Followers

Tuesday 29 October 2013

26/10 sejarah menyambut ::

Assalamualaikum dan selamat pagi~
lama tak update awal pagi. Tapi hari ini aku update sebab rasa idea datang bergolek2 dek suasana segar awal pagi dengan bunyi pon3 depan jalan rumah aku ni. Rasa macam ternak kambing biri2 pulak (padahal jalan jem di awal pagi) .


oke dah setel pendahuluan yang keterlaluan yang diubahsuai oleh pereka ayat paling berbisa di johor iaitu aku. HAHA. Idea yang aku nak kongsi ini sebenarnya dicungkil dari peristiwa 26.10 lepas . Sebenarnya tak baik untuk aku menghuraikan tanpa mintak izin . Tapi disebabkan awal pagi yang sweet dan kegembiraan selepas awal pagi subuh aku tetap teruskan mengupdate dengan tabah dan redha . Entri kali ini bertajuk “Hadiah hari jadi super tahap penguin level 33 diadun sebati dengan rempah ratus yang dibawa khas dari Mumbai !” merapu tajuk aku kan ? Dipendek cerita ia bertajuk kejutan hari jadi yang tak wajar dicontohi oleh para pembaca blog ! KALAU tak sengaja takpe. 

1) Culik kawan korang itu dan sumbat dia dalam bonet kereta sementara  menunggu dia menangis teresak-esak supaya dilepaskan baru keluarkan dia dan surprisekan dia dengan kek hari jadi.

2) Pakat dengan doctor supaya menyain surat sakit tahap level 4 untuk mengame kawan anda. Padahal kawan anda tu datang untuk check kumpulan darah jenis apa je.

3) Belanja kawan anda rokok tapi rokok yang sudah diubahsuai.(dikeluarkan serbuk didalam dan gantikan mercun cili ) CAUTION ! pastikan handphone ditangan dan ready2 dail 999.

4) Letak gambar bergambar bersama2 perempuan lain di atas kek dan mensurprisekan dia dengan menyatakan dia adalah isteri saya ke 3.

5) Pakai kereta kawan dan bila pulangkan semula disertakan 2-3 saman trafik akibat salah laku di jalan raya .

6) Beli sesuatu yang mahal kemudian klipkan semula harga dan kemudiannya dihadiahkan kepadanya.

7) Tinggalkan di hutan yang tebal @ highway yang sunyi .

8) Cabut tayar keempat belah dan gantikan dengan batu bata (tayar campak kat sungai).

9) Makan mewah2 dan kemudian tinggalkan member anda meraikan hari bahagia sepenuh masa di restoran itu sendirian.

10) Pinjam duit kawan itu dan tukar kepada aiskrim dan hadiah kepadanya sambil berkata “ini adalah magic”, percayalah .

11) Tulis nama kawan itu dan emailkan ke pejabat2 suratkhabar dan nyatakan ada budak hilang.

12) Sediakan sebuah kotak besar bukan letak hadiah tapi longokan barang yang dicuri sepanjang tahun lepas.

13) Dengan muka manis muka tekapkan kek sebesar buah tembikai ke muka sasaran .

14) Kawan order air tembikai susu tapi korang ubahsuai dengan meletak susu, sos,sambal blander, kicap dan pelbagai perisa yang dibenarkan. Garenti terangkat bila minum beb. Setakat ni takde yang terus bye3.

Segala yang dikarang ini hanyalah perancangan rapi dan segala yang korang buat aku tak dapat nak menjamin keselamatan mahupun nyawa korang. Mungkin korang dapat bernafas lagi di muka bumi tapi menggunakan mesin oksigen hospital setelah koma beberapa hari.  Tapi apa yang paling penting ialah syukurlah MALAYSIA MASIH AMAN.

#nak update pagi tapi internet slow , jadi delay ke petang J
#selamat hari jadi sayangku Nur Syazwani. Hehe

syukri fariz

Friday 25 October 2013

Kalau binatang ada FACEBOOK, mesti status ni keluar kat HOME kan ?


Assalamualaikum dan selamat berbahagia tuan pengerusi majlis. Para pembaca blog yang dihormati, disegani, diganasi, ditangisi,dicemburui dan juga disayangi. Tujuan saya membuka  langkah bicara pada malam yang penuh suasana seperti di korea selatan ialah kerana aku merindui blog yang merupakan kekasih ke 44 aku. Blog aku ni dah lama bersawang. Mesti korang rasa aku lupe korang kan ? takde la aku nak lupe sebab aku ni sedang mengumpul duit untuk masa depan. Hehe . lagipun baru2 ni hotel aku ni manjang full house je. Aku nak bebas sikit pun waktu malam je.

Tapi biasa la dengan si budak nakal penenang jiwa aku nur syazwani tu. Pagi petang tak message sangat gara2 menghormati tugas aku. Takan aku nak abaikan dia pulak. Tapi aku tak bermaksud abaikan korang ye. Aku sambil2 message wani tu aku mencari idea. Dan aku temuiiiiinyaaaaaaaaaaaaaaa. HAHAHAHA. SO, my entry for tonight is how the animal if they have facebook . tralallaa. Opocot speak queen orang London pulak. HAHA. Janji korang faham isi entri karut aku ni kan. :D

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Atan.. kenyang beb, Alhamdulillah.. Murah rezeki malam ni..*443 animal likes
CICAK : isteriku tersepit pintu.. Menduda lagi kali ke 24..*300 animal likes
KUCING BETINA: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawap apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.” *4.3k animal likes
AYAM : Boh, kalu esok kawe tak update status, maknonyo kawe keno goreng doh.. I luv u all.. Jangan lupo wat kenduri arwah untuk kawe deh..*220 animal like
NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa *120 animal likes
KUCING JANTAN: Baru je tweet awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!! *99 animal likes
KHINZIR : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kau... agak-agak laa weyh *30 animal likes
Lembu: Aku baru je menyaksikan upacara korban di depan mata aku. Mungkin kejap lagi turn aku pulak. babai dunia. *status lembu 30 minit lepas sebelum dikorbankan. *1.3k animal likes
Kuda : Pakcik PSY dah lama tak gangnam style . dia dah baik ke sembelit tu ? *663 animal likes
Rusa : minyyu yepas uncle ittew enew embak at leher. Teyus mattyyy. Nyeryyy. >.< *204 animal likes
Kura-kura : burpppp burpppp burpppp. *479 animal likes
Musang : what the fox said …..

syukri fariz

Monday 14 October 2013

Bulan ke 7 ::


Assalamualaikum dan selamat malam. Hehe, hari ini entri khas yang aku ubahsuai dan aku telah masukkan segala isi cinta aku pada NUR SYAZWANI memandangkan 16/10 ni ulang bulan kami yang ke 7 . J



Si dia yang memang suka ambil kesempatan , menjimatkan masa dan suka bermain lastik jantung aku yang memang menunggu ditumbangkan sepenuhnya. Hehe. Oke , sebagaimana korang tau yang bulan lepas dan lepas33 memang aku mengarang entri khas bulanan untuk si dia . Bukan kerana mahu menunjuk tapi nak mengongsi cerita kepada sahabat dan pembaca je. Yang dah kahwin tu kalau dah kahwin jangan pura2 macam baru kapel. Nanti Nampak pelik. Haha.

Walaupun corak permainan kapel aku ni berbentuk 4-4-2 (love love ko) , agak ganas tapi memang aku ni jahat. Nak taknak dia kena pasrah la kan. Haha. Tapi memang sungguh aku Cuma punyai dia je. Taknak ada penghujung . kalau memang jodoh tu setiap orang ada, Cuma kena pandai menjaga sahaja. J aku ada lagu yang klon kpop aku nyanyikan. Hahaha. Aku mintak dia nyanyi . skrip dari david teo pulak tu. HAHA.

HENRY- 1 4 3 ( I LOVE YOU )


Apabila kita bersama-sama , saya boleh memberitahu hanya dengan melihat di mata anda ( uh uh )
Apabila aku datang ke rumah, aku tidak tahu apa yang hendak dikatakan

Semua yang aku katakan adalah masih begitu janggal
message dia masih terlalu sukar
Aku membuka kamus dan satu demi satu, ingin tahu, ingin tahu, namun aku tidak tahu

Aku menghantar 143
Aku masih tidak dapat meluahkan perasaan saya dengan kata-kata wah oh oh
Menghantar 143, ia bukan hanya permainan mudah nombor wah oh oh
Aku suka anda 143, awak adalah 486
Menghantar 143, kita begitu berbeza
Menghantar 143, ia masih sukar
Ia bukan sahaja satu permainan yang mudah bilangan 143

Seluruh Pelusuk hati berkata pada orang yang aku tuju , aku gagap , apa yang aku katakan?
Aku kelihatan buruk kerana aku terus mendapat malu, ia adalah mengecewakan, sila tahu hati aku , tahu hati aku !

Semua yang aku katakan adalah masih begitu janggal
message awak masih terlalu sukar
Aku membuka kamus dan satu demi satu, ingin tahu, ingin tahu, aku tidak tahu

Aku menghantar 143
Aku masih tidak dapat meluahkan perasaan aku dengan kata-kata wah oh oh
Menghantar 143, ia bukan hanya permainan mudah nombor wah oh oh
Aku suka anda 143, awak adalah 486
Menghantar 143, kita begitu berbeza
Menghantar 143, ia masih sukar
Ia bukan sahaja satu permainan yang mudah bilangan 143

Aku tidak dapat meluahkan hati aku , ia seperti sebuah filem senyap tidak berkesudahan
Bagaimana, siapa, apa, bila atau di mana , drama terus mengulangi
Kami tidak bercakap tetapi kita yakin dalam tanda-tanda masing-masing
Sebab 1-4-3 4-8-6 awak adalah aku dan aku suka awak dan bagaimana awak suka saya?

Aku menghantar 143
Aku masih tidak dapat meluahkan perasaan aku dengan kata-kata wah oh oh
Menghantar 143, ia bukan hanya permainan mudah nombor wah oh oh
Aku suka anda 143, awak adalah 486
Menghantar 143, kita begitu berbeza
Menghantar 143, ia masih sukar
Ia bukan sahaja satu permainan yang mudah bilangan 143

Wah Wah 1-4-3 1-4-3 Yey Yey - - Ya
Ia bukan sahaja satu permainan yang mudah bilangan 143

Wani kau jangan terjoget pulak. sarange :D cakk. HAHA

syukri fariz

Thursday 10 October 2013

Jom kita kentut ::


Assalamualaikum dan selamat petang. huhuuu . Maaf baru2 ni tak berkesempatan nak travel kat blog korang , banyak kerja pulak kat alam nyata ni. Jadi diutamakan dahulu di sana, haaa. Sekarang mungkin dah free sikit. Jadi aku update la blog tanpa rasa segan dan silu. Hehe .

Entri hari ini berkisahkan tentang kelebihan kentut.
Oke. Tajuk agak dahsyat tapi diambil dan diubahsuaikan mengikut kata profesor2 dari seluruh muka bumi. Jadi sila membacanya tanpa rasa nak terkentut. J

Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila tengah keluar dengan lelaki.

Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut.

Adat la tu dah nak terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata ”Eh! Makan apa kentut busuk dan bunyi kuat sangat ni???“ Dan secara outomatik lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata ”Tak senonoh la…“ sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.

Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok…bagaimana kentut mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan semakin menghormati.. kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu..

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.


syukri fariz