Followers

Saturday 30 November 2013

Aktiviti2 Yang Boleh Dibuat Masa Cuti Sekolah


Assalamualaikum dan salam ceria di astro ceria , dekat dihati dan bersamamu ~ haha . Agak panjang tagline kali ini tapi sebenarnya dicelup dan diciplak dari laman blogger lain yang ohsem , hensem , kacak bergaya dan comel *telah disound supaya tidak dimention nama beliau atas dasar2 keselamatan dan mengelakkan kebanjiran traffic di kawasan halaman blog beliau.

Cuti sekolah telah bermula dan sebenarnya boleh dilihat dari cara korang memulakan dari sekarang . Ada yang makan kacang sambil melayari internet sambil2 picit perut tanda dah makin gemuk *dituju khas kepada makcik Tijah dari selangor . Juga Daniel haziq yang leka makan coklat Cadbury sambil tak sedar yang aku sedang seronok mengutuk beliau dari jarak 333 km menuju ke kuantan , Pahang . Cuti ini tak bermakna jika tidak digunapakai @ dimanfaat oleh penduduk bumi yang bajet kecik dan sememangnya masih kecik *masih bersekolah. Masa3 beginilah keceriaan berganda2 dituju khaskan kepada golongan pelajar yang sememangnya dahagakan aktiviti  .

Jadi entri ini dituju kepada anak2 makcik sekalian yang sudi melepakkan diri membaca entri ku ini. Meh mengeteh kat blog aku yeee :D tajuk entri hari ini ialah Aktiviti2 Yang Boleh Dibuat Masa Cuti Sekolah!

1)Belajar seni mempertahankan diri . secara tak langsung bila dah masuk sekolah tetibe nampak awek kena buli boleh datang untuk menyelamat. Secara automatiknya menjadi drama melayu . *faham2 je la couple .

2)Amik part time cuci longkang , korek telinga badak sumbu dan kasi rimau makan untuk menampung perbelanjaan persekolahan kelak dan juga membeli peralatan sekolah.

3)Duduk kat rumah . dengan tujuan mengelakkan diri dari sinaran uv light . boleh menyebabkan kulit terasa sedikit gelap dan kepanasan . bila dah masuk sekolah boleh la terasa minah yang paling cun melecun .

4)Belajar karate untuk menebalkan tangan . dengan tujuan tangan itu tebal jadi bila cikgu displin rotan tak begitu terasa sakitnya . sambil2 main kelip mata dengan awek . haha

5)Tolong ibu memasak kat dapur. Paling tidak pun dapat mengisi masa lapang dengan makan makan masakan 3 rasa buatan sendiri.  Juga untuk mempersiapkan diri untuk memasak untuk bakal suami~ miow~

6)Rajinkan diri ke dapur jadi bila dah pro boleh kritik makcik kantin yang masak entah main bantai masuk ape2 barang ke dalam kuali .

7)Belajar pandai2 masa ada masa lapang. Bila dah naik sekolah korang tak perlu belajar sebab dah genius macam jimmy neutron .

8)Belajar ilmu agama . secara tak langsung memperoleh ilmu di dunia dan akhirat !

Tulah sedikit sebanyak yang mampu dikongsi pada entri kali ini. Kalau nak praktik tu bermula dari niat dan diakhiri dengan perbuatan. Salam tralalala ya oke  babai~ :D

syukri fariz

Wednesday 27 November 2013

Bagaimana Nak Membuat Majlis Perkahwinan Ini Kelihatan Lebih Meriah dan Segar Diingati Sepanjang Hayat !


Assalamualaikum dan salam sejahtera ~ kite berjumpe lagi hari ini. Huh , minggu lepas takde masa nak update dan melawat korang punya blog . kekangan masa katanya. Haha. Tapi serius memang minggu yang padat aktiviti minggu lepas. Tapi hari ini tak kod . Sebab kalau padat jugak takde la aku update entri ni kan ? Oke berbalik kepada ape yang aku nak cerita pasal entri kali ini ialah sebenarnya aku melibatkan diri @ lebih jelas lagi memang libatkan diri dalam majlis perkahwinan my brother . haha .

So , rumah aku menjadi lokasi kejadian. Setiap penjuru ade je barangan dan bilik aku pun ade jugak diletakkan pelbagai barangan seperti baju pengantin. Mungkin sebab bilik aku besau kod. Redha je la. Kat bawah entri ni nanti aku sertakan gambar suasana perkahwinan tapi sikit je la sebab tak minat snap2 ni. Hehe.

Oke , entri kali ini aku nak kongsi cara Bagaimana Nak Membuat Majlis Perkahwinan Ini Kelihatan Lebih Meriah dan Segar Diingati Sepanjang Hayat !

1)Mengadakan fesyen show di sepanjang khemah tempat vip !
2)Menganjurkan pertandingan memancing bagi rumah yang berdekatan dengan laut , sungai , parit dan lombong buatan!
3)Menganjurkan pertandingan menghias kucing !
4)mengadakan pertandingan dikir barat , karaoke 1 in a million dan mencari bakat maharaja lawak copy paste!
5)Mengadakan pertandingan mengira kacang dalam botol ! Hadiah tempat pertama melancong ke bulan!
6)Mengadakan pertandingan mewarna dan mengecat dinding rumah!
7)Mengadakan pertandingan membaca puisi , pantun dan berdebat !
8)Menganjurkan pertandingan ratu cantik !
9)Membuat fun fair dan rumah hantu di majlis itu!
10 )Menghantar badut menceriakan suasana kat sana !
11)Main painball menunjukkan kekuatan pasangan pengantin!
12)Mengadakan acara renang seirama !
13)Mengadakan pertandingan bina badan !
14)Mengadakan aktiviti explore race!
15)Mengadakan permainan sorok-sorok antara pengantin !

Setakat kompang , silat dan bagai2 tu dah biasa sangat kan ? ni baru kire gempakkan suasana. Hehe . jadi nak buat terpulang la. Den tak tanggung akibat dari perbuatan seperti di atas. 






di homestay muar .
mulai bawah ini di rumah pontian , johor









Terima kasih.


Si pengampit 


syukri fariz

Sunday 17 November 2013

cerita semalam lupe update ::


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam ~~ *melambai2 . yeah disini saya mahu menyampaikan pidato saya yang bertajuk sekuntum bunga matahari . eh , silapppp  . sebenarnya sejambak mawar merah. Haha . seronok melampau2 pulak aku hari ini. Dah la cuaca mendung . malam takde bintang bagai. Cukup la disinari rahmat ALLAH beri ini. hehe

Perbuatan nakal yang dia saja cari masalah :P

Bercerita tentang 16 / November /2013 ,ce try check kat header blog ni. Rupenya dah nak masuk 8 bulan dah aku berpasangan dengan gitaris search. Eh silap dialog berpasangan dengan nur syazwani maksud aku. Terover pulak kite. Suka , duka, pahit , manis, tawar tengah2 ,masin , dan yang paling penting kasih sayang yang takde ke arah bertentangan. Yang dah lama mesti dah agak yang aku akan publish entri pasal ini setiap bulan kerana memang tidak ketinggalan. Yang dah study menggunung pasal tarian kucing tu pun aku ucapkan tahniah . jejak jugak 1k orang ramai baca entri tu.
Tanpa bercakap panjang aku khaskan entri ini untuk si budak nakal wani a.k.a buncit . fahami sikit jiwa lelaki yang kecik dan kiut ni !
BILA LELAKI CAKAP :

1) Bila lelaki cakap : Saya tak kesah pun awak nak kawan dengan dia.
Maksudnya : Kalau kau nak aku pergi, kau kawanlah dengan dia.

2) Bila lelaki cakap : Dahlah, saya takda mood nak sembang / text dengan awak.
Maksudnya : Pujuklah saya, saya merajuk dengan awak ni.

3) Bila lelaki cakap : Dah lama kita tak jumpakan? awak asyik sibuk je kebelakangan ni.
Maksudnya : Datanglah jumpa saya, saya rindu sangat2 dekat awak.

4) Bila lelaki cakap : Saya tak suka awak kawan dengan lelaki tu.
Maksudnya : Kau faham tak aku tak suka kau kawan dengan mana-mana lelaki, aku cemburu tau tak.

5) Bila lelaki cakap : Awak, ibu saya selalu tanya pasal awak.
Maksudnya : Jomlah kenal-kenal dengan keluarga saya.

6) Bila lelaki cakap : Tinggalkan saya, saya nak bersendirian.
Maksudnya : Janganlah pergi, pujuklah saya.

7) Bila lelaki cakap : Janganlah risau, saya tak apa-apa.
Maksudnya : Tolonglah risau, saya perlukan sokongan awak.
8) Bila lelaki cakap : Saya tengok awak dah makin sibukkan sekarang?
Maksudnya : Kau tahu tak kau dah abaikan aku.

9) Bila lelaki cakap : Saya rela undur diri demi awak dan dia.
Maksudnya : Sampai hati awak buat saya macam ni, kenapa pilih dia?

Oke . sampai disini sajalah hujah saya pada malam ini. Sekian terima kasih. Yang ikhlas boyfriend wani. tralallaa


syukri fariz

Monday 11 November 2013

Jawatan kosong ~ kosong !

Jawatan kosong :

Assalamualaikum dan selamat malam. Tengah3 sedap melantak ciken cop tetibe ada orang 

email jawatan kosong. Disebabkan keseriusan aku membaca aku pun nak berkongsi dengan korang. So, pape pm la aku. :D

1) Jantina : Lelaki / perempuan , pondan tidak diterima .

2) Di cari : Lulusan TADIKA / UPSR / SPM / STPM


3) Semua jurusan


4) Gaji : 3Ribu sebulan - Duit makan RM 15 sehari , free – insurans RM5000


5) Jenis pekerjaan :

- Geletek mayat sampai ketawa .


- Mengosok gigi buaya .

- Main kejar - kejar dengan harimau sampai mati .

- Tolak ombak kat pantai .

- Isi kentut dalam guni sampai penuh .

-Cuci gunung sampai licin.

-Main tenung depan-depan dengan beruang

-Panjat pokok kelapa 1 tangan .

-Mendaki gunung everest tanpa tong oksigen.

-Bawa kereta cari hantu sorang-sorang.

TOLONG SEBARKAN KE KAWAN YANG
MEMERLUKAN PEKERJAAN !

Anda puas kami bangga !

Cepat - cepat jawatan masih kosong .


syukri fariz

Friday 8 November 2013

Cara yang mudah tapi tak ramai orang ketahui ::


Assalamualaikum dan selamat malam J . Hari ini entri terpaksa diupdate malam kerana aku baru selesai menyelesaikan kes bagai tanpa perlu menggunakan khidmat guaman mahupun detektif conan. Aku terima pelbagai maklum balas yang mulanya agak berbisa gara2 tak update entri. Entah entriku yang menunjukkan kenakalan aku yang agak berkesan dan boleh mengakibatkan kecederaan parah pun masih diminati oleh golongan muda-mudi , tua muda ,miskin kaya , makcik pakcik , uncle untie , grandma  grandpa dan father mother. Oleh yang demikian aku terpaksa merumus dan mempelbagaikan entri aku yang diemail dan digodam secara rahsia untuk dikongsi kepada kalian. Oleh yang demikian aku bercadang nak mengimbangi entri2 aku bermula dari malam ini supaya seimbang antara ilmu dunia dan akhirat. So, segala kata2 cacian yang telah kau berikan aku akan anggap kosong , kosong woooo~
Jadi malam ni aku nak menerbitkan entri yang bertajuk “cara yang mudah tapi tak ramai nak follow yoww.”

1)Nak awet muda ,sentiasa mengukir senyuman di bibir. Tidak hanya di bibir tapi juga di dalam hati. Hati yang bersih menyebabkan jerawat cemburu susah nak timbul di permukaan kulit muka.

2)Kalau nak mendapat bibir yang cantik , kiut , molek dan menggoda bisikkan kalimat ALLAH . seperti alhamdulilillah , masyaallah . inalillah.Jangan berbohong dan menyakiti hati orang kerana kalau hati orang retak tak mudah untuk direpair.

3)Kalau hendak dikenali lebih famous dari anuar zain , aaron aziz dan maya Karin , kita hendaklah sentiasa memberi salam dan menyambut salam dan sapaan. Dengan itu anda akan dikenali dan dihormati si seluruh alam semesta .

4)Kalau nak bertubuh langsing , enak mata memandang dan berketul2 kita hendaklah berpuasa 2 kali seminggu. Nak lagi mujarab berpuasa selang sehari . Dan makan sebelum kenyang. Kalau berbuka makan nasi 3 kali tambah sila lupekan niat ini.

5)Kalau nak wajah anda suci bersih tanpa menggunakan produk kecantikan new York solution ada cara lain untuk kelihatan lebih cantik dari segala hidupan . Iaitu dengan hanya cuci muka minima 5 kali sehari dan biarkan air itu kering dengan sendirinya. Sambil itu terus melaksanakan tiang agama.

6)Kalau nak menghilang stress , selain bermain ps 2 dan membuat muka comel di depan kamera , anda boleh memperbanyakkan solat dan berzikir kepada ALLAH. Bukan sahaja pahala berganda namun mendapat ketenangan jiwa yang abadi sebagai bekalan di akhirat.
Itulah sedikit sebanyak tips2 dan formula mujarab namun keberkesanannya dijamin bagi sesiapa yang mampu . kalau berkesan Alhamdulillah. Kalau tak berkesan boleh try lagi . J never give up ye . HEHE !


syukri fariz

Sunday 3 November 2013

luahan perasaan hari ini. ::


Assalamualaikum dan selamat petang~ hari ini ye , weh hari ini sebenarnya masih sama macam semalam dan kemarin dan seperti biasa la macam bulan3 , tahun2 yang lepas. Merepek dan merapu pulak aku hari ini. Sebenarnya aku bukan nak berceloteh mahupun minum teh diwaktu petang yang panas membara . Tapi ini adalah realiti dan bukan cerita yang sengaja digempakkan oleh aku. Sebagai kawan rapat selalu aku memberi nasihat dan tips2 yang pelbagai untuk memeriahkan suasana. Dan tips yang aku nak kongsi kepada kalian pada hari ini ialah cara nak menghilangkan rasa bosan bila keluar lepak dengan pasangan masing3.

Biasanya kalau lidah tak keluar suara bermaksud lelaki itu abaikan si wanita kan ? situasi itulah yang diceritakan oleh kawan aku kepadaku . Masa itulah tetibe aku mendapat ilham dan aku semadikan dalam bentuk entri . Jadi buatlah seperti yang aku cadangkan ini. *AMARAN !! bawah 23 tahun tidak dibenarkan menganggap ini sebagai pratikal. Anggap macam mimpi je.
 1) Menggunakan teknologi telefon bimbit dan segera order pizza , mcd apabila pasangan anda mula bercakap.
2) Bawa buah-buahan seperti anggur atau buah rambutan yang baru dibeli dari giant dan baling dengan penuh semangat dan bersopan santun ke arah pasangan anda yang sedang leka melihat beruk membuli kucing.
3) Ketawa terbahak2 apabila pasangan anda tersandung ataupun terkentut dengan hensemnya.
4) Andai dimarahi pasangan anda jangan buat muka comel tapi tundukkan kepala dan segera angguk perlahan2 seperti burung unta.
5) Basahkan rambut dan kibaskan ke arah pasangan anda . seperti iklan pencuci rambut .
6) Bila pasangan anda leka segera tiupkan wisel disebelah telinga kanan dia. Semoga dia dengar dengan jelas apa yang diberitahu kelak.
7) Berdoa disebelah dia supaya Berjaya mengembirakan anda pada masa yang sama pasangan anda itu sedang leka bergosip dengan anda.
8) Main hembus2 nafas ke arah mata pasangan anda.
9) Bercerita kisah penguin dan memerang ketika dinner light dengan pasangan anda.
10) Mengucapkan terima kasih beribu kali setiap kali pasangan anda menoktahkan apa perbualan yang dibincangkan .

Kalau anda bernasib baik anda ialah seorang yang berani dan tabah menghadapi situasi genting. Good luck ! chaiyokk. HAHA
syukri fariz