Followers

Thursday 25 April 2013

Budak hilang sekitar Kejohanan::




Assalamualaikum dan selamat pagi . Hari ini hari jumaat , hari yang indah. Jom sama-sama kita buat kerja sambil beramal J



  


syukri fariz 

Saturday 20 April 2013

Untuk dia hey , untuk dia ,hey ::




1- erm,nak cakap sikit dekat awak.. baca NO 5
2- Mmmm…camna nak cakap? baca je la NO 8
3- nak tahu eh? ermm , baca NO 9
4- huh, daripada pening baik baca jap NO 15
5- camna ek nak cakap.. NO 17 je oke?
6- kite nak cakap sekarang tapi lebih baik baca NO 16
7- kite akan cakap tapi baca dulu NO 2
8- yang kite nak cakap nh simple ja tapi baca dulu NO 4 k?
9- tak payah la berdebar2 cm2 cume baca jap NO 18
10- Belom lagi la..baca NO 19 ye
11- da penat ke? Baca kejap NO 13
12- sebenrnya kite nak cakap kalau(ah baca no 3 la)
13- tiggal sikit ja lagi bce NO 20
14- argh,penat nih..bace NO 1
15- adui,dah pening dah ni.. baca la NO 6
16- laa, masih tak paham lg ke? Baca NO 12
17- ades, nk cakap nh..baca NO 7
18- kite tak tahu kalau awak paham..tolong baca NO 10
19. Baca NO 11 dengan tenang ye..nanti awak akan tahu..
20- oke oke,sekarang kite cakap..baca NO 14, tapi slow2 je
.baca banyak2 kali lagi.. haha..juz wanna say..♥♥ u NUR SYAZWANI



syukri fariz 


Tuesday 16 April 2013

Sebulan ??? ::: wowoww



Assalamualaikum dan selamat petang~ hari ni ! weh, hari ni!! Genap sebulan dah :: Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana masih mengizinkan kami berhubungan seperti ini. Macam yang korang semua tahu aku dan si dia tu dah lama berkenalan , Cuma baru2 ni je kami menjadi  couple. Tapi stail kami couple ni lain dari orang lain yang gila melakukan maksiat merata2. Kami masih focus belajar ke menara gading . Jadi kami masih boleh berfikir benda baik dan benda buruk.

Hari ini 16/4 genap sebulan kami bersama. Terima kasih pada kawan2 yang faham keadaan kami. Dan tentulah special thanks pada si detektif Ain yang dah lama ghaib dari alam blogger ni. *Ain blog kau dah ade anak kucing yang ditinggalkan ibunya tau. Cepat2 la update lagi. Segan kod tajuk pasal kami paling atas kat blog kau tu. Dan juga kepada adik angkat aku yang ke 5 iaitu adik zulkifli , yang sering menyeru-yeru aku kat fb semata2 nak membahan aku sampai nama kau aku terbawak2 dalam mimpi.*bertajuk peristiwa aku memburu zulkifli. HAHA. Dan juga pada para pembaca blog aku , thanks ya menjenguk kejap entri ni. Sekurang2 nya korang tau jugak gembiranya aku hari ini.

Si nakal yang sentiasa menyelitkan dirinya kat celah paru-paru 

NUR SYAZWANI , aku nak beritahu kau ni yang aku cintakan kau . aku akan sedaya upaya melindungi kau dan akan sentiasa mengembirakan kau . berpegang pada agama yang  1 iaitu islam , kite berjanji takan tinggalkan solat dan takan langgar benda wajib dan menjauhi segala larangan nya. J
Terima kasih jugak sebab sentiasa kasi sokongan dan kepercayaan pada aku ya. Aku selalu berdoa kau sekeluarga akan lebih tabah selepas peristiwa itu. Aku jugak doa yang kau akan bahagia di dunia dan akhirat. Aku tak mintak kau lebih dari yang aku doa ini, tapi aku Cuma mohon kau terus setia di sisi aku ya.

I LOVE U <3 <3 <3

Muhd Syukri Fariz <3 <3 <3 Nur Syazwani


syukri fariz 

Monday 15 April 2013

Senyum tu musuh kepada Muram:::



Assalamualaikum sebagai pembuka bicara  , selamat malam untuk pemanis blog ku dan kedua-dua pembuka kata itu untuk sekalian yang sudi menjenguk blog aku. Hehe. * oke permulaan yang memeningkan:: hari ini disebabkan mood aku kurang baik atau sama ertinya dengan kurang baik la. *Takde bahasa mudah bagi bahasa melayu lagi. HAHA. Maka dengan muka lima puluh sen aku mempelajari ilmu bermanfaat dari sir aku dari makmal hematology. Secara tak langsung tersemailah jalan cerita bagi blog aku pada malam ini dan aku memberi tajuk SENYUM itu sedekah!

Aku pun tak tau la kenapa aku boleh takde mood hari ini. Mungkin sebab datang bintang. Tapi aku ni lelaki . Jadi aku pun berfikiran positif la mungkin dalam bulan ni normal la datang mood muram . *walaupun aku tak tau ape punca aku muram. Tapi seseorang itu mengungkai segala-galanya! Beliau berkata kepada aku , semua orang bolah senyum tanpa mengira pangkat dan umur, miskin @ kaya , serta hensem @ tidak. Benda yang tidak memerlukan wang tapi benda itulah yang orang sekarang ini susah nak buat. *cerita macam semalam , kemarin aku tak senyum je kat dia kan. Takpe la menangkan dia saje. Cisss , sound depan-depan kawan aku pulak. Mesti kes tak puas hati aku try lemaskan ikan emas dia dalam air minggu lepas.

Pastu dia sambung lagi , kalau nak tengok orang yang payah nak senyum kena pandai tengok situasi . macam masa lampu merah , jem kat jalanraya, masa tulah ramai orang yang tunjuk belang sebenar. Masa itu jugaklah segala ilmu memandu time skola memandu diturunkan seburuk-buruk yang amat. Kurang nya sifat prihatin dan berbagai-bagai la. *motif cerita part ni Cuma nak tunjuk sifat marah. Memang takde senyum la kan.

Tapi aku suka part yang ini, dia bagitau lagi yang nabi pernah berpesan senyum itu 1 sedekah. Jadi senyum je dapat la pahala.senyum ini juga ubat kepada penyakit-penyakit yang ubatnya tidak diketahui penawarnya. Penyakit yang masih tak temui penawarnya ialah  iri hati , mengumpat ,fitnah dan macam-macam la. *camni la kod dia bagitau aku. Kalau seingat memori 88GB aku la.

Jadi setelah aku mendengar khutbah yang bermoral lagi story dari beliau , secara tidak langsung aku pun tersenyum. Akhirnya berhasil. *padahal dia geletek pinggang aku selepas khutbah tu. Cisss , lastly aku berterima kasih jugak kepada dia sebab Berjaya mengadakan cerita untuk menaikkan semangat senyum aku ni. Lagipun keje kat makmal ni banyak nurse lalu lalang. Pape pun NUR SYAZWANI, aku takan curangi kamuuuu <3 <3 <3 hehe..

 



syukri fariz 

Sunday 14 April 2013

Ahad pergi juaaa ::



HOI , Assalamualaikum dan selamat malam , wah, hari ni seronok nampaknya aku. Hakikatnya rindu nak lepaskan hari ahad ni. Kalau boleh nak peluk seerat-erat yang boleh..taknak kongsi dengan orang lain.  :P
Esok hari isnin pulak , Tapi dalam entri yang ini aku bukan nak cerita pasal esok hari , tapi cerita semalam hari. Haha. Kompius ke der ? pi bancuh milo tarik. Insyaallah tenang balik.
Semalam ya ,13 april yang kiut , hari2 kebiasaan cuti yang sentiasa dinikmati sepenuhnya oleh aku , dengan berkaroke dalam bilik dan mencatat nota penting untuk digunapakai kemudian hari.
kemudian malam hari pulak mestilah menonton movie kat ruang tamu. Aku nak kongsi cerita ni. Tapi bukan citer pompuan. Cite lelaki. Hoho

       



Herbie: Fully Loaded

Herbie: Fully Loaded is a 2005 American comedy film directed by Angela Robinson and produced by Robert Simonds for Walt Disney Pictures.
Initial release: June 19, 2005
Running time: 102 minutes
Initial DVD release: October 25, 2005
Starring: Lindsay Lohan ,Justin Long,
Brecykin Rayer,Cherly Hines,Jimmi Simpson,jill Ritchie ,matt Dillon

Plot::

Maggie peyton(Lindsday Lohan) dapat kereta Volkswagen beetle dari ayah dia . hadiah graduate katekan. .tapi bila si Volkswagen(HERBIE) ni dibeli (sebab kereta pilihan si Maggie ni dah remuk ditimpa oleh Volkswagen) teros dia dibawak ke bengkel dan berkenalan dengan Kevin(Justin Long) . selepas itu dia pegi ke tempat pameran. Masa tu lah perlumbaan pertama si Maggie. Terus menang pulak tu. Ciss. Lawan dia pulak juara NASCAR !!
ketahui lebih lanjut dengan video yang aku rembat dari youtube ini. Hehe. Sori la cerita lama , tapi aku respect kat Lindsay lohan yang dulu. Sekarang ni dah tidak sebab dia buat banyak kes pulak…
L



trailer je la :: nak download pegi kat link atas kemudian kat about .




syukri fariz 

Saturday 13 April 2013

Tergempar lagi sekali ::



Assalamualaikum dan selamat malam, hari ini hari sabtu , dan bila hari sabtu bermaksud akan berlaku kes di luar jangkaan. Kalau hari tu pasal kucing dan peniaga ikan. Hari ni kes yang boleh tahan kencang ceritanya.

Bukit siput ,Segamat 13-april -2013 telah berlaku 1 kejadian aneh . menurut pak mail yang juga AJKKKKKKKKKK bukit siput , kejadian itu berlaku ketika beliau mahu menghirup kopi di kedai pak Mahmud bersebelahan landasan kereta api. Kejadian itu mengakibatkan kesesakan jalan sepanjang 1 km . tapi kebanyakan pengguna jalan tidak kelihatan runsing mahupun tenson. Tapi kelihatan gembira sambil terloncat22 umpama beruk memenangi setandan pisang. *tu Cuma perumpamaan sahaja ya. Perkhidmatan internet juga terputus di kawasan ini. Namun saya bertuah kerana membawa sejenis peralatan mudah berhubung. Namun mengopakkan kredit. Ikuti temu bual bersama pak mail.

Aku :
assalamualaikum pakcik. Adakah pakcik pak mail yang juga ajkkkkkkkk bukit siput ?

Pm :
waalaikumusalam . eh, dah live ke ?

Aku :
pakcik dah 7 saat live dah. Ce senyum sikit. Tunjuk peace sikit. J

Pm :
oke peaceeeee..

Aku :
pakcik, peristiwa apekah yang berlaku sebentar tadi ? kelihatan meriah tapi saya terlambat datang pulak.

Pm:
eh, kenape nak tau ? bertapa indahnya dunia sebentar tadi.

Aku :
tapi pakcik saya datang kl tau. Jauh tau. Pakcik tolong jawap ea. Saya belanja kepci Korean style.

Pm :
ahhh , cirit pulak aku nanti. Pedas. Aku dah tua. Belanja la aku mcd ke ? pizza  ke , tomyam seafood ke..

Aku :
eskrim magnum pakcik?

Pm :
pon bole , bile ?

Aku
: jawap dulu soalan ni pakcik. Baru saya belanja J

Pm:
oke ,deal. Apekah soalannya ?

Aku :
peristiwa apekah yang berlaku sebentar tadi ?
Pm : oh ,peristiwa tadi. Tak penting pon. Baik awak belanja aku makan.

Aku :
pakcik ni tak menjawap soalan nampaknya. Betul2 la pakcik. Camera men dah ketaq2 dah tu. Letih dia pegang benda berat.

Pm :
memang tak penting pun. Kereta api lalu je. Kenapa nak kecoh2 ??

Aku :
waterpark ???

                                          

 Gambar hiasan pakcik yang ditemubual


syukri fariz

Ucapan terima kasih itu budaya kita:::



Assalamualaikum dan selamat petang! HOI33 , lame jugak aku tak update petang22 buta ni ya.  “terima kasih sayang ku ucap padamu kerana menyambut tanganku yang hampir layu “. Eh, aku ternyanyi pulak. Modus operandis aku untuk entry kali ini ialah berkenaan perkataan keramat terima kasih . J

Terima kasih mempunyai  5 suku kata dan 11 huruf. Kalau disebut terima kasih tu sebanyak 6 kali ianya akan mengambil masa selama 15 saat. Namun kenapa susah sangat nak menyebutnya?? Kadang2 rasa macam ade emas je dalam mulut tu .. perasan atau tidak bila kita mengucapkan terima kasih atau tenkiu, seakan22 membolehkan seseorang itu gembira. Sebagai contoh doctor. Setelah menjalankan pembedahan bertaraf gila2 yang memerlukan skill level 44 dan kepayahan melebihi melawan nafsu makan ,bila kita mengucapkan terima kasih kepadanya akan membuatkan segala penat lelah dia hilang .*tapi kos pembedahan tu tetap la kena bayar. :P

Ada yang menganggap ucapan terima kasih tu sebagai ucapan biasa. Tapi bagi aku itu silap! Sebagai seorang manusia kita tak perlu memandang tahap seseorang itu ataupun pangkat! Ucapan itu boleh digunapakai dalam kehidupan tanpa mengira manusia dan haiwan. ALLAH menyukai seseorang yang berbudi dan bersopan santun dalam menjalankan tugas. J Dalam islam dah diajar untuk berterima kasih atas setiap pemberiannya.bangun pagi wajib bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas. Lepas tu pagi2 makan nasi lemak depan rumah lagi la kita harus bersyukur kepada rezekinya. Begitulah rutin harian yang patut kita amalkan setiap hari. Terima kasihlah sebab sudi meluangkan masa selama 5 minit untuk membaca entri aku yang ini. Sesungguhnya aku bersyukur kerana masih mempunyai keupayaan berfikir dan berkarya. Tengkiu. J




syukri fariz 

Wednesday 10 April 2013

10 april 2013 :: Takziah sayang::



Assalamualaikum dan selamat malam::
 Hari ini memang aku tak dapat sembunyikan perasaan sedih aku sebab sesuatu yang tak dijangka berlaku pada ayah nur syazwani.  Sejak 1 bulan lepas ayah dia sakit. Wani pon dah cerita ape yang berlaku pada ayah dia. Dari muntah darah dan berbagai-bagai sakit yang lain datang tak putus-putus. .Akhirnya ALLAH lagi menyayangi dia . Hari ni ayah wani meninggal dunia disamping keluarga wani. Aku terkejut bila wani mesej aku . aku tak tau nak buat ape selain tenangkan dia. Siapa yang tak sedih bila kehilangan orang yang tersayang begitu cepat pada usia muda lagi. .aku nasihatkan wani supaya bersabar dan pasrah. Kita berdoa dan baca yassin untuk kesihatan seseorang tapi ALLAH lagi berkuasa menarik sesuatu itu . Aku pun tak sanggup lagi mengenang ayah wani . hari-hari bertarung nyawa untuk melawan sakit teruk tu. Nur syazwani, aku tau perasaan kau macam mana . sebab aku pernah kehilangan nenek kesayangan aku . hhmm.. aku tak tau lagi nak tulis ape. Aku sedih sangat ni.. tapi sedih aku ni tak sesedih wani. Pape pon aku harap kau tabah ya sayang …  jadi sesiapa yang baca blog aku yang ni aku harap sudi sedekahkan al fatihah. . tu je yang aku mohon kepada korang ..
sumpah aku tak mintak lebih. 

                                  


syukri fariz 

Monday 8 April 2013

Kegilaan terbaru aku ::





  

 
 
  

Setiap kelajuan mampu membunuh , tapi dengan kelajuan aku gembira.
Anehkah aku?? Aku berharap mampu memiliki sebuah motor berkuasa tinggi ni.
Baru hidup riang tak terkata . hoho



syukri fariz

Friday 5 April 2013

Jom main teki meneka-neka :: teka-tek




Assalamualaikum dan selamat malam kepada para pembaca blog ku sekalian. J
sekali lagi aku diberi kesempatan untuk mengupdate blog yang serba sunyi ni. Aku taknak cerita banyak-banyak. Tapi aku nak bukak game TEKI MENEKA-NEKA :: atau bahasa mudah dia teka teki.

Semuanya pasal superman!!! Aku nak bahan budak pakai spender kat luar kali ini!

                                     

Toka-toki nye:

1)Apakah perbezaan antara superman dengan lelaki2 lain ??
2)KENAPA superman pakai baju lambang S??
3)Kenapa superman pakai spender kaler merah??
4)Apakah perbezaan superman dengan ikan emas??
5)Kenapa superman tak berkahwin dengan wonderwoman ??
6)Kenapa superman tukar baju kat pondok telefon?? Kenapa tidak di jamban segera??


Jawapan bila aku puas hati dengan percubaan semua..

syukri fariz

Thursday 4 April 2013

Hey22 , befdayz dia la ::




Assalamualaikum dan selamat malam. Tag line yang selalu aku mulakan dengan salam kepada kawan-kawan yang sudi mengunjungi blog aku yang tak seberapa ni. Tapi terlebih dahulu silalah menjadi follower aku.. mane aku nak cekau lagi 270 orang kawan blog baru ni.. sudi mengisi tempat kosong ? silakan. Jasamu dikenang. J

Hey33 , masuk topik utama pulak :: seperti yang dijanjikan oleh aku kepada si budak itu, hari ini tajuk kertas kerja aku berkisahkan TENTANG HARI LAHIR AIN ~ hari ini 5-4-2013 , genap sudah hari kemanisan dia iaitu ulang tahun kelahiran dia yang ke 20 . Diulangi ya ke 20 tahun muka bumi ini. Tralallalaala. Jangan disangka aku dengan adik angkat kau merangkap awek aku tak tau ye Ain. Segala pergerakan kau kami perhatikan secara rahsia dan kadang-kadang kami melaksanakan aktiviti risikan sekaligus memerangkap kau ke jaringan yang digelar facebook. J terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ratusan juta billion kepada ibu bapa kau kerana melahirkan kau . DaN cikgu-cikgu kau yang mengajar soal didikan agama dan panduan hidup. Barulah kau dapat berkenalan dengan kami yang digelar …*takde gelaran kodd..


Apakah hadiah dari pakcik keyell sana ye?? Bole kongsi Ain ??hehe





Walaupun kami duduk jauh kat barat dan selatan tanah air ni , sebagai pasangan yang paling berjaya dihasilkan kami berharap dan berdoa supaya kau gembira dan sentiasa dirahmati ALLAH. Maaf lah sebab kami hanya mendoakan dari jauh . nak kasi hadiah tak tau alamat pulak.* aku syak kau nak kasut supra kaler pink kan? Aku membaca dari hati kau . kantoi sudah disana. Tapi kalau berkesempatan boleh plan jumpe ke kat mane-mane. Masa  tu masing-masing kena la senang masa tu. *elak wani pulak dapat PLKN. (0.0”) .. PERNAH aku berharap kau duduk dekat je dengan kawasan negeri kami, tapi apekah daya orang utaqa tetap utaqa kan. Hehe . Nikmatilah hari menjadi tua anda ini dengan kemanisan ya. J
Dalam kejahatan kami tersembunyi ruang untuk kau jugak Ain. Peace yow.



                                         

                     happy bfdayz to u, happy bfdayz to u , happy bfdayz to AIN.. happy bfayz to u~ lala



syukri fariz