Followers

Sunday 30 June 2013

Tolong sebarkan perkara ini




Assalamualaikum .Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini


1508: Alfonso de BURQUE menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara... akhirnya dapat juga menawan Melaka
setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P. Pinang yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan

Seminggu selepas Feb 1512, perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso dan di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah. 

Perisik: Selamat pagi tuan. Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang... Antaranya hang sihat ka, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang tidoq ka, hang dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana...

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ...

Hang ok ka?

syukri fariz

Friday 28 June 2013

Ada makna rupenyaaa… KANTOI sana :::


Assalamualaikum dan selamat pagi ! Hari ni pagi2 dah kena bahan. Mana tidaknya bila si kucing aku yang manja ni tetibe selera tinggi macam effel tower . Dah kasi whiskes disepaknya tanpa belas kasihan . kasi patung mainan dia pun macam takde selera nak terkam. Rupenya dia nak ikan kembong rebus. Akhir2 bulan memang selera demand kucing ni. Macam tau je ibu syuk baru dapat gaji. Haip ! fames kau kucing hari ini !

Oke , berbalik kepada cerita untuk hari ini dapat 1 E-mail dari member . Dia kata baru mengalami kemarin. Hari ini baru berkesempatan nak hantar E-mail. Kunun2 macam semalam kat London , hari ini dah sampai kat belakang rumah aku dah.. Email dia bertajuk “baikkkk ade maknalah tuuuu”. Eh, tadi tu tajuk ye.

1)    Bila si suami yang memang famous dengan ketegasan ,keganasan ,sikap tak romantik dan kedekut tiba22 balik rumah dengan muka tak lekang dengan senyuman hingga paras telinga sambil22 membawa selori dihiasi bunga22an. Dan juga disertakan surat kebenaran menambah cawangan  diselit22  diantara bunga matahari dan bunga tahi ayam.

2)   Bila si awek yang payah nak tepon . sms lagilah.. nak jumpe ? lagilah payah .. tetibe baik hati nak jumpe .nak menolak dia kemukakan pelbagai alasan dan salah 1 kunun22 nak tunjuk hati masih sayang dan setia. Namun tempat berjumpa di shopping complex dan pasaraya terkemuka sahaja.


3) Bila anak yang malas dan tak boleh diharap langsung tetiba rajin tak kena tempat . Benda yang tak disuruh habis dikerjakan tanpa meninggalkan kesan . Dah selepas selesai muncul dengan menghulurkan tangan mahu meminjam wang dengan menggunakan skim pinjaman wang tanpa pulangan dan faedah.

4) Bila pekerja yang selalu ponteng keje ,lepak tepi tangga dan menggunakan masa di pejabat dengan menjual kuih raya dan baju raya tiba22 datang awal dan mengemaskini data sehingga terbitnya matahari keesokan harinya.Bila diperiksa rupanya tidak mahu terlepas bonus hujung bulan .Takut tak dapat…

5) Bila kawan yang paling hipokrit , talam 2 muka , muka tembok , suka jaga tepi kain dan pelbagai lagi datang ke rumah sambil22 membawa buah tangan dan memuji kita serta mengikuti apa sahaja yang kita arahkan. Rupenya dia baru dapat anugerah Encik Bangkrap.

syukri fariz

Kenapa kedai makanan itu tiada orang ??



Assalamualaikum dan selamat pagi , hari ini hari JUMAAT. Jadi lelaki muslim ramai yang meluangkan masa kat mesjid2 di kawasan berdekatan. Tapi selepas solat jumaat perut pulak menyanyikan irama dondang sayang. Kalau sekejap mungkin tak terasa. Kalau lama nauzibillah pedihnya. Hehe.  Jadi hari ini nak bincang pasal kedai yang aneh @ bahasa mudahnya takde orang yang nak singgah situ.

1 ) Sebab orang yang lalu lalang tertanya-tanya kenapa takde orang yang test makan kat sane dan akhirnya orang pun berlalu pergi sambil orang seterusnya pun sama tertanya-tanya sambil tuan kedai kelihatan terpusing2 *backflip .
2)Sebab makanan kat sana tak sedap . sebab dah rasa,dah test,dah cuba dan merasainya.
3)Sebab pelayan kat sana dia ambil pekerja lelaki. Cuba ambil pekerja perempuan yang cun melecun ,tentu kedai itu dipenuhi orang bak kata pepatah umpama stadium larkin dipenuhi penonton.
4) Sebab tukang masak kat kedai itu hodoh, selekeh dan tak utamakan kebersihan diri. Baru pegang tong sampah terus memasak. Bila masanya nak basuh tangan. Pengotor!
5) Sebab kawasan sekeliling kedai itu umpama zoo Negara dan tanah simpan kerajaan. Setiap 3 minit ada je gajah dan memerang lalu. Tu belum lagi burung unta bergaduh dengan semut. Entah kelam kabut kedai.



6) Sebab makanan mahal gilerrrrrrrr*saje panjang r sebab terlampau mahal. Makanan ciput tapi mengalahkan harga makanan kat hotel dan makanan dalam kapal terbang air bus 380 !
7)Sebab status makanan tu halal ke tidak. Kedai makan bertampal2 ayat-ayat suci AL-QURAN tapi pekerja nya entah solat ke tidak. *teringat kawan perempuan syuk makan kat kedai masa hari jumaat. Orang melayu yang keja melayan tetamu dengan tukang masak leka menghisap rokok kat dalam kedai.
8)Sebab yang bekerja kat sana semua kaler hitam Nepal  . bukan coklat melayu. J

Errrr, kalau dah baca boleh la follow ke komen ke. Memang syuk akan buat perkara yang sama selepas itu . oke itu je. TQ

syukri fariz

Tuesday 25 June 2013

Jenis2 manusia yang wujud ::


Jenis2 manusia yang wujud time jerebu dan
tanda tandanya :

1) Camwhore :
Pakai topeng jerebu kemudian upload ke
instagram, FB, Twitter, whatsapp dan sebagainya.
Geng mulut itik mula berasa terancam sebab fenomena mulut itik bakal pupus.

2) Geng Ustaz Tahyul :
Asap jerebu ialah asap dari neraka. Kemudian
semua Melayu angguk percaya dan share, ReTweet
sebanyak mungkin. Duduk rumah taknak kerja pasal takut berselisihan dengan dajal lakhnatullah.

3) Geng Peramal Kiamat :
Tanda2 awal kiamat,
asap keluar berkepul2 dari perut bumi, 40 hari jerebu.

4) Wartawan Wannabe :
Setiap masa akan update status pasal jerebu, jerebu,
dan jerebu.

5) Geng Lawak Hambar tapi cukai nak :
Cuba kaitkan jerebu dengan asap rokok.

6) Geng dengki sesuci biawak:
Cuba kaitkan jerebu dengan pembakaran suar (flare) di stadium.

7) Geng Meroyan :
Tengok jerebu, masuk dalam bilik, salin baju tebal2, snap pic. Ambil gambar pastu update status. "sedang bercuti di Kutub Utara"

8) Budak2 PBSM :
Jerebu semakin teruk. Jaga kesihatan wahai
sahabat. Banyakkan minum air dan jangan lupa penutup
muka.

9 ) Geng Romeo :
Cuba manipulasi isu jerebu untuk kelihatan
romantik. "Setebal2 asap jerebu, tebal lagi cinta abang pada ayang".

10) Geng Takde Masa Depan : Mengharapkan darurat dan sekolah ditutup.

11) Geng Detective Conan Pemecah Code Rahsia :
Mengatakan JDT bermaksud Jerebu Dah Teruk.

12) Geng _________________ :
(isikan tempat kosong, 20 markah, jwb tanpa menggunakan pensil 2B, setelah selesai menjawab, kertas jawapan letak tepi dan angkat tangan)..

syukri fariz

Sunday 23 June 2013

3 Email dari sahabat Blog ::


Assalamualaikum and very good morning kepada pembaca dan pengkomen setia blog aku. Hehe . ye , hari ini jerebu masih menunjukkan taringnya yang tak berapa tajam namun mengaburkan mata aku pulak. Awal Pagi2 nak kasi kucing makan pun fikir 2,3 kali nak bawak masuk sekali kucing ke just kasi makanan dia kat luar saje. *awal2 pagi dah berfikir . hola3 , alang2 dah keluar kasi kucing makan aku pun pegi la kat menonlinekan diri kat alam maya di ruang lepak taman.

uh ? kawan aku email  3 berita . Rajin betul beliau. Yang pasti berita first dia pasal bola. HAHAHa. 


Kejadahan apekah yang metro ini edit. Apa yang pasti aku ini asal dari selatan tanah air jadi kena la sokong pasukan bola tanah tumpah negeri aku kan. Lagipun sejak penukaran nama pasukan dan keluar masuk pemain JOHOR DARUL TAKZIM , bumi MALAYSIA menyaksikan perubahan mendadak dari segi jumlah penyokong dan gaji haram FAM . Kalau tak dulu bola krik krik krik je. Sekarang sampai rempuh2 pintu pagar stadium semata2 nak menyokong pasukan kegemaran. Dan baru2 ni aku dah terima 1 jemputan menjadi ahli Boys Of Straits . itu nama kelab penyokong ultras JOHOR yang rasmi. HEHE. Moga2 JDT menang piala FA dan berpeluang menjuarai liga super . aminnnn..


oke email ke 2 pulak pasal aurat. 


Ini pic yang latest ambil dari fb katenya. Tapi kalau spesis sebegini tak dibendung @ lebih jelas dihapuskan ,mungkin kelak akan meracuni fikiran budak2 sekolah . tak cukup budaya hidup mereka yang bebas ,diracuni pulak dengan fesyen tak cukup benang. Memang kubur lain2 , tapi kalau dah memekak sebelah kubur orang lain tau tak pencemaran bunyi namenya. Senyap2 sudah.padan lah muka kau.nasihat taknak dengar. 


Email ke 3 pulak , yang ni buat aku jeles. Kawan aku tu dah sampai level 88 candy crush .

 Ni yang takleh tahan. Aku baru level 32 . itu pun terkandas sejak minggu lepas. Siap printscreen cakap susah lah nak kejar pro syukk , HAHAHA. *harap maaf printscreen takleh tunjuk. Nanti aku rasa terkilan. 

Hehe . oke itu sahaja laporan untuk entri kali ini. J

syukri fariz

Saturday 22 June 2013

RUPENYA HARI INI HARI…….


Assalamualaikum dan selamat petang,hari ini aku mengarang entri  dengan keadaan yang panas terik , masalah jerebu dan juga masalah pencemaran bunyi *sebab duduk kat belakang hospital . Mulanya aku segan nak buat entri ini atau double wordsnya nak buat tapi taknak kongsi. Tengah2 pagi henpon berbunyi membangkitkan aku .rupenya hari ini birthday si dia.

22 JUN 2013 ni genap la sudah 21 tahun beliau bernafas di muka bumi ini. Dan maka dengan tu kompom la beliau bermandikan telur dan tepung. *harap2 berlaku kat UTM sane.  Lupe pulak nak intro siapakah gerangan yang dimaksudkan . Dia ialah Nor Hidayu Bt Md Noh. Si pemilik blog <http://cikayuekechik.blogspot.com/> . hehe . *lame menghilang dari dunia blogger sebab kesesakan dan desakan aktiviti di UTM rasanya. Sebenarnya duduk 1 negeri pun susah nak jumpa . lagi2 skudai tu kawasan panas bagi aku. Masuk UTM pun jumpe kawan pastu terus angkut naik kete pegi city square ,teberau bagai. Takde nak lame2 kat skudai. Hanya genius2 je dapat tahan dengan keadaan dalam tu.

Last jumpe pun masa kat PLKN . lokasi kejadian kat Kem Padang Hijau , kluang.*kawasan daerah dia pulak tu.  Tapi dia tak perasan kewujudan aku . HAHA. Aku je perasan dia sebab dia tu seorang yang aktif dan agak tergopoh2 orangnya. Kadang2 suka kembangkan pipinya .  pelik jugak aku tengok mula2 bila masuk kem. Apasal ade budak kecik masuk kem ni ? kang kena buli siape nak jadi hero ? tapi semua tu terjawap bila dia tetibe 1 company dengan aku dan dia dilantik ketua bagi group perempuan. *Masa tu la semua tanggapan 1 kem tu berubah. HAHA.  

Nak ucap kat facebook macam dah tau awal2 jawapan dia. Mesti dia takan baca ucapan aku. Atau pun tak perasan. Selama ni pun dia bukan perasan komen aku tu. Hehe. So, aku buat keputusan karang kat blog je. Kalau dia perasan baguslah. Kalau tidak lantak dia lah. Pape pun SELAMAT HARI LAHIR , SEMOGA DIRAHMATI ALLAH SELALU DAN SEMOGA CEMERLANG DALAM HIDUP.
it's not about the cuteness , it's about the coolness”  ….


ketekunan dia belajar kat matrik dulu 


oke yang ni dia dengan kawan dia blogger jugak 

\\

wajah si ceria selepas selesai membedah tikus rasanya



haha ,yang ni masa raya kodd


yang last ni lagu khas untuk kau ye. Semoga kau dapat sahabat yang betul2 dapat menjaga hati dan perasaan kau kelak. J

syukri fariz

Wednesday 19 June 2013

Contoh resume bagi yang memohon kerja ::


Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini walaupun kat luar RUMAH penuh dengan jerebu tebal namun aku tetap memilih hari ini untuk mengupdate entri KHAS kepada sesiapa yang nak cari kerja.. peluang memang terbuka luas.. Tapi kalau diminta resume dari syarikat @ bakal tempat kerja ini cara2nya..pakai contoh resume untuk pelajar Medical Laboratory Technology .

1. Print resume banyak2 siap dengan gambar, gambar print warna je..(tapi gambar formal)..
2. Buat cover letter, contoh boleh tengok di internet..
3. Cari alamat hospital atau private lab yang ingin dihantar..
4. Sebelum alamat tulis 'human resource department', lepas itu sambung dengan alamat..
5. Guna poslaju, kalau berdekatan pos by hand sahaja..
6. Untuk alamat, boleh google, list of private hospital, private lab in kuantan for example.. ni ada alamat < http://www.mm2h.net/private-hospital-map.html >

7. Apa yang tidak harus dilakukan masa nak apply kerja ni:
i.  Jangan guna email yang zaman kanak2..contoh: cutebaby@yahoo.com..  JANGAN!
ii.  Demand gaji terlalu tinggi , contoh: 5k..
iii.  
Buat resume sampai 16 helai, penat den nak baca!
iv.  
Tak letak gambar di resume..
v.  
Detail pengenalan diri tak lengkap, especially fon no, lepas hantar resume ni kene selalu alert dengan handphone…
Ni pun lecturer kolej syuk yang beritahu. Apa2 perubahan dan cadangan sila beritahu di ruang komen ye. Untuk memudahkan proses kawan2 yang lain membuat resume mereka. J


syukri fariz

Sunday 16 June 2013

Genap sudah 3 bulan bersama dia ::


Assalamualaikum dan selamat petang J hehe. Hari ini 16 jun 2013 juga cuti hujung minggu~ Maaflah kalau permulaan entri ini tak berapa menarik sebab masa entri ini ditulis aku tengah dalam keadaan separuh sedar. Kunun2 letih sebab keje part time jadi driver ibu sepanjang masa.  Tapi tujuan aku mengarang cerita pada hari ini adalah kerana hari ini hari ulang bulan kami yang ke 3 !! kejap je dah masuk bulan ke 3. Rasa macam baru je melamar semalam. Hehe.


Si Pasangan yang aku pilih ni namanya NUR SYAZWANI . Dia ni adalah budak yang ceria dan sering kali bermain bola sepak di dalam hati aku. Kadang2 dia sepak jantung , paru2 dan hati aku . kalau ade problem je mesti muka dia dulu keluar dalam hati ni. Entah, dialah punca dan dialah jalan penyelesaian . hehe. Tapi cara dia ni sebenarnya nak aku ambil perhatian lebih kepada dia kod. *maaf ye wani aku tersorok yang ni. Aku tau kau ni sunyi sebenarnya dan aku cuba sedaya upaya menceriakan kau.


Aku menikmati hari yang indah walaupun dia takde kat sisi tapi semangat dia sentiasa je berlegar2 kat sebelah aku. Sampai nak kelip2 mata kat perempuan pun rasa serba salah je..*sori wani aku sorok lagi pasal ini. Cerita ni pun aku dah edit 3,4 kali sebenarnya dan last edit pun time tu aku kat tepi laut tengok orang mancing ikan. Tapi kesian la kat pakcik yang mancing tu. Dia dapat ikan kecik ,kiut pulak tu. Hehe. Ha, nasib baik tak lari tajuk last edit tu aku tengok ombak yang mendatang ,  rasa tenang je.


Aku mengamalkan falsafah ini dalam kehidupan aku tau wani. 3 things I want in a relationship , Eyes that wont cry, lips than wont lie, and love that wont die” .  walaupun ciplak dari citer orang putih.  Boleh copy sebab sama kulit coklat . tak sama ? haha. ianya selepas orang putih tu jatuh tergolek ke dalam kawah coklat , maka dia pun jadi kaler coklat macam aku. J hehe. *aku tau kau tergelak baca ayat ni. Tarik pipi kau kang.



Tu dia budak wani berposing semata2 untuk blog aku yang sunyi



Nak tulis panjang2 macam segan pulak. Takpe setel dalam telefon ye wani. ini pun aku karang untuk koleksi kite. Kalau tak puas hati bila jumpa tu kau tumbuk2 lah jantung aku ni. Kalau masih berdenyut aku menang. Hehe. Jadi kawan2 maaflah tak dapat kongsi lebih. Thanks ya sebab jadi saksi secara tak langsung. Hehe. Salam J


syukri fariz

Wednesday 12 June 2013

Entri untuk hari ke 2 pengangguran selepas diploma ::


Assalamualaikum dan selamat petang ! Hari ini aku update entri tapi rasanya terlampau awal. Disebabkan kebohsanan level 44 , aku dah tak tau nak buat ape selepas cuci baju , mop lantai dan kemas tempat tidur. Jadi conclusion nya aku pun melepakkan diri di dunia blogger. Sambil2 menaiki kenderaan bernama lelapy ( lappy aku punya nama ) aku pun meneroka ke seluruh inci persegi blog3 yang ada .
walaupun aku berjalan-jalan dikawasan mereka , aku sempat membaca story-mory mereka dan meninggalkan jejak dengan harapan mereka beraya ke halaman aku pulak. 

EHEM3 , Jadi story aku pada hari ini ialah CARA MENGURAT YANG TAK BERAPA NAK CANGGIH  (tak patut diamalkan, tapi sekadar gelak3 petang nanti) ::



       Orang tua2 pesan “kalau nak mengurat seseorang kena bermula dengan mengurat ibunya”. Kali ini korang kena mengurat ibunya sampai anak dia yang tenson.

Sebelum nak mengurat kaji dulu kesukaan awek tu. Kalau suka kucing korang pun menyamarlah jadi kucing. Kalau suka karipap silalah menyamar menjadi karipap. J

Cara lama tapi diupgradekan. Sebagai contoh jangan mintak no telefon. Tapi mintak no acc bank , acc facebook , ic no dan paling penting no surat beranak untuk kenalpasti dia warga Malaysia ke Nepal.

Setiap kali Nampak awek cantik segera pura2 kena sawan. Paling tidak pun hiraukan pandangan orang lain. Janji dapat perhatian dari dia.

Kalau stail sawan tak menjadi pakai stail meneksidenkan diri. Mula2 pakai basikal.kalau dia buat tak kisah pakai kereta kebal dan kapal selam.


Buat2 jadi imam , tapi pastikan keselamatan korang agar sentiasa hidup selepas tu. Supaya ada masa taubat.

Dan cara terakhir ialah terus ajak meminang. Bawak siap2 machine gun , askar wataniah , bomoh hujan . kalau family diorang tak faham korang try lah kat family yang faham .



HEHEHE. Cara2 diatas ini amatlah tak digalakkan dalam perhubungan .tapi sesuai bagi yang nak merasa percutian indah 14 hari 13 malam di atas katil hospital. Sekian…..


syukri fariz

Sunday 9 June 2013

Aktiviti pertama selepas Diploma ::



ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang. Hari ini aku nak berkongsi tips-tips memilih warna kereta.Bila berkata tentang kereta kita mesti melihat padanan warna . TAPI terpulang la pada yang memilih tu.

BIRU:
Orang yang suka biru itu dikatakan seorang yang romantik. Tetapi bila diorang pilih kereta warna biru  itu bermakna orang itu terdesak atau nak pakai sangat. Nak tunggu warna idaman lambat. Jadi terima jelah stok yang tak laku.



PUTIH:
Putih melambangkan suci dan bersih. Tapi bila korang pilih kereta warna putih ni sebenarnya korang ibarat topeng la. Luar je Nampak suci tapi di dalam berkarat. Tak percaya cuba bukak kereta yang berkaler putih dan tengok di dalamnya. Tentu bersepah. Tu baru kereta , belum rumah lagi.



Merah:
Merah melambangkan seorang yang ganas . tapi bila korang pilih yang kaler merah takde la garang mana .sebaliknya digelar penakut.kononnya dengan guna kereta merah orang akan takut walhal sebenarnya korang hanya nak mengaburi mata diorang je.


HITAM:
Hitam melambangkan mahal. Tapi sebenarnya bila korang pilih kereta warna hitam ,takda la kaya mana. Biasanya difikiran pemilik kereta hitam ialah tak perlu risau basuh setiap minggu.Pasal kotor pun tak Nampak, jadi duit pun jimat. Jadi pendek kereta pemilik kereta hitam ni pemalas. 



HIJAU:
Hijau melambangkan seseorang yang mencintai alam .tapi biasanya tak banyak pakai sebab kereta berkaler camtu tak semua orang perasan . macam pokok. Jadi biasanya seminggu dua pemilik akan menukar kaler dengan muka pasrah.



OREN :
Oren melambangkan suka membantu. Bila memilih kereta warna oren korang memang suka membantu orang lain tapi mengharapkan balasan,sama ada menumpangkan kawan atau apa sahaja pertolongan asalkan mendatangkan untung.


Memilih kaler kereta pun kadang-kadang merungsingkan. Tapi pepatah taylor swift , “Buy a heart is like Buy a car”. HAHA. So, kaler ni tak penting pun. Janji bawak orang yang tersayang menuju ke destinasi dengan selamatnya. J



syukri fariz

Friday 7 June 2013

Kiut tak diaaaa ??? hehe. Entri khas untuk budak kedah ::


Assalamualaikum dan selamat malam., Hari ini aku telah berjaya membuka hati dan paru-paru semata-mata untuk mengupdate entri . Today ya tengah-tengah malam yang disinari cahaya bulan dan bunyi teriakan kucing bergaduh kat belakang yang berebutkan awek maybe , aku menerima 1 kejutan budaya yang menginspirasikan aku dan maka dengan itu terciptalah 1 cerita yang difantasikan untuk tontonan orang ramai .*tapi diutamakan kepada pembaca blog aku sahaja.

Sedang aku mencari idea untuk berkarya untuk keesokan paginya , tetibe aku mendapat signal iaitu notification dari facebook yang menyatakan ade ura-ura memerli aku dari kedah. Rupenya adik angkat aku yang ke 3 iaitu AIn yang hensem(pemilik blog http://miszhahaha.blogspot.com/)telah memasukkan gambarnya yang terbaru. Idea dia tu Berjaya mencetuskan pelbagai spekulasi yang bukan-bukan mulanya. HAHAHA. Sambil-sambil melting aku tengok. Pandai bergaya budak ni rupenya. Dengan kasut supra , baju kapal titanic dengan sweater rimau yang dikuis kulitnya.


1 kejutan sebab aku ingat dia pun main-main pasal sweater tu. Aku pun mati-mati tak percaya mula-mula.  Tapi sebenarnya aku selaku abang angkat dia takan la tak percaya kat adik dia kan. Aku main ler game bola kat lappy ni. Bila dah menang 4 kali kalah 2 kali aku beritahu la kat ain yang aku menang game bola. Tapi macam biasa lawan team kuat macam Chelsea ,man u tu celah-celah kuku je aku menang. Lawan team lemah pulak gila-gila aku kena rogol. Pelik dan aneh stail game aku ni. Teros aku Habaq kat dia yang aku menang game tu, dia ragu-ragu nak percaya jugak mula-mula. *oke aku dah penat nak taip ayat berganda3 ni. . tapi malam ni zup zap dia upload pic dia yang chumil dan terserlah kehenseman dia di mata dunia. HAHAHA. Mohon dia tak tido bukak mata . kang aku dipersalahkan.


Aksi si budak kedah beraksi dihadapan kamera . terserlah tak  ?


Nur syazwani pesan kat aku “aku kagum dengan lu ain memang terserlah kecomelan,kekiuutan .siyes gempak fantasi weh. Aku sendiri tengok pon naek khayal tenung wehh sampai syuk sendiri jeles wakaka.wa lu memang awesome wa punya akak angkat.muahhh, , haha. *maaf bahasa dia ni kadang3 macam makcik3 sebelah lorong aku . harap para pembaca faham isi dalam ni ya. Pelik3 je awek aku ni. Bahasa macam haremmm.


syukri fariz