHA. Oke3 aku tipu sebenarnya dari hotel tempat kerja aku sahaje. Tujuan aku menaip seribu patah perkataan ini adalah kerana beta merasakan bahawa blog beta begitu sunyi baru2 ini dan beta jugak sebenarnya menerima kritikan2 membangun dan kadang2 agak meruntuhkan semangat jiwa dan raga beta yang semula jadi down dan up dengan sendirinya. *kecuali berborak dengan wani semua seronok2 belaka. Hehe.

Oke , pendahuluan yang amat membosankan. Aku masuk la ke topic utama. Berkaitan dengan perasaan dan berkaitan lagi dengan feeling. Ada budak tu tulis status kat wechat dia begini ..

“jelous tu cemburu , cemburu itu jeles,jeles itu jelly , jelly itu jelous ,jelous itu jelly,jeles itu cemburu, cemburu itu jelous .”

 Jadi masalah sekarang perasaan yang dia hadapi sebenarnya aku pun merasai baru2 ni sampaikan aku kelihatan datang bintang. Nasib baik aku ni berperwatakan seorang budak yang jahat tapi berhati suci. Haha. Jadi paling tidak pun aku membuli kucing dan jugak membuli budak yang tersayang untuk merasai kasih sayang beliau. 
*kantoi disini(harap2 wani tak baca) .
Nak menjaga hati seorang insan ni susah sebenarnya. Ia bukan seperti memasukkan meggi ke dalam periuk yang dah bergelegak dan disudahkan dengan meletakkan perencah , bawang, sayur dan udang.TAPI, ia memerlukan skill yang tak ramai yang ada seperti berikut ::

1) Kejujuran :
kalau apa yang dibuat itu diberitahu dengan jujur mesti pasangan faham .
2) Komunikasi:
kalau bermula dengan ayat comel berakhir perang dunia ke 3 pun tak boleh jugak. Si pasangan haruslah faham segala tindakan yang dibuat itu tak berakhir dengan disangka curang.
3) Memahami:
kalau masing2 besar kepala siapa yang nak mengalah dan siapa yang nak merendah diri ?
4) Impian:
kalau dah ada impian, hidup mesti mempunyai matlamat kan ? haa, kalau aku kumpul seberapa kukuh kewangan  . hehe. Untuk si dia jugak
J
5)YANG paling penting tiada orang ke 3, 4,5 dan seterusnya.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi hari ini. Pengajaran cerita jangan cari masalah dan masalah takan temui kita kalau kita tak kasi peta kat dia. Hehe.


kepada kak umi dan kak mimie. hehe thanks menegur , wani tau yang ke 2 ialah dia. yang pertama bola sepak :D hehe

syukri fariz

Tuesday 17 September 2013

Berlalulah sudah 16.9.2013 :: selamat hari mulia::


Assalamualaikum dan selamat petang. hehe , maaf2 kepada kawan2 blogger aku yang tak putus2 check blog aku sambil2 menekan butang iklan tu ya. Aku dari dapat mesej dari kawan blogger aku yang menyatakan aku takde idea ke nak buat entri ?? oh my god  . listen bro , actually I have a problem. So , I must solve it  first . kecek orang putih pulak aku. HAHA. *penangan hotel antarabangsa tempat aku kerja.

Sebenarnya aku nak buat entri khas tentang hotel aku kerja itu. Tapi 2,3,4 menjak ni asyik kantoi je dengan big mama A.K.A boss perempuan besar , yang aku ni bawak handphone ke hulu hilir. Handphone aku ni aku selit kat poket belakang seluar aku je pun. Senang la aku cilok masa contact awek yang kangen sama gua. Hehe.
Hadiah dia kepada aku sempena ulangbulan ke 6. Walaupun gambar tapi banyak maknanya bohhhh. :D and I love it damn much .

Oke berbalik kepada enrti aku hari ini , sebenarnya semalam , dah genap 6 bulan dah aku bercouple dengan si budak tu. Alaaaa, budak yang dulu aku hadiah teddy bear  tu. HAHAHA. Yang pasti dia la individu yang aku nak jadikan calon isteri. Agak keterlaluan ke ? Tak kod sebab matlamat couple mesti nak jadikan pasangan seumur hidup. Oke la bagi yang terlupe @ yang buat2 lupe , si budak tu namanya Nur Syazwani bt Azlan , 17 , asal dari perut ibu , duduk kat atas bumi bawah langit ke 7 . zodiac libra dan si budak yang bencikan sains . Sebenarnya saya suami dia. Eh belum lagi. Dia dah lama melepak dalam hati aku ni. Dengan tak bayar sewanya terus buat macam rumah sendiri. What the pizza. Suka hati je. Nasib baik aku ni jahat. Boleh la aku kacau tempat orang lain. HAHa. Kacau chika . * Nama kucing aku .sejenis hidupan bernama kucing.

Motif aku buat entri khas ini bukan nak menjeleskan korang ke hape . Aku berblog ni adalah kerana aku nak memuaskan perasaan aku. Tu yang tercipta pelbagai idea segenius orang yang genius. Hehe . lagipun aku nak beritahu korang yang nanti aku kahwin aku buat la entri khas jugak. Hahaha. *BERANGAN KEJAP. Haa, dah panjang dah. 

Kepada budak busuk wani bear , aku cinta kau meyh . kau nak mintak pape dari aku lepas kite kahwin ye. Kalau aku yang sendiri kasi hadiah sepanjang kite couple tu kau senyap2 je. Aku nak kau lagi ceria dalam percintaan je. Hehe. Dan aku tak mintak lebih pun selain kesetiaan kau padan aku. Oke . segan disana. Babai. J

syukri fariz

Friday 13 September 2013

Segmen 1ST Mama ::


Assalamualaikum dan selamat malam. Maaf2 hari ini aku sebenarnya tengah mengumpul maklumat tentang hotel aku kerja itu. Kod2 korang nak berkunjung ke pontian mai la singgah ke hotel tempat kerja ku ini. Eh, lari tajuk. Sebenarnya aku nak beritahu yang aku tengah join segmen mama angkat aku kat dunia blog. Hehe. Beliau sentiasa menyokong dan gembira dengan hasil entri ku yang kadang2 boleh membuat orang pecah perut dan meleleh air liur.

Oke , cerita tentang sejarah mama ye .

1) Seorang blogger yang rajin update.
2)Kata2 semangat yang power yang tak selalu keluar drama petang2 dan sinetron.
3)menggunakan kata2 dari hati bukan sekadar menanam tebu dibibir.
4)Seorang wanita yang tabah.
5)Jadi seorang penjaga bayi yang Berjaya dan suri rumah 24/7
6)Segmen pertama dibuat olehnya .

Senang je syarat2 permainan ini. Hehe ::
1)follow blog mama , fan page beliau J
2)Korang Cuma perlu lekatkan di dinding blog korang . *Tak kisah la pakai gam ke stapler ke air liur ke. Janji benda itu melekat dan mama boleh baca.
4)Nak buat entri khas @ tidak terpulang. *Better buat sekurang2nya seperenggan macam aku. Dah penuh macam kapal titanic. Hehe
5)Letak tajuk entri itu “segmen 1st mama”
6)Dan kemudian , tinggalkan tapak blog anda di ruangan komen entri yang tersebut.

syukri fariz

Thursday 12 September 2013

Kerja hotel suNFLOWER ::


Assalamualaikum dan selamat malam. Fuhh, penat aku hari ini. Hehe. Sori la terlambat nak update blog yang sekian lama sunyi. Aku terlampau sibuk sehingga cinta ke 7 aku ni terbiar di satu sudut . Tapi sekarang masanya untuk aku menemui cinta ke 7 iaitu blog aku ni . cerita tentang 3 hari yang lepas la , aku mendapat 1 panggilan hangit menyatakan bahawasanya aku menang 50 ribu dalam 1 pertandingan diradio . HAHA . OKE fine aku tipu je yang tu. Sebenarnya aku mendapat panggilan yang bermula dengan ucapan salam dan terus ke ayat anda terpilih menjadi ahli keluarga sunflower express hotel. 

Oke itu merupakan kejutan budaya yang mungkin menyebabkan jantung aku beralih dari bahagian bawah kiri ke sebelah kanan. Dunia bagai terhenti seketika. Darjah anugerah penganggur  terhormat yang diturunkan ke atas aku telah dicabut serta merta. Kini aku menjadi seorang ahli keluarga dalam hotel berkenaan. Macam yang aku beritahu pada entri2 yang lepas , aku nak mendalami selok belok dalam bidang perhotelan supaya senang untuk aku menimba pengalaman dan seterusnya membuka hotel aku sendiri. J

Itu merupakan matlamat sementara aku sekarang juga menunggu tawaran degree pulak. Untuk hari ke 3 baru aku dapat menyambung kerja update entri ni. Susah jugak rupenya kerja sebagai housekeeping . Jangan kata senang la. Susah sebenarnya. Tapi yang penting kite dapat pengalaman yang orang lain susah nak dapat . *sebenarnya apply frontdoor . takpelah rezeki kat mana2. Hehe.

Kat tempat aku bekerja tu paling sikit pun dalam sebulan boleh mendapat 20 ribu . Paling banyak pun mau dekat 40-50 ribu. HAHA. Nampak tak permainan dia. Tapi yang tak best cuti Cuma sehari je. HAHA. Takpelah sikit2 kumpul duit . istimewa kat tempat ni ada elaun , bonus,pangkat dan jimat duit belanja . *semua pihak hotel support .

Hmm , dalam keseronokan bekerja itu sebenarnya aku nak kongsi yang kita mungkin akan rasa yang kita ni akan kurang berseronok dengan teman wanita kite. Kalau yang masing2 bekerja mungkin baguslah. Tapi kalau salah sorang yang merindui dari pagi sampai petang rasanya macam menyeksa jiwa diorang pulak.  Aku dah reti kerja tapi macam makin susah nak mengenal masa untuk menghubungi orang tersayang.

syukri fariz

Saturday 7 September 2013

Gembira mengundang masalah ::


Assalamualaikum dan selamat petang. huhu. Akhirnya hari sabtu menjelang tiba. Walaupun sebenarnya hari sabtu masih sama macam hari2 biasa namun aku tetap rasakan perbezaan . Tapi tak kisahlah aku hari ni. Janji ape yang aku buat ni mendatangkan kegembiraan dan rasa sayang yang semakin kuat dah cukup bagi aku.

Ape yang aku nak kongsi hari ini sebenarnya peristiwa berlarutan yang membuat aku tergelak2 hari demi hari. Hehe. Kalau bergembira itu memang tak salah . Yang salahnya bila terlampau gembira yang boleh mencetuskan masalah yang korang tak sangka.
Berikut merupakan contoh2 yang telah diubah dengan ramuan yang cukup mengikut buku resepi dari orang yang berpengalaman … J

1)    Lebih mengenali anak dara jiran sebelah dari ibu bapanya . juga menyatakan hari2 berborak untuk mengetahui latar belakang keluarga berkenaan dihadapan si isteri yang sedang menyiang ikan.

2) Menegur segala animal disekeliling tanpa mengira pangkat ,rupa ,bentuk ,saiz,kepandaian dan segalanya.

3) Bertanyakan khabar kepada kepala bapak gangster yang sedang dalam masalah menyelesaikan bil tertunggak elektrik, air dan pampers anak.

4) Mampu mengingati nama2 ex dan sejarah masa silam di hadapan isteri yang sedang menepuk3 memakai rotan untuk membuang debu diampaian.

5) Menegur bos yang sedia botak dan menyatakan Nampak memancar dari luar .

6) Mengutuk bos di fb , twitter ,instagram dan bermacam lagi . namun malamnya mengaccept fren request boss kununnya tak sedar milik siapakah fb yang menghantar request itu.

7) Saling menceritakan kisah nakal bos di hadapan datin dan menceritakan segala apa yang boss buat sehingga timbul cerita bos miang.

8)  Menegur polis yang sedang berbalas tembakan dengan penjahat dengan tujuan nak membelanja polis2 sekalian minum di warung sebelah lokasi serbuan.

9 ) Menunjuk2 gambar2 awek lain yang dah sedia gembira dengan pasangan dihadapan awek sendiri ketika sedang berjalan2 di tepi sungai besar.

10 )Memuji2 masakan tukang masak dikedai melebihi pujian awek sendiri.

syukri fariz

Wednesday 4 September 2013

Sindrom bulan 9 yang tak diketahui ramai ::


Assalamualaikum , selamat pagi , good morning , காலையில் நல்ல , 좋은 아침 dan bonjour . hohoho . Hari ini dapat sumber energy tambahan dari orang yang tersayang juga dikenali sebagai bear wani. *usah Tanya dari mana aku dapat idea menyeru beliau sebagai yang tersayang di sini walaupun nama dia nur syazwani. Hehe . orang selatan disini sentiasa menyayangi beliau seadanya. Eh ? apesal merapu sepatah 2 kata aku ni ?

Oke masuk topic utama ye geng. Sori la aku terkena sindrom bulan 9 . selalunya bulan 9 ni ramai yang terkena sindrom malas atau dikenali sebagai mauvais , 나쁜 , கெட்ட .


Takde kaitan dengan wanita yang mengandung selama 9 bulan bagai2 tu ye. Ini penyakit biasa yang menyerang orang biasa pada waktu2 biasa dan ketika melakukan aktiviti yang biasa2 serta sembuh apabila buat kerja luar biasa. Jadi cara aku mengubati penyakit ini aku mendaki 7 buah gunung , meredah lautan yang penuh ikan jaws , melepasi sekumpulan singa yang dahagakan daging yang fresh dari Malaysia , dan melepasi pakcik yang memotong rumput di hadapan rumah aku.

Situasi ketika aku mendaki gunung tu aku bertemu dengan seorang pakcik yang duduk digua. Aku sempat la interview beliau memandangkan beliau hidup single di sana tanpa memakai pape. Jadi aku sponsor la seluar levis dan baju cap ayam. Aku bertanya kepada beliau kenapa duduk sorang2. Tak try keluar makan mcd ke main internet kat cyber café. Madah dia gelak aku kuat2. Tapi korang imagine la orang tua gelak takde gigi . camner bunyinya jangan Tanya la. Macam mop lantai gitu. Rupenya dia sedar2 dah ade kat dalam gua. Kununnya dicampak oleh majlis daerah ****** kerana berperangai biadap . aku melepakkan diri di sana selama 3 jam. Agak2 lapar aku segera la pergi ke next destination. Aku sempat la kasi bliau tiket ke legoland tapi kena bawa family. Aku berharap dia dapat la membawa kucing ke kambing biri2 yang dia bela kat belakang tu. *ini berlaku di gunung ke 6 ½ .

Kemudian aku meneruskan perjalanan ke selat Melaka pulak. Aku berkenan ke sana kerana nak berlawan dengan lanun. Hobi kecik2 melastik dah besar melayan karenah penyamun pulak. Tujuan sebenar nak jadi superhero. Tapi bila dah sampai tengah laut jangan kata bendera lanun. Nelayan pun aku tak Nampak. Ke aku salah masuk lautan ? haha. Yang aku Nampak hanyalah penguin. Tetibe kapal selam yang aku tengah drive ni ditendang2 oleh sesuatu. Aku check la dengan penuh gubra dan kerisauan aku menyaksikan sekeliling kapal selam aku penuh dengan ikan jaws. Wahh, mula2 menikmati jugak keadaan. * bila kapten ikan jaws tu dah habis membaca khutbah ,sekelompok ikan jaws tu serang submarine aku. Mula la aku gelabah menyetting ap yang patut . sehingga 1 tahap aku mengibarkan bendera putih berbentuk segi 3 untuk tanda menyerah kalah. Namun dunia aku tetibe jadi gelap. Sedar2 je dah sampai ke daratan.

Haaaa, yang kat daratan nilah bermulanya cerita aku yang extreme . sambil2 itu aku berkenalan dengan seorang yang aku sayang. Aku terlantar diatas katil yang tak diketahui hari ape kerana takde kalender dan henpon. Jadi pakai dongak je . Rupenya hari selasa sebab astro ada tulis. Cehh. Aku terhidu bau sup cendawan di dapur. Dan aku temui budak tu. Wahhh . dia masak sehh. Katanya percubaan pertama . Bila dimakan macam dah 200 kali masak dah. Sedap2 gitu. Aku meminta dia no telefon dia . bila dah dapat aku bukak twitter terus aku upload keadaan. Name si budak tu nur syazwani. HAHAHA. Tak habis lagi cerita dia. Aku dikejar lagi oleh sekumpulan singa yang kelaparan. Tak cukup bedal daging dinosaur dia nak bantai kejar aku pulak. Nasib baik aku dengan kekuatan 200 ekor kuda memberanikan diri menunjukkan buku lima dan kemudian cabut lari. *gila nak hadap singa sorang2.

Fuuhhhh , akhirnya sampai la aku kat depan rumah aku. Aiseymen . Ade pulak pakcik tu potong rumput . Aku paling seram berhadapan dengan mesin potong rumput dari berjumpa dengan bro Najib Razak. Seperti yang dijangka dan mengikut skrip yang tertulis , kepala ku terkena hantukkan batu yang terpelanting dari potongan rumput itu. Arghhhhhhhhhhhhhh . . adoi. Auch dan sebagainya.

Sedar2 je aku dah ada diatas katil dan rupenya aku terlelap akibat kerja yang banyak. Rupenya masalah aku ini setel kalau cukup tido je rupenya. ..

#siapa2 yang membaca sampai habis aku mengucapkan tahniah kerana sudi membaca cerita aku pada hari ini. Hehee. Secara tak langsung lu kena beb. :D salam khamis dunia tanpa perkataan  .
J

syukri fariz

Sunday 1 September 2013

Salam isnin : 26 syawal


Assalamualaikum dan selamat pagi isnin ~ J Bagi yang bekerja jangan curi tulang ye. Pakai internet untuk kerja bukan curi2 bukak fb si awek. HAHAHA. Entri untuk blog aku hari ini bukan bertujuan untuk korang mengelakkan diri dari membuat alasan sempena meraikan hari raya . Sebenarnya memang tak boleh elak pun sebab masa-masa begini lah sanak saudara datang dari seluruh dunia termasuk afrika selatan. Namun akibat kekangan masa dan penjimatan peruntukan untuk internet aku pun terus masuk jelah bab kenape aku tak buat open house.


 Setelah 30 ribu orang menanya aku kenape tak buat open house. Aku hanya mampu mengeleng-geleng ,menaip mesej untuk yang tersayang sambil menjawap soalan mereka dengan penuh kata-kata manja , sadis dan agak romantik gitu.

1) Aku taknak menganggu jalan raya depan rumah. Sebab bila rumah terbuka aku kena pasang khemah untuk tetamu. Macam rumah kawan2. Jadi untuk mengelakkan dari berlaku kesesakan dikawasan itu aku mengambil keputusan drastik dan secara tertutup , menutup topik ini dengan takde rumah terbuka dirumah aku untuk tahun ini.

2) Aku tak pandai nak bajet makanan. Kalau buat banyak orang datang sikit dah berlaku pembaziran. Kalau buat sikit pulak yang datangnya ramai contoh buat makanan untuk 100 orang tapi yang datang 10 ribu orang. Nanti diumpat tak cukup makanan dapat dah dosa . Jadi untuk mengelakkan dari terkena cemuhan @ kutukan di depan dan dibelakang aku pun mengcancelkan tujuan untuk rumah terbuka tahun ini.

3) Kesian kepada kawan2 yang mahu berehat pada hujung minggu. Dapat pulak ada kawan2 yang lain membuat rumah terbuka pada hari tersebut dan sama waktu . bukan sekadar minyak ke destinasi dibazirkan , tapi kebaziran masa untuk pergi makan dan blah.Diorang dalam hati mesti kata yang “bagusnya kalau dia terlupa jemput aku,aku tak makan hati pun , lagi aku gembira dia terlupe aku untuk hari ini je”. Sebab tu aku senyap2 je niat nak buat open house . namun niat di dalam hati sahaja.

4) Kesian kepada perempuan dan abang2 yang dah berusaha mendietkan diri dimusim puasa . kesian lepas raya je kita memaksa makan dirumah terbuka kita. Padahal kita tak tau yang diorang tengah puasa. Yang kite tau jemput makan , silalah makan, tak cukup amik lagi , lantaklah janji makanan rumah aku habis cepat. J Jadi untuk menahan godaan makan seperti diatas aku mengambil keputusan taknak buat open house untuk kawan2 aku.

5) Malas nak bergaduh dengan kawan2.  Puncanya sebab diet gagal . Tak habis2 salahkan kawan2 yang lain .Kite tegur , dengan kite2 sekali kena join bergaduh. Sebab tu taknak buat open house. Biar eratkan siraturahim tanpa pertumpahan air ke baju sendiri.

6) Tak nak kawan2 yang tak dijemput kecik hati walaupun sedulang emas kami tadahkan untuk mereka datang. Kami bukan terlupa tapi terlepas pandang. Senarai list dekat 10 ribu orang. Agak2 terlepas 2,3 orang takpe kod. Kalau 9999 ribu orang terlupe kejadahan apekah. Jadi oleh kerana taknak ada kawan2 yang kecik hati aku merelakan rumah aku takde open house.

7) Taknak berborak, bergosip diwaktu makan. Ustaz ade pesan berdosa buka aib orang. Kalau dah pergi berkumpul ramai2 subjek gossip itu tetibe muncul dibawa oleh orang yang kesunyian dan perlukan hiburan. Disebabkan kuman seekor habis badan kucing bergaru-garu. Sebab tu aku taknak buat open house. Menggalakkan dosa2 kecik berteraburan dibawa oleh mulut2 yang tak reti setia.

p.s Liverpool menang game semalam. Bermakna hari ini hari kegembiraan syaiton ditundukkan :D 

syukri fariz