Followers

Monday 30 December 2013

Insan bernama siti ::


Assalamualaikum dan selamat malam . huhu . hari ini masuk kerja pukul 8 lagi. Memang saje nak menguji kesabaran sebab semalam game bola melibatkan pasukan aku kat England sana. Tapi aku sebenarnya taknak campurkan urusan peribadi . Dan sekarang ni focus urusan kemaskini blog bagi tahun 2013 yang kian hampir nak tamat ni .
Bulan 12 yang dinanti kian sampai ke penghujung. Mula la kite semua set azam baru untuk tahun depan. Yang tak tertunai tahun ni memang kena dibawa lagi azam tu sampai la tertunai. Jangan azam nak awek macam Neelofa  , Rosham Nor sudah. Nanti aku beli cermin saiz tapak tangan siap free post kang. Hehe.

Makcik SITI , pinjam kejap ye muke :D thanks ,lalala


Aku tengok dan perhati ramai perempuan yang memakai nama depan NUR yang bererti cahaya kan ? Tapi cuba perhati yang pakai nama SITI tu pun tak kurang hebatnya. Tapi fakta ni diambil mengikut keistimewaan bangsa melayu je. Hehe. So , check this out !

1)Kalau kahwin dengan orang TNB , anaknya nanti bernama ELEKTRIK SITI .

2)Kalau kahwin dengan anak PROFESSOR , anaknya nanti bernama UNIVER SITI.

3) Kalau kahwin dengan anak MEKANIK JEPUN, anaknya nanti bernama HONDA SITI.

4) Kalau kahwin dengan anak PEMILIK STADIUM , anaknya nanti bernama MANCHESTER  SITI.

5) Kalau kahwin dengan anak ARTIS HOT , anaknya nanti bernama PUBLI SITI.

6) Kalau kahwin dengan anak YANG ABANG KEMBAR , anaknya nanti bernama TWIN SITI.

7) Kalau kahwin dengan anak MENTERI PERLANCONGAN , anaknya nanti bernama SITI SITI MALAYSIA.

8) Kalau kahwin dengan anak DEVELOPER , anaknya nanti bernama SITI SQUARE.

9) Kalau kahwin dengan anak CEO , anaknya nanti bernama SITI RICH.

10) Kalau kahwin dengan anak PERBANKAN , anaknya nanti bernama SITI BANK.


syukri fariz

Thursday 26 December 2013

Ayat2 wanita yang menusuk kalbu ::


Assalamualaikum dan selamat malam. Fuhhh , penat malam ni . dapat cuti sehari je dalam seminggu . Jadi takde banyak masa nak bukak blog. Huhu. tapi bila bukak je memang akan sekali aktiviti blogwalking . hehe. Maafkan aku ye korang. 

Hari ini cuti yang Berjaya dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Tapi cume dapat dicapture dalam otak je sebab kamera handphone tak dapat kenalpasti objek sebab kawasan itu terlalu panas terik. Tempat yang aku melangsaikan itu ialah TANJUNG PIAI , Johor . pergi ke penghujung benua asia sebab lama tak ziarah segala macam animal kat sana. Hehe.

Tapi balik dari sana pulak tetibe berlaku peristiwa. Yang mencetuskan entri pada hari ini. Mungkin sebab aku kurang kasi kasih sayang kod. Ke sebab masalah wanita. Tapi. …. Inilah yang berlaku. Ayat2 wanita yang menusuk kalbu untuk entri kali ini ::

1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

3. Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan go to hell !. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya..

syukri fariz

Friday 20 December 2013

Apa yang membuatkan orang office jeles :::


Assalamualaikum dan selamat petang , yeahh . minggu ke 3 bulan 12 hampir tamat . dah boleh berkira2 nak dapat gaji. Huhu  . mengumpul duit simpanan , belanja dan bayar PTPTN ni memang satu tugas yang sukar dari yang dijangka. Tapi so far so good la berisi la jugak perut bank simpanan terpilih aku ni. Takde la aku risau kehilangan macam tercicir ke ape ke. Penat la pulak nak buat report polis yang tak berkesudahan . kalau jumpe takpe. Ni tak memang putus asa ler jawapnya.

Okkai , pendahuluan tadi tu sedikit sebanyak kegembiraan aku yang dah nak dapat gaji + bonus akhir tahun . korang pun seronok la kan ? sebab bil elektrik dengan air dapat dikurangkan sebab anak2 dah balik ke sekolah . Atuk2 kat kampong pun dah tak risau ayam diseksa dek penangan cucu yang hyperactive .


Ramai budak sekolah menyatakan bahawa alam perkerjaan itu sesuatu yang best . SEBAB ade gaji je .Tapi ade kah diorang tau yang duduk keje kat pejabat , hospital dan hotel itu SEBENARNYA lagi jeles sebab budak2 ? puncanya adalah sebab di bawah  :::

1)Tak dapat dengar ucapan pengetua yang sepatah dua kata .

2)Kat office takde kedai jual makanan segera .

3)Takde hari kantin di office .

4)Takde pembantu macam cikgu kat office.

5)Takleh tido kat office .

6)Takde lagi meeting dalam toilet melibatkan abang long kawasan.

7)Takde jawatan pengawas kat office .

8)Takde main angkat-angkat tangan siapa tahu punca pendapatan office jatuh .

9)Takde leteran membangun @ terduduk lagi kat office .

10)Takde lagi cuti sebulan macam kat sekolah dulu…

syukri fariz

Sunday 15 December 2013

Hari special datang lagi ~ ::


Assalamualaikum dan selamat petang . J Seperti yang dirancang sejak penubuhan blog ni setiap 16 haribulan akan diupdate entri bulanan. Hehe. Jadi sekarang nak beritahu dah masuk bulan 9 ye. Bulan 9 . bukan bulan 1, 2, 3 tapi dah 9 . Pelbagai dugaan dan kelicikan melarikan diri dah aku alami sejak kenal budak busuk tu. Entah macam ade benda je yang mengelakkan aku dari lupekan dia.

Yeah , itulah KASIH SAYANG.  Bila dah berkenalan tentang itu tetibe pulak wujud perasaan AMBIL BERAT . ohhhh ~ kemudiannya saya mengalami situasi MELTING la pulakkk. Sehingga satu ketika hampir melepaskan batuk di lif , tapi masih kekal teguh macam MESJID KRISTAL . Setelah berkenalan dengan 4 isi penting tersebut lahir lak pulak satu perbuatan yang disalut coklat carnetto iaitu ROYALTY . Bukan penalti mahupun sepakan sudut . Tapi KESETIAAN yang menguji keimanan dan kesungguhan mendapatkan dia J syukur hampir melengkapi 70% asas dalam percintaan dengan dia . Hehe. Seterusnya masih panjang. NEXT tunggu akan diupdate dari semasa ke semasa :D

NUR SYAZWANI , kau bertanggungjawab atas jenayah terancang kau yang dianggap Berjaya kerana Berjaya membuat aku melekat kat kamu selama ni. Kenal dekat 3 tahun baru nak COUPLE. Ni dah couple dekat 9 bulan ni harap dijaga macam jaga kad pengenalan diri ye. Hilang je 100 bulan takyah contact . hilang 2 kali lak 200 bulan takyah contact. :P
 
Oke , masuk kepada cerita berkaitan fakta pulak . kawan2 jangan pulak buat jalan cerita seperti dibawah ni . nanti mengundang negetif lak. Yang penting ini Cuma cobaaaannnn .

1)”Kita perlu raikan bersama ke malam ni ? macam tak penting je ?

2)Takde masa nak ingat , banyak lagi hutang kena ingat dari tarikh.

3)Tarikh hari ini ? hari terindah dengan bekas awek no 3 kod.

4)Makan macam biasa kat kedai mamak depan traffic light tu la.

5)Kenape dengan tarikh ni ? abaikan la. Awak tu demam.

6)Lupekan . lupekan . lupekan . puihh

7)Tarikh kucing kite kena culik orang Vietnam ke?


Yeahhh , tulah kadang2 alasan pihak lelaki sebab masalah terlupa dan takde modal nak kasi hadiah. Tapi perempuan ni dia taknak hadiah. Cukup dihargai setiap hari. Tapi kadang2 kena kasi kod. Kalau tak lelaki tu pulak dilupakan. Jadi setiap orang ade peranan masing2 . kalau mengalah tu anggap takdir je. Banyak lagi kat luar. Tapi mungkin tak sespecial dia . J hehe

syukri fariz

Wednesday 11 December 2013


Assalamualaikum dan salam perpaduan 1 planet bumi :D
lama aku tak menghadap blog ni ya. Takyah nak fitnah bagai cakap aku terlupa bayar bil wifi rumah la. Aku Cuma takde masa nak update je. Huhhu. Pendek citer kekurangan idea yang boleh masuk akal. Motif pun nak korang enjoy baca blog aku je pun. Hehe. Tapi entri yang paling best selalunya akan dipaparkan mengikut waktu iaitu setiap 16 haribulan setiap bulan berlainan tahun :D

Oke pendahuluan dah siap. Terus direct ke tajuk utama berita jam 13 petang. hehe. Tajuk kali ini aku bukan sesuke hati nak letak tapi sebenarnya menjadi impian dan angan2 kosong kod. Mungkin di kalangan korang pun nak benda begini berlaku.*mohon blogger Montana tak sentap. Hehe
tajuk dia ialah adegan “Bollywood yang diimpikan”~~~

1)Aku teringin nak melihat scene bergaduh yang tumbuk real2 bukan pakai sound track.

2)Aku teringin nak tengok hantu betul walaupun pelakon itu jadi hantu.

3)Aku teringin nak melihat pelakon disaman sebab menari kat jalan raya.

4)Aku teringin nak melihat pelakon bercanggah pendapat sebab nak merebut awek.

5)Aku teringin nak melihat pelakon menembak polis dan polis kembali menembak pelakon.

6)Aku nak tengok 1 kampung berlatih menari sebagaimana dalam filem itu dilakonkan.

7)Aku nak tengok pelakon itu menari sampai terlupa step dalam tarian.

8)Aku nak tengok si hero dapat tawan hati heroin yang dah berusia .

9)Dan yang paling penting aku nak jadi hero dalam cerita terbabit ~~~ :D

syukri fariz

Monday 2 December 2013

Ilmu untuk semua :) ::


Assalamualaikum dan selamat malam  ~ :D . Bulan lepas lagi aku terfikir nak mengarang entri yang ini. Tapi disebabkan bahan tidak mencukupi aku sering menambah-baikkan supaya kandungan ini diterima umum khasnya. Entri yang mengandungi sifat2 tauladan dan seharusnya menjadi contoh positif . Dunia kerap menjadi perbandingan bukan ? Tapi segalanya boleh berubah jika sesuatu yang baik bermula dari kita sendiri . Baru kita boleh menilai orang lain .

Jadi entri khas ini dikarang dengan penuh tataterib dan disebatikan dengan lagu insyaallah oleh maher zain . yeah , ini lah entri bertajuk Tanda-Tanda Pekerjaan Dalam Keberkatan ALLAH S.W.T

1)Bila gaji yang diperoleh itu dibelanjakan ke jalan yang benar .

2)Sumber gaji itu tidak sesen pun dari sumber yang haram .

3)Berasa seronok dengan tanggungjawab dalam pekerjaan itu .

4)Hati berasa tenang dan puas selepas menyelesaikan pekerjaan itu bukan sehari tapi sehingga takdir memisahkan beliau dan pekerjaan .

5)Sentiasa berasa hasil gaji itu mencukupi walaupun sedikit . Tapi usaha itu lif ke puncak.

6)Pekerjaannya itu disenangi orang terutama bos  , pengarah ceo .

7)Tugasannya tidak tergantung dan sentiasa diselesaikan dengan baik .

8)Berfikiran positif sentiasa tanpa tidak tergoda dengan hasutan terutama syaitonn.

ALLAH S.W.T adalah pemberi berkat . dan hambanya diberkati di mana sahaja dia berada. Sifat memberi berkat ini hanya milik ALLAH s.w.t  .

syukri fariz